Kegagalan manjaga kebersihan diri amat memalukan. Kenapa? Kerana memang menyemak tengok! Bukan ke sendiri punya diri, sendiri punya jaga? nak kena ade orang tegur baru nak buat? ke nak tunggu jadi macam kambing? bila pengembala sebat baru nak masuk kandang? Islam pun mengatakan bahawa bersuci tu salah satu cabang iman. Tapi kenapa tak jaga kebersihan diri?
Bila kuar dating, jumpa awek, melawat bakal mak dan bapak mentua..boleh pulak nak hensem-hensem..kemas-kemas..boleh pulak? Tapi bila nak mengadap Allah, kebersihan diri out terus. Sape besar? awek ke? mak mentua ke? Allah? kes ni masih menjadi satu misteri yang sukar nak di kupaskan.
Wahai puntianak busuk sundal siang, cuba lah jaga kebersihan. Jaga sikit nama baik golongan yang kian nak pupus ni. Dah nak meluat tengok kuku-kuku yang panjang tuh. Kalau bersih takpe jugak. Ini dah la panjang, hitam dan banyak kuman. Yang amat mendukacitakan apabila tabiat mengkorek-korek bahan galian di celah kuku ini di lakukan di dalam RUMAH ALLAH. Ingin rasa hati mau terajang laju-laju namun apakan daya.Nauzubillah...
Agak-agak, Allah terima tak amal ibadah kita? hanya Allah je yang tahu. Sampai sekarang masih tak puas hati dengan golongan yang nak pupus pengotor nih. Tolong berubah sebelum tukang mandi mayat yang membersihkan anda.
Tak mengapa jika muka tak hensem, asalkan tahu jaga kebersihan diri. Kalau mereka-mereka ni dapat dengar hati orang-orang lain yang tengok. Macam ni lah suara-suara yang mereka dengar;
Laki: "ceh mamat ni, muka dah la tak hensem, pengotor plak tuh..memang tak bleh blah"
Pompuan: "eeeiii..pengotornye mamat nih! harap muka je hensem!"
"Dengar sini wahai kaum adam yang suka sangat simpan kuku panjang untuk tujuan ntah apa kejadah, potong le kuku tuh, buruk beno dah orang tengok. Nak cakap beruk nanti marah pulak, so pandai-pandai la pikir sendiri. Dah besar panjang pun, tak payah nak tunggu orang suruh."
Janganlah kamu bersembahyang dalam mesjid itu selama-lamanya. Sesungguh-nya mesjid yang didirikan atas dasar taqwa (mesjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu sholat di dalamnya. Di dalamnya mesjid itu ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. Dan sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bersih (Surah At-Taubah Ayat 108)
Bersih tu camne?
Thursday, February 4, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment