Korang ni menyemak!!

Sunday, February 14, 2010

Bila bukan internet je. Ada la pop-up "cara menjana wang".."mari sertai kami"..peluang yang ditunggu-tunggu untuk mengubah hidup anda. Pe kejadahnya semua ni? Dan sekarang ni bukan je dekat internet, dalam surat khabar pun dah mula naik..macam-macam cara nak tarik orang join.

Salah satu strategi yang paling biasa nampak tak kira la kat paper atau internet bila golongan fanatik mlm nih amik gambar duit yang memang gempak juga la jumlahnya. Ada yang tunjuk duduk depan bonet kereta BMW, ada yang tengah dok cium duit-duit tuh, ada yang posing dengan anak isteri depan rumah banglo..macam-macam ada!! Ni semua bukan apa. Tujuan dia satu je. Nak suruh orang yang kebuloq duit join diaorang. Lepas tu ntah apa punya sistem malas nak ambik tahu.

Di nasihatkan kat golongan-golongan macam ni tok sah la nak dok sibuk pujuk orang join binatang kejadah tu. Kalau bagi golongan-golongan ni yang mengatakan aktiviti tu boleh buat duit, boleh ubah hidup korang, so sila lah diteruskan. Memang takde bantahan langsung dari pihak berwajib..tapi ni seebook nak ajak orang. Kata nak share kejayaan lah konon..boleh blah!!

Macam bangang je bila tengok manusia dah mula jadi hamba wang. Semua sibuk nak cari duit lebih. Nak tahu sebab pe duit korang tak cukup? sebab korang ni banyak songeh. Orang nak kete besar korang pun nak..Orang ada rumah besar ko rang pun nak..Lagi satu tak pandai nak bersyukur atas apa yang ada.

Apa? Nak kumpul duit untuk anak-anak bila dah takde? Boleh cakap guna akal ka? Lembu masuk universiti tak? macam mana boleh sihat gemuk-gemuk? Ada je makan..ada je minum..Sami budha ada slip gaji tak? kenapa sihat je? siap jalan pegang payung dgn tak pakai kasut. Boleh je hidup. Agak-agak korang dia ada tinggalkan harta untuk sami yang lain tak?

Ntah apa punya sistem yang korang pakai memang tak nak amik tahu. Halal and haram pun malas nak tanya. Korang punya cara nak cari makan itu korang punya pasal. Kalo yakin apa yang korang buat tu betul maka teruskan.

Nota kaki: Lebih rela jadi pekebun dari buat benda nih.

No comments:

Papa Panda

Featured Post

Panduan Solat Sunat Tarawih+Witir

Tarawih bererti ‘istirehat’ manakala solat Tarawih pula bermaksud solat yang merehatkan. Dalam melaksanakannya, disunatkan duduk sebentar s...

Back To The...

Back To The...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP