Setiap orang punyai keinginan untuk berkeluarga. Macam best kan? Mest la best, kalo tak memang tak lengkap lah hidup. Bekeluarga tu kan sunnah Rasulullah SAW..Kan elok ikut sunnah dalam menjalani hidup seharian. Lebih berkat and dapat ganjaran pahala.
Membina sebuah keluarga bukan perkara mudah. Ia memerlukan komitmen dan tanggungjawab yang sangat sangat besar. Bagi yang dah bekeluarga diucapkan tahniah! Semoga dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami atau isteri yang baik.
Bagi yang belum berumahtangga, persiapkan diri sebelum "panggilan" itu tiba. Jangan bila sudah kawin baru nak "ber-tak-tih". Persiapan itu perlulah dari awal usia muda sebelum berkeluarga lagi.
Ucapan "tahniah" biasa dilafazkan kepada mereka yang selamat mendirikan rumah tangga, mendapat anak dan lain-lain benda yang memang patut diucapkan. Namun perkataan itu kini bakal diganti dengan ucapan "takziah". Mengapa?
Amat dukacita apabila sesetengah manusia zaman ini yang sudah berumahtangga dilihat mulai lupa akan tanggungjawab masing-masing. Perkahwinan hanya dianggap syarat dan budaya untuk dua insan bersatu. Tiada input atau output yang terhasil dalam membina sebuah keluarga Islam.
Adakah kerana terlalu sayang?
Si suami tidak menegur si isteri memakai pakaian yang menampakkan bentuk tubuh di khalayak ramai? Inikan pula mendedahkan aurat?
Adakah kerana terlalu sayang?
Si isteri tidak menasihati si suami yang pakai seluar pendek di luar rumah? sedangkan si isteri dapat menutup aurat dengan baik.
Adakah kerana terlalu sayang?
Tanggungjawab suami isteri hanya perlu dilaksanakan di dalam rumah sahaja.
Ataupun..
Si suami atau isteri terlalu jahil dalam berugama? Mari berfikir sejenak. Adakah kita tergolong dalam golongan "kerana terlalu sayang itu?"
"Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasehatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar" Surah An-Nisaa' ayat 34.
Berkeluarga. Layak ke aku?
Sunday, February 14, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment