Lagu Kite

Monday, February 8, 2010

Kita masa zaman kecik-kecik, dah terbiasa di ajar untuk berhibur. Berhibur macama mana? Haa..itu yang kita nak cuba kenang kembali. Ingat tak masa zaman skolah rendah dulu? Zaman yang budak-budak laki pakai suar pendek warna biru. Pompuan plak pkai skirt. Masih ingat?

Masa zaman tu, murid-murid belajar muzik. Siap cikgu suruh beli recoder. Kalau time klas je, masing-masing bawak recoder. Tiup bagai nak rak, sampai berbuih-buih basah..Tapi sampai sekarang tak pandai main. Salah cikgu yang ajar ke? hahaha

Lagu-lagu yang di ajar banyak menjurus kepada ketradisionalan masyarakat Malaysia dan masyarakat berbilang kaum. Kalau nak list lagu-lagu memang tak ingat lah. Namun ada serba sedikit yang masih boleh ingat.

1. Tiga Sekawan

Ada seorang budak namanya abu
Dia juga berkawan namanya mutu
mereka berkawan baik sama sedarjah
Belajar bersama main bersama
Lalala..lalala

(Ntah mana sorang lagi..rasa-rasa 3 orang dalam lagu nih)

2. Telefon Berbunyi

Telefon berbunyi ring ring ring
ku angkat ku dengar suara
Telefon berbunyi ring ring ring
ku angkat ku tanya siapa

3. Sungai

Air mu mengalir
Dari gunung jauh di sana
Bersih dan sejuknya
Sungguh indah dipandang mata

(lagu ni sedih)

4. Ais Kacang

Ais Kacang
Ais, ais kacang
BIla cuaca panas dan rasa dahaga
Singgah di gerai ais kacang diminta
Susu dan jagung
Kacang dan lengkong
Air gula berwarna
Campur semua
Enak rasanya
Kegemaran kita semua

5. Ayah ku pulang dari kota

Ayahku pulang dari kota
Ayah ku belikan kereta
Kereta kecil warna merah
Boleh ku bawa ke sekolah
Pon pon pon pon pon pon pon pon pon
Kereta kecl ku berbunyi
marilah adik mari naik
Boleh ku bawa jumpa nenek

Kalau tak silap, buku latihan muzik masa zaman tu, bahagian atas kosong (untuk lukis-lukis) then bahagian bawah baru ada garisan nak tulis lagu. Bila disuruh lukis, sebelum dapat tajuk lagu lukisan dah ada!

Hebatnya perkembangan otak kanak-kanak bila diasuh dan didik dari kecik. Otak masih segar. Bila hiburan masuk dulu, memang mudah sangat nak ingat sampai bila-bila. Sebab tu sampai sekarang masih boleh ingat biarpun dah tinggal 20 tahun lalu. hahaha

Bila dah meningkat usia, otak dah terdedah dengan macam-macam perkara lagho. Pun dah susah nak masuk ape yang di dengar..ini kan pula nak belajar. Bila hati dah terikat dengan dunia, perasaan cinta kepada akhirat tu sedikit ketinggalan. Mungkin kerana sudah terbiasa. Tapi tak sanggup juga tengok generasi sekarang dan akan datang akan mewarisi persekitaran lalu..

Takut-takut "kerana sudah terbiasa". Ya, mungkin sudah terbiasa.

No comments:

Papa Panda

Featured Post

Panduan Solat Sunat Tarawih+Witir

Tarawih bererti ‘istirehat’ manakala solat Tarawih pula bermaksud solat yang merehatkan. Dalam melaksanakannya, disunatkan duduk sebentar s...

Back To The...

Back To The...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP