Bo'ong-bo'ong!!

Thursday, February 11, 2010

Apakah itu? Obor-obor? Oblong? Ya! Itu adalah bohong dalam bahasa sinetron. Kenapa orang kita suka berbohong? Kalau berbohong je boleh kira lagi. Ni siap fitnah menfitnah pulak. Ape kes?

Manusia biasa berbo'ong bila nak cover diri sendiri. Takut-takut pecah lubang jamban. Kalo nak jaga saham mesti la kena bo'ong. Kalau tak bo'ong, macam mana nak sama level dengan orang lain. So mesti kena up sket!

Perlu ke nak bo'ong? Sampai bila nak bo'ong? Ingat orang tak tahu? Ingat Allah tak tahu? Ingat malaikat roqib & atid tak tahu? Kalau betul diri sendiri tu penjual tempe dan bakso apa masalahnya? hehehe (ambil dialog cerita).

Kepada anda kat luar sane yang suka bo'ong, sila berhati-hati dan berhenti berbo'ong sebab di sekeliling anda ada lagi bapak pembo'ong. Mereka tahu anda bo'ong. Mungkin anda tak tahu yang mereka dah tahu anda bo'ong tapi percayalah, mereka tahu. Mungkin di depan nampak biasa, namun di belakang kamu yang suka bo'ong ini akan sering ditertawakan akibat kebodohan kamu sendiri.

“janganlah kamu membenci dirinya, tetapi bencilah perangai buruknya”

Bohong sunat

Dalam Islam, terdapat bohong yang dibolehkan iaitu bohong sunat. Bohong sunat camne pulak? Bohong sunat bukan macam bohong kaki penipu. Kata kaya tapi miskin, cakap besar ada itu ada ini tapi habuk pun tarak. Takde niat lain untuk berbohong kecuali nak berbangga-bangga diri atau nak tutup muslihat sendiri. Ni bohong yang dilarang.

Dari Hadith Riwayat Bukhari Muslim dari Ummu Kulsum ada gak kata "bohong sunat" ni bukanlah termasuk berbohong bila seseorang tu ingin memperbaiki hubungan orang yang bermusuhan dan dalam perang.

No comments:

Papa Panda

Featured Post

Panduan Solat Sunat Tarawih+Witir

Tarawih bererti ‘istirehat’ manakala solat Tarawih pula bermaksud solat yang merehatkan. Dalam melaksanakannya, disunatkan duduk sebentar s...

Back To The...

Back To The...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP