STM? Ape tuh?

Saturday, February 13, 2010

Turunnya hujan di pagi hening seolah-olah memujuk si kaki tidur memeluk erat bantal busuknya. Kenikmatan kian terasa apabila hujan makin lebat turun. Kipas angin ligat berputar. Penghawa dingin di letak pada suhu 16 darjah selsius. Selimut setebal 4 inch tak mungkis bisa dilepaskan..nikmatnya.

Namun bagi sesetengah manusia yang dipilih oleh Penciptanya, amat mudah untuk bangun mengerjakan satu ibadah yang sangat besar ganjaran pahalanya. Dengan bersusah payah membengkokkan badan, menggeletarnya kaki untuk bangun, mata yang melekat dek taik mata, air liur basi di pipi dan mulut..bangun dengan niat untuk menghantarkan dahi ke bumi.

Di saat itu, betapa goyahnya iman diganggu oleh si syaitan. Jika bangun, dia berjaya dan jika sebaliknya dia telah melepaskan satu nikmat yang amat berharga. Bila ditanya pada diri sendiri

"boleh ke nak bangun?" macam susah je..

Mari kita face the reality, dalam satu kawasan taman perumahan..tak kisah la kawasan rumah orang kaya ke, orang sederhana atau orang miskin ke, agak-agak ada berapa orang yang bangun tengah malam untuk solat sunat dari keseluruh penduduk yang bermastautin kat situ? Berapa? Ada? Ya. InsyaAllah ada. Juga atas izinNya. Namun kalo takde memang nauzubillah. mintak dijauhkan.

Manusia zaman sekarang akan bangun time pagi-pagi buta bila adanya bola sepak, gusti, ehem2, berak dan kencing. Biasalah tu..lepas dh lepas apa yang dihajati tentulah continue balik aktiviti tidur. Sedap tu tido..Salah satu nikmat yang Allah bagi kat makhluk. Bayangkan kalau Allah tarik balik nikmat tuh? Ntah jadi apa kat manusia pun tak tau.

Cemburu pada mereka-mereka yang dipilih Allah istiqamah bangun untuk solat pada waktu pagi buta. Doa banyak-banyak agar semua orang disekeliling kita boleh sama-sama bangun untuk mengadap Allah. Tak perlu keluarkan modal..tak perlu buat appoinment..mudah kan? So jom ramai-ramai join ini projek..STM (Solat Tengah Malam)

Nota kaki: Bila kali terakhir bangun pagi untuk solat tahajjud?

No comments:

Papa Panda

Featured Post

Panduan Solat Sunat Tarawih+Witir

Tarawih bererti ‘istirehat’ manakala solat Tarawih pula bermaksud solat yang merehatkan. Dalam melaksanakannya, disunatkan duduk sebentar s...

Back To The...

Back To The...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP