Aku manusia kecil
Yang tak punya apa-apa
Jika dicampak di tengah-tengah orang ramai
Aku seperti invisibleman
Dan kadang-kadang macam batu-bata
Namun aku tak kisah
Macam iklan aiman tak kisah tuh
Aku mungkin nampak sewel
Aku mungkin nampak gila-gila
Namun ia tidak bermakna aku hanya berdiamkan diri
Apabila agamaku dipermainkan
Ia tidak bermakna aku hanya duduk melihat
Apabila umat islam diperbodohkan
Aku akan terus bersuara
dalam menyampaikan kebenaran
Walaupun ianya pahit
Perjuangan harus diteruskan
Sebagai bukti cintaku pada agamaku
Aku punyai akal
Yang dikurniakan oleh Tuhanku
Agar digunakan sebaik mungkin
Semoga sentiasa dapat berfikir
Mana baik mana buruk
Kadangkala atas kejahilanku
Aku tersasar
Namun aku sentiasa mencari jalanNya
Supaya tidak terus tersesat
Semoga apa yang aku perjuangkan ini
Diredhai oleh-Nya
Itu Aku
Saturday, April 24, 2010
Peluangku?
Wednesday, September 23, 2009
Langkah kakiku
Di tanah gersang
Kiri kanan
Kepala di palingkan
Terik matahari
Membakar ubun-ubunku
Adakah masih ada peluang untukku?
Ku dongak ke langit
Tiada khabar hujan
Hanya tiupan angin panas yang kering
Tapak kaki
Kian haus
Akibat sapaan sang matahari
Adakah masih ada peluang untukku?
Diriku mengeluh sendirian
Kenapa aku disini?
Apa yang aku carikan?
Adakah aku bermimpi?
Tidak!
Aku punyai misi
Namun
Adakah masih ada peluang untukku?
Ya Allah,
Aku mencari keredhaanMu
pengampunanMu
Maafkan aku
Kerana asyik bersama nafsu
Dalam mengejar dunia
Sehingga lupa terhadapMu
Adakah masih ada peluang untukku?
Every Cloud Has A Silver Lining
Saturday, January 3, 2009
Sahabat,
Perjalanan hidup kita
Seperti telah ditentukan
Mengenal dan memahami
Erti sebuah persahabatan
Sahabat,
Dan apabila masanya telah tiba
Bahawa dia bukan takdirmu
Terimalah dengan penuh redha
Kerana perancangan Allah Maha Luas
Sahabat,
Usah kau putus semangat
Terus bangun dengan kakimu
Bangun dari kehampaan
Untuk mencari sinar bahagia
Sahabat,
Tabahkan hatimu
Dalam menempuhi segala dugaan
Sesungguhnya
Allah amat menyayangimu
Sahabat,
Pimpinlah tangan teman-temanmu
Bangunlah bersama
Untuk meneruskan hidupmu
Sesungguhnya takdirmu ada disana