Rumah-rumah Allah kini menjadi tempat dimana kita boleh melihat muda-mudi zaman sekarang sudah mengalami revolusi dalam cara berfikir. Mana taknya, segala anasir atau unsur-unsur ketalibarut barat kian meresap ke jiwa mereka.
Kenapa cakap macam ni? tengok sendiri la! Kalau rajin tunggu la solat Jumaat..Kenapa solat Jumaat? Sebab ramai orang yang slalu tinggal solat waktu akan pergi solat Jumaat. Mungkin mereka rasa solat Jumaat tu lebih besar fadhilat kot? Kenapa ye? Masih juga menjadi misteri.
Nak jumpa Allah, pakai baju singlet..kekadang baju tu lusuh le sangat. Lubang sana lubang sini..siap ade lambang-lambang..soviet union! raise again the mechine..the ramones..i love my girlfriend..Paling best bila ade lebih kurang 30% daripada jemaah pakai t-shirt pendek. Lawak giler! Bila sujud, nampak spender..nampak celah punggong..macam-macam la..aduh..tak kusyuk solat aku ;)
Memang la..tahu ada juga golongan yang kurang berkemampuan. Takde baju yang cantik-cantik nak pakai. Baju singkat sebab tu baju mase skolah darjah tiga..tak pun baju peninggalan arwah mak ayah..sayang nak buang.
Namun kan lebih elok pakai pakaian yang lebih sopan bila nak mengadap Allah. Kita nak menghadap Raja segala Raja. Tak kan pakai sambil lewa je..kalau boleh tunjukkan kesungguhan itu dalam membezakan cara kita ketika menghadap Allah dengan kehidupan seharian yang lain..ini, nak pergi solat dengan pergi pasar macam sama je.
"Alah..bukan kacau orang pun! suka hati aku la nak pakai ape pun janji tutup aurat"
"Sape kate tak kacau orang? bila dah sujud tu, orang blakang tengok..bende yang tak patut diperlihatkan ketika solat..tak ke mengganggu kekusyukan orang lain solat?"
So kepada mereka-mereka ni, berpakaian lah seperti seorang hamba yang nak mengadap Tuannya..menghadap dengan penuh tawadduk..takut..tunduk..berdoa semoga kite tergolong dalam golongan yang mendapat rahmat-Nya.
Baju kau..
Thursday, February 4, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment