Jodoh itu rahsia Allah

Wednesday, February 24, 2010

Jodoh itu rahasia Allah. Sejauh dan sedalam manapun kita fikir, ia tetap menjadi satu misteri yang tak bisa diungkapkan. Kerana sudah ketetapan Allah yang menciptakan manusia dengan akal fikiran yang amat terbatas.

Namun itu tidak bermakna kita hanya perlu mendiamkan diri menanti saat hadirnya jodoh itu. Atas ikhtiar dan kuderat yang telah Allah kurniakan memandu kita dalam menemui cinta sejati. Berusahalah di samping bertawakkal kepada Allah kerana sesungguhnya kita sebagai makhluk hanya mampu merancang dan hanya Allah yang menentukan pengakhirannya.

Bukan Allah tidak tahu kesungguhan kita bangun di tengah malam untuk mengadu padaNya. Bukan Allah tidak tahu bertapa perit dan derita yang kita tanggung. Bukan Allah tidak tahu bertapa bersungguhnya kita berusaha mencari yang terbaik.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Yakinlah bahawa Allah tidak akan menguji seseorang itu melampaui kemampuan hambanya. Mungkin hari ini Allah telah menguji kita dengan merasai kekecewaan namun siapa tahu pada esok hari kebahagiaan yang kekal abadi.

Hanya Allah yang tahu. Bersabar dan bersolat kepada Allah kerana sesungguhnya hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk sekalian hambanya. Tidak ada apa yang lebih membahagiakan selain mendapat rahmat dari Allah. Apabila tiba saat jodoh itu datang kepadamu, sambutlah dia dengan hati terbuka dan jangan sesekali melepaskan ia pergi.

Tidak mengapa jika sudah banyak kali kita merasai kepedihan dan kekecewaan hidup dalam mencari pasangan hidup. Jangan sesekali berputus harap di atas rahmat Allah. Ingatlah bahawa sesungguhnya janji Allah itu benar.

2 comments:

Unknown said...

jodoh tu rahsia allah~~

semestinya...:)

Amir Arshad said...

mari bersama2 berusaha mencari jodoh itu! :)

Papa Panda

Featured Post

Panduan Solat Sunat Tarawih+Witir

Tarawih bererti ‘istirehat’ manakala solat Tarawih pula bermaksud solat yang merehatkan. Dalam melaksanakannya, disunatkan duduk sebentar s...

Back To The...

Back To The...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP