Artikel ni aku ambik dari Blog PSSIPUO (Persatuan Siswa Siswi Islam Politeknik Ungku Omar). Hadith yang menerangkan sabdaan Nabi kita Muhammad SAW berkenaan BALA Allah kepada manusia sekiranya maksiat-maksiat berleluasa. Maksud hadith ni memang sangat mendalam bagi mereka yang mahu ambil peduli dengan situasi Umat Islam sekarang. Bukan saja di Malaysia, juga di seluruh dunia. Cuba baca dengan teliti, lihat satu persatu. Berapa banyak perkara maksiat tersebut yang dah berlaku di negara kita?
Daripada Ali bin Abi Talib r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
“Apabila umatku telah melakukan lima belas perkara, maka bala PASTI akan turun kepada mereka iaitu:
1.Apabila (Maghnam) harta rakyat atau negara hanya beredar di kalangan pembesar atau pemimpin tertentu.
2. Apabila (aset) amanah dijadikan sebagai habuan diri (ghanimah).
3. Zakat dianggap sebagai beban hutang (diperniagakan).
4. (Kehendak) suami dikuasai oleh kehendak isteri (Queen Control).
5. Anak menderhakai ibunya.
6. Tapi ia berbaik-baik (patuh) dengan (kehendak) kawannya.
7. Ayahnya (pula) disingkir jauh.
8. Riuh rendah dan kecoh di dalam masjid (cerita hal dunia).
9. Yang menjadi ketua sesuatu bangsa adalah orang yang fasiq (yang tak sembahyang, jahat dan derhaka kepada Allah).
10. Seseorang itu dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya dan kekuasaanya.
11. Arak menjadi minuman umum.
12. Sutera menjadi pakaian (golongan lelaki untu hari korperat).
13. Golongan artis disanjung-sanjung.
14. Muzik menjadi budaya pujaan.
15. Generasi akhir umat hari ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat dan Ulama).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".(Hadith riwayat Imam Turmizi)
Maka, apakah jawapan anda? Sudah bersedia untuk diturunkan bala?
Turun Bala
Wednesday, June 23, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment