Sodomy..liwat..usung tilam..amik sample..Aduh! Sampai bila benda ni nak setel ha? Yang orang tu tuduh orang ni. Orang ni cakap orang tu. Orang tu kata dia buat camni..orang tu plak gelak "hehehehe". Leh kata hal fitnah menfitnah dah jadi basi di kalangan umat akhir zaman ni.
Bila nak baca paper (baca kat kedai) asyik-asyik cover page citer hal-hal yang ngarut2 camni. Takde ke citer lain yang lebih menarik? Apa peranan media massa? media cetak yang begitu hampir dengan masyarakat pun sekarang sibuk nak cari makan. Buat isu yang orang suka baca, asal dapat jual sudah la! Apara ini punya otak.
Banyak lagi isu semasa yang dirasakan relevan untuk diketahui umum. Cerita masalah generasi muda skang ni. Banyak dah sesat. Maksiat berleluasa mintak kerjasama semua pihak membanteras. Pub-pub atau disko banyak bukak nak bagi anak muda masuk. Program-program sure maksiat (nama dulunya jom heboh pastu tukar sure heboh). Bila ada event je, maksiat confirm ada. Lagi cerita pasal cara pemerintahan yang adil..korupsi..pegawai amik rasuah..Baru ada orang nak baca.
Ehh..Sape nak dengar hal camtu? sape nak baca isu-isu camni..orang kolot je nak tau!
Kalau nak tahu kolot ke tak. Cuba teliti betul2..paling simple belek surat khabar skang..apa yang ada?
Yaa..anda akan mendapati satu pengkarutan di penyampaian maklumat dalam surat khabar kerajaan sekarang. Kenapa ya? Nilah namanya 1Malaysia.
Kita mulakan dengan muka depan. Tajuk utama tentulah bersifatkan keterbukaan kerajaan dalam menjaga kebajikan masyarakat..Isu-isu yang pabila masyarakat baca, akan kata "wahh, betul2..kerajaan betul". Belek2 lagi..cerita pasal aduan masyarakat..bla2..pembangunan yang kerajaan jalankan. Perancangan masa depan yang begitu terancang demi kepentingan rakyat. (berangin mulut). Then tiba lah bab-bab soal jawab ugama. Ada la dalam 1-2 muka surat. Itu tu tanya soal rumah tangga and bab bersuci..takpelah, bagi kredit sket kat sini.
Tiba-tiba ade satu bahagian yang tak brape nak sedap mata memandang. Itulah dia bahagian nombor ekor "4D". Ini syaitan punya kerja! So skang ni memang surat khabar dah jadi giler..maksiat+ugama dalam 1 cerita.
Sama jugak dengan TV. Start program dengan bacaan al-quran..tengah2 cerita2 yang kebanyakannya maksiat..then penutup baca al-quran semula. Best kan? Sebagai rakyat, kita berhak untuk berfikir dan meluahkan pendapat. Kalau ada kesempatan, nak je pergi salam ucap tahniah atas pemerintahan yang "sangat bagus" ni. Takleh nak cakap suykran tapi thank you!!
Media Suck
Saturday, February 6, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment