Mau jadi bos?

Thursday, February 18, 2010

Korang nak jadi bos? Suka jadi bos? Sape-sape yang dia rasa dia nak jadi bos satu hari nanti sila lah bersiap sedia dari awal dengan ketahanan fizikal dan mental yang luar biasa hebatnya. Untuk menjadi seorang khalifah atau pemimpin, seseorang itu perlu ada sifat kepimpinan yang semulajadi seperti contoh Rasulullah SAW.

Benar! Semua manusia yang dilahirkan di atas muka bumi ini adalah khalifah yang diamanahkan oleh Maha Pencipta. Allah ciptakan manusia juga adalah bertujuan untuk memakmurkan muka bumi. Namun, cuba tengok..makmurkah muka bumi akibat tangan-tangan manusia?

Kerosakan dan kehancuran yang berlaku pada masa lampau dan masa akan datang segalanya akibat tindakan manusia itu sendiri. Manusia itu sendiri yang mencorakkan apa yang bakal dan akan berlaku pada masa akan datang. Bukan pokok bunga mahupun sang kancil dan buaya..manusia, Ya Manusia.

Semua orang nak jadi bos, tapi semua bos boleh ke jadi orang?
Semua orang nak jadi bos, namun mampu ke?
Semua orang nak jadi bos, tahu ke tanggungjawab yang bakal dipikul?
Semua orang nak jadi bos, tahu kebajikan terhadap anak-anak buah?
Sanggup berdiri di barisan hadapan mempertahankan anak buah melawan musuh-musuh durjana?

Tahu? Sanggup?

Jangan menjawab sebegitu jika ianya hanya sekadar omong kosong demi mengejar pangkat dan kuasa semata-mata. Pengiktirafan kerja bukan kerana kesungguhan tetapi keberkesanan "mengipas" orang atasan adalah tindakan pengecut. Perkara ini biasa berlaku di mana-mana saja dan golongan kuat mengipas ini seringkali mendapat tempat di dalam organisasi.

Orang-orang biasa bisik-bisik,
"dalam keje, kena pandai berpolitik, baru senang naik"
Jawapan peribadi "pergi mampus sama korang!!"

Mengapa perkara ini masih terjadi dikalangan manusia-manusia yang mempunyai otak? Masih menjadi misteri. Wahai si pemegang amanah, janganlah sesekali menjadi seorang bos yang mangkuk ayun. Sekali dikipas terus kembang semangkuk.

Ingat tanggungjawabmu!! Jika tidak, ianya akan diperjawabkan di padang mahsyar kelak.

No comments:

Papa Panda

Featured Post

Panduan Solat Sunat Tarawih+Witir

Tarawih bererti ‘istirehat’ manakala solat Tarawih pula bermaksud solat yang merehatkan. Dalam melaksanakannya, disunatkan duduk sebentar s...

Back To The...

Back To The...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP