Melentur buluh biar dari rebungnya?

Monday, February 8, 2010

Ayah yang baik dengan ayah yang jahat. Mana satu yang berjaya mendidik anak-anak mereka? Ya benar! Kedua-duanya pun berjaya mendidik anak mereka. Kenapa berjaya? Kerana ayah yang baik akan didik anak dia dengan baik manakala ayah yang jahat akan didik anak dia dengan? jahat? Ohh..tidak lah! Tentulah dengan baik juga! Tapi sayang, si ayah terlalu jahil dalam mendidik!! Sungguh kasihan nasib anak itu.

Bak kata orang lama, melentur buluh biar dari rebungnya..actually, ada sedikit pembetulan di situ. Sepatutnya bukan direbung tapi ditanah itu sendiri. Cukup nutrient dan subur tanahnya akan menghasilkan buluh yang berkualiti.

Bagaimana apabila di depan mata sendiri melihat seorang anak lelaki kecil yang masih tidak tahu apa-apa sudah di ajar bapanya memakai bangles? Sudah di ajar menyimpan ekor rambut di belakang? Macam mana boleh sampai tahap ni?

Kalau si ayah tu mat rempit, memang mahu anak warisi ketradisian itu kah? masih juga mahu anak menjadi mat rempit? Sehebat mana pun seorang ayah itu masa muda..tak kira dia gangster kampung dusun, mat rempit lagenda, perompak terhandal..dia tak akan berharap yang anaknya akan mewarisi apa yang mereka buat masa muda. Si ayah amat berharap yang anaknya itu akan membesar jadi insan yang berguna.

Namun cara pendekatan itu dilihat seperti tak kena dengan apa yang mereka harapkan. Si ayah perlu menjadi contoh teladan yang baik kepada anak-anak. Jangan kata nak suruh anak pakai pakaian tutup aurat kalau ayah masih berseluar pendek dan pakai rantai di tekak!!

Pesan kepada mereka yang ingin berkahwin, yang ingin punya keluarga, yang ingin punya anak dan yang ingin punya isteri, persiapkan diri bagi menanggung tanggungjawab yang besar itu. Belajar dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara agar tidak akan rasa "syok sendiri" dengan apa yang telah dirancangkan. Siapkan diri dengan ilmu ugama kerana asal baik dasarnya (ugama) maka yang sekalian nya akan menjadi baik insyaAllah.

"Tidaklah ada seorang anak kecuali ia dilahirkan di atas fitrah. Lalu, orang tuanyalah yang menjadikan anak itu (menjadi) Yahudi, Nasrani, atau Majusi '' (Nabi Muhammad SAW, HR Bukhari dan Muslim).

No comments:

Papa Panda

Featured Post

Panduan Solat Sunat Tarawih+Witir

Tarawih bererti ‘istirehat’ manakala solat Tarawih pula bermaksud solat yang merehatkan. Dalam melaksanakannya, disunatkan duduk sebentar s...

Back To The...

Back To The...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP