Slamat Tinggal Sahabat

Wednesday, February 24, 2010

Faham apa itu sahabat? Kawan lain sahabat lain. Sahabat adalah teman yang akan sentiasa boleh kita rely on tanpa mereka mengharapkan balasan apa-apa kecuali "the bond". Itu lah ikatan atau chemistry yang bukan fizik tapi ia dapat dirasai dengan jiwa antara kedua atau lebih unsur.


(Farid, Arwah (Syed), Redza, Ana dan Wan)

And pada tanggal 23.2.2010, ana dah kehilangan sebuah permata yang tak ternilai harganya..perginya seorang sahabat untuk menemui Penciptanya. Terkilan rasanya apabila tak sempat nak melihat wajah sahabat untuk kali yang terakhir.

Arwah telah mengalami kemalangan jalan raya yang melibatkan motor dengan pajero. Dikatakan bahawa arwah maut di tempat kejadian. Teman-teman memberitahu perkara itu pada malam sebelum ana perlu bertolak ke Perak. Sedih dan terkejut mendengar khabar berita itu. Namun apakan daya, ada tugas yang perlu ana selesaikan di Perak.

Bila di kenang kembali bibit-bibit perkenalan, keletahan dan segala kenangan bersama arwah, membuatkan diri yang keras kepala ini terdiam hiba. Segala pahit manis bersama arwah akan tetap dikenang sehingga akhir hayat ana.

Arwah seorang yang sentiasa ceria dan sering membuatkan orang ketawa. Keletahannya bercakap dan berlawak membuatkan sahabat lain amat senang dengan arwah. Begitu juga dengan ana, namun terdapat beberapa kenangan antara arwah dengan ana membuatkan hati menjadi lebih sayu.

Smua yang hidup pasti akan mati..itulah kata-kata yang biasa kita dengar namun itulah realitinya..Kerana mati itu lumrah bagi sekalian makhluk. Tiada makhluk yang kekal. Cuma masa dan saat saja yang berbeza..Yang tetap ada hanyalah Allah Tuhan Semesta Alam.

Diri ini amat bersyukur kerana berkesempatan mengenali seorang hamba Allah yang bernama Syed Azhar Syed Abdullah. Ana doakan agar roh arwah ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman dan soleh.

Kronologi persahabatan in akan tetap berada di paksinya walaupun dikau telah pergi jauh dari kami. Kami sahabatmu akan sentiasa mendoakan kesejahteraanmu disana. InsayAllah, kita pasti akan bertemu lagi kelak.

No comments:

Papa Panda

Featured Post

Panduan Solat Sunat Tarawih+Witir

Tarawih bererti ‘istirehat’ manakala solat Tarawih pula bermaksud solat yang merehatkan. Dalam melaksanakannya, disunatkan duduk sebentar s...

Back To The...

Back To The...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP