Panduan Solat Sunat Tarawih+Witir

Tuesday, July 9, 2013

Tarawih bererti ‘istirehat’ manakala solat Tarawih pula bermaksud solat yang merehatkan. Dalam melaksanakannya, disunatkan duduk sebentar selepas salam sambil memperbanyak zikir pada setiap rakaat keempat dan dikerjakan dalam keadaan tenang, tenteram dan tidak tergesa-gesa menyelesaikannya. 

Solat Tarawih adalah sunat muakkad yang boleh dilakukan secara berjemaah atau sendirian sama ada di rumah atau masjid pada malam-malam bulan Ramadan, di antara waktu selepas solat Isyak hingga ke sebelum fajar. Rasulullah SAW. bersabda; “Allah SWT. menetapkan kewajipan puasa kepada kamu dan disunatkan kepada kamu solat pada malam harinya. Sesiapa berpuasa pada siang hari dan melakukan solat pada malam harinya kerana iman dan mengharapkan keredaan-Nya maka ia kelak bersih dari dosa-dosanya seperti seorang bayi yang dilahirkan ibunya”. 

Solat Tarawih boleh dilaksanakan dengan setiap dua rakaat satu salam, sekurang-kurang 4 kali dan disambungkan dengan solat Witir tiga rakaat atau boleh juga dilakukan 2 kali empat rakaat berdasarkan hadis daripada Aisyah yang berkata: “Rasulullah SAW tidak pernah mendirikan solat malam melebihi 11 rakaat, baik pada Ramadhan mahupun bulan lainnya, beliau mendirikan empat rakaat yang sangat panjang, kemudian empat rakaat lagi yang panjang, selepas itu solat tiga rakaat.” (Riwayat Bukhari).

Bacaan Surah Sesudah membaca Al Fatihah pada setiap rakaat, lalu membaca ayat-ayat atau surah daripada Al Quran, tidak kira pendek atau panjang, atau berulang-ulang, asalkan bacaan itu betul dan solat ini dibuat dengan cermat. 

1. Sebaik-baik surah yang dibaca selepas al-Fatihah pada solat Tarawih ialah satu juzuk daripada al-Quran pada setiap malam seperti kelaziman seseorang yang hafaz al-Quran (al-Hafiz).

2. Setelah membaca surah Al-Fatihah, bacalah sebarang surah lazim yan diketahui. Pada raka’at kedua ada baiknya membaca surah al-Ikhlas 3 kali.

3. Kebanyakan orang biasanya hanya membaca surah-surah lazim. Berikut adalah cara tersusun membaca surah lazim Solat Sunat Tarawih lapan rakaat; Jadual Surah Solat Tarawih Lapan Rakaat


Cara Melakukan Solat Sunat Tarawih Lapan Rakaat

Cara melakukan solat Tarawih sama seperti solat sunat yang lain. Solat Tarawih dilaksanakan setiap dua rakaat satu salam, ini berlandaskan kepada hadis: “Solat malam (solat Tarawih) adalah dua rakaat, dua rakaat.” (Riwayat Jamaah)

1.  Niat:




2.  Bacaan Selawat, Tasbih dan Doa Solat Tarawih

Setelah selesai melakukan solat fardu dan solat sunat Ba’diah Isyak, maka Bilal memulakan Solat Tarawih dengan menyeru:



3.  Bilal dan jamaah sama-sama membaca:





4. Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-2, 6, 10, 14 dan 18; Bilal dan jamaah bersama-sama mengucapkan zikir berikut:



5.  Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-4, 8, 12 dan 16; Bilal dan jama’ah membaca Tasbih dan Selawat:













Solat Sunat Witir

A.   Setelah selesai Solat Tarawih, sebelum meneruskan solat sunat Witir. Bilal akan menyeru:



Lakukanlah solat Witir, mudah-mudahan Allah memberi pahala kepada kamu!

Disambut jama’ah dengan lafaz;



                      Bersolatlah. Tiada Tuhan melainkanAllah.


Cara Melaksanakannya
   
1.  Lafaz niatnya pada setiap dua rakaat pertama:



2.  Bacaan selepas Fatihah:

  • Raka’at pertama: Surah Al-A’laa
  • Raka’at kedua: Surah  Al-Kafiruun

3.   Sesudah salam, Bilal membacakan selawat;



4.   Jemaah terus berdiri untuk mengerjakan satu lagi raka’at Witir. Lafaz niat pada satu rakaat terakhir:



5.   Selepas bacaan al-Fatihah, pada raka’at terakhir, dibaca pula surah;
  • Al-Ikhlas,
  • Al-Falaq dan
  • An-Naas.

6.   Bermula malam 16 Ramadhan, disunatkan membaca  Doa Qunut sebelum melakukan sujud pertama.



7.   Selesai mengerjakan Solat Witir disunatkan mengucapkan:



8.   Boleh dibaca doa-doa berikut:



Sumber: Shafiqolbu

Read more...

Death on her wedding Night [True Story]

Saturday, June 23, 2012

“After performing Salat Al Maghrib, she put her make-up, wore her beautiful white dress preparing herself for her wedding party, Then she heard the Adhan of ‘Ishaa and she realized that she broke her Wudu she told her mother : “mother, I have to go to make wudu and pray ‘Ishaa”

Her mother was shocked : “Are you crazy?!! Guests are waiting for you, to see you! what about your make -up? It will be all washed away by water!!” then she added:

” I am your mother and I order you not to perform salah now! wallahi if you make wudu now, I will be angry at you”
Her daughter replied :”wallahi I won’t go out from here till I perform my salah! Mother you must know that “There is no obedience to any creature in disobedience to the Creator.”!!

Her mother said:”what would our guests say about you when you’ll show up in your wedding party without make-up?! You won’t be beautiful in their eyes! and They will make fun of you!”

The daughter asked with a smile :”Are you worried because I won’t be beautiful in the eyes of creations? What about my Creator?! I am worried because, if I miss my salah, I won’t be beautiful in His eyes”

She started to make wudu, and all her make-up was washed away, but she didn’t care

Then she began her salah and at the moment she bowed down to make sujud, she didn’t realize that it will be her last one!

Yes! She died while in sujud! What a great ending for a Muslimah who insisted on obeying her Lord! Many people who heard her story were so touched!!

She put Him and His obedience first in her priorities, so He granted her the best ending that any Muslim would have!

She wanted to be closer to Him, so He took her soul in the place where Muslim are the closest to Him! Subhana Allah!

She didn’t care if she would be beautiful in the eyes of creatures so she was beautiful in the eyes of Her Creator!

O Muslim sister, imagine if you are in her place! What will you do? What will you choose : pleasing creations or your Creator?

O dear sister! Do you guarantee that you will live for the next minutes? Hours? Months?!!
No one knows when their hour will come? Or when will they meet angels of death? So are you ready for that moment?

O non-hijabi sister! What do you choose : Pleasing yourself by not wearing Hijab or pleasing your Lord by wearing hijab?

Are you ready to meet Him without Hijab?

And what about you, sister who are “in relationship” or “open relationship”, are you ready to meet your Lord today? Tomorrow?! What do you choose pleasures of this Dunya or pleasures of akhirah?!

May Allah guide us all to what pleases Him and grant everyone who is reading these lines good ending, Ameen.

[told by Shaykh “Abdul Mohsen al Ahmad”, it happened in Abha (the capital of Asir province in Saudi Arabia)]Sumber: Sahabat di FB

Read more...

Keputusan di tangan anda

Tuesday, June 19, 2012

Assalamualaikum WBT

Sekarang, isu politik kian hangat diperkatakan. Persiapan jentera parti masing2 menampakkan peranannya.

Yang sebelah sana macam tu caranya...yang sebelah sini macam ini caranya. Masing-masing pun punya strategi tersendiri. Saya pun tak ada benda nak cakap banyak pasal hal ni sebab semua orang dah masak dengan isu-isu tatkala pilihanraya bakal berlansung.

Saya tidak punyai upaya untuk mempengaruhi siapa yang anda sokong, siapa yang anda undi dan siapa yang anda pilih. Keputusan di tangan anda.

Sekadar peringatan bersama. Saya orang Islam. So akan terus menyokong sebelah yang memperjuangkan Islam. Bagi saya, apabila sebuah pokok yang disemai dengan baja yang baik, akar umbinya juga baik, maka InsyaAllah (dengan izin Allah) akan terhasil buah dan daunan yang baik juga. semua orang akan dapat manfaatnya. Begitulah juga bagaimana Allah memberi petunjuk kepada kita cara untuk membuat suatu keputusan (memilih pemimpin).

Firman Allah swt:


وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لَا تُنْصَرُونَ 

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan..(Hud : 113)


 وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ 

Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.(Al-Ma'idah : 51)


يا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ بِالْقِسْطِ شُهَدَاءَ لِلَّهِ وَلَوْ عَلَى أَنْفُسِكُمْ 

Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi karena Allah, biarpun terhadap dirimu sendiri.(An Nisa' : 135)  



"Bantulah ke Jalan Allah, InsyaAllah Allah akan menbantu kamu"

Read more...

Tudung vs Open

Friday, June 8, 2012

Assalamualaikum WBT.

"Wei, orang yang tak pakai tudung, tak semestinya jahat...Orang yang pakai tudung tu tak semestinya baik"

Biasa dah dengar hypothesis seperti di atas. Jom kita try tengok.

Hypothesis 1: Tak semua wanita yang memakai tudung tu baik.
Hypothesis 2: Tak semua wanita yang tidak bertudung tu jahat.

Hypothesis 1: Tak semua wanita yang memakai tudung tu baik.

Saya agak setuju dengan hypothesis ni. Renungkan ayat di bawah:


















Allah tak suruh wanita pakai tudung. Allah suruh wanita tutup aurat. Cuba kita lihat sendiri zaman sekarang, trend wanita especially yang bertudung. Bermacam-macam fesyen. Pakai tudung, baju ketat, nampak celah punggung, baju tanpa lengan, tudung ade lubang di leher etc.

Hypothesis 2: Tak semua wanita yang tidak bertudung tu jahat.

Betul. Mereka taat pada perintah kedua ibu bapa, rajin belajar, menghormati jiran, sentiasa bagi sedekah bila ada orang minta, open minded, bersolat dan sebagainya. Namun satu kekurangannya adalah mereka tidak bertudung atau kata nama lainnya tidak menutup aurat. Masakan seorang yang baik hati seperti ini akan mengingkari perintah tuhannya?

Kesimpulannya di sini

Wahai wanita, renungkanlah ayat al-quran seperti di atas dan hadis Rasulullah SAW seperti di bawah nescaya dengan izin Allah, kamu muslimah yang bertudung akan terus bertudung hingga akhir hayat (menutup aurat dengan sempurna) dan kamu wahai muslimah yang tidak bertudung semoga terbuka hati untuk bertudung.

Jangan dengar bisikan syaitan yang mengatakan blog ini mengutuk wanita yang di ceritakan. Saya tahu di dalam jiwa wanita-wanita di luar sana punyai sekelumit perasaan untuk bertudung atau menutup aurat dengan sempurna suatu hari nanti.

JANGAN sesekali terhasut dengan bisikan syaitan, dengan  mempertikaikan perintah Allah seperti di dalam surah Al-Ahzab ayat 59 seperti di atas. Even satu huruf di dalam Al-Quran dipertikaikan,  telah batal akidah seseorang itu. Nauzubillah....

Rebutlah masa sihat kamu sebelum tiba sakit.

Sabda Rasulullah SAW ketika baginda dalam Israk dan Mikraj yang berbunyi:

"Aku menjenguk ke dalam neraka, maka ku lihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita, yang demikian disebabkan oleh kerana kurang taat kepada Allah dan Rasulullah dan suami mereka dan kerana banyak bertabarruj dedah aurat dan berhias-hias".


Sumber hadis: Dayana Bahazalan,2012. Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Bertudung tetapi berpakaian seperti telanjang.

Read more...

Kisah Burung Pipit & Nabi Ibrahim

Saturday, June 2, 2012

Spesis: Burung pipit

Nama saintifik: Passer (true sparrow)

Zaman Nabi Ibrahim

Sejarah: Semasa Nabi Ibrahim sedang dibakar oleh Raja Namrud yang zalim, seekor burung pipit berulang-alik daripada sebuah kolam ke lembah tempat Nabi Ibrahim sedang dibakar dengan membawa air kolam tadi dalam paruhnya yang kecil.

Kejadian ini dilihat oleh malaikat Jibril a.s. dan Jibril bertanya kepada sang pipit, adakah air itu mampu untuk memadamkan api yang marak dan besar itu?

Lalu sang pipit menjawab, yang dia tahu bahawa air yang dibawa tidak terpadamkan api yang ganas itu. Namun, sekurang-kurangnya saya telah menjalankan tanggungjawabnya, tidak berdiam diri apabila melihat kekasih Allah dizalimi oleh orang kafir.

Iktibar dan Pengajaran:

1) Sebagai seorang insan yang mengaku beragama Islam, apakah usaha kita untuk menegakkan syiar kebenaran Islam? Adakah kita hanya berpeluk tubuh bila Islam dihina dan dicerca?

2) Usaha yang kecil, namun dikerjakan secara berterusan. Lebih baik ertinya daripada usaha yang kelihatan besar namun dikerjakan sekali-sekala. bagaimana pun, ia lebih baik daripada langsung tidak berbuat apa-apa…

3) Ada juga insan yang merasa takut untuk menegur pemimpin kerana beliau berfikir beliau hanyalah seorang insan kerdil yang tidak punyai pangkat atau jawatan.

Credit to: pemudasarawak.wordpress.com (Tazkirah Ramadhan – Kisah Burung Pipit)

Read more...

Papa Panda

Featured Post

Panduan Solat Sunat Tarawih+Witir

Tarawih bererti ‘istirehat’ manakala solat Tarawih pula bermaksud solat yang merehatkan. Dalam melaksanakannya, disunatkan duduk sebentar s...

Back To The...

Back To The...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP