Selama 5 tahun lebih aku mengenali si dia, kami...
Tidak berjumpa
Tidak keluar bersama
Bila orang bertanya. Itulah saja yang boleh aku ungkapkan. Nak buat macam mana. Dah memang begitu. Tapi Siapa si dia tuh?
Bermula lah kisah hidup aku. Jeng jeng jeng..Ianya berlaku di suatu tempat di Petaling Jaya Selangor. Jika dikecilkan skopnya..Di tepi longkang sebelah librari fakulti. Ya benar.
Disitulah titik pertemuan aku dengan si dia. Mungkin bunyinya memang sedikit awkward tetapi itulah realitinya. Bukan dia di tepi longkang tu. Yang duduk di tepi longkang tu adalah aku. Si dia hanya melalui tempat tu yang datang dari librari. Dulu aku yang berperangai sedikit (banyak sebenarnya) gila-gila memang kurang bijak dalam memilih tempat untuk "melepak" setelah abis class.
Siapa tahu kan? Dengan izin Allah, di situ adalah kali pertamanya dalam hidup aku bertemu si dia. Wahh!! Alhamdulillah. Melihat perwatakannya yang pendiam dan sangat humble membuatkan aku tertarik. Orang nya kecil molek dan berjalan boleh tahan laju. Ntah kenapa dia biasa berjalan laju. Mungkinkah dia seorang sprinter suatu masa dahulu? Then, bermulalah episod carekarama macam di tv Malaysia.
Selama hampir masuk 5 tahun aku mengenali si dia, aku tak pernah berjumpa secara terus dengan dia. Masa di universiti dulu pun, just lalu lalang macam tu je. Time tu pun dia tak tahu aku admire kat dia. So time tu aku bertepuk sebelah telinga lah. haha
Then lepas dia habis study, aku hanya pernah berjumpa dia sekali je. Tu pun 2 tahun lepas dengan rakan-rakan dia. Ketika itu, dia dah berniqab (pakai purdah) maka aku hanya nampak matanya sahaja. Sehingga lah sekarang, walaupun tak berjumpa aku tahu dia sentiasa sihat dan ceria. Betul tak awak? hahaha
Bukan nak cakap bercinta, tapi aku rasa perhubungan aku dengan si dia adalah lebih kepada sahabat. Berbanding dengan couple-couple lain, kami tak meletakkan hukum couple itu harus atau wajib. Hubungan hanya sekadar teman kepada teman, tak lebih dari itu. Tidak terbawa-bawa dengan perasaan yang berbunga-bunga. hahaha Bukan saja berjumpa, keluar bersama pun tak pernah. Sebabnya mudah, Islam tak pernah ajar dua insan yang tiada ikatan apa-apa untuk keluar ber'dating' even teman beli baju raya. Maka kami tak buat. Takut nanti Allah murka.
Selama persahabatan ini, pelbagai dugaan yang dihadapi namun aku masih mampu bertahan. Ini kerana aku yakin bahawa, Allah tak akan mensia-siakan usaha dan doa aku. Dan..aku tahu yang dia lah jodoh aku. Ya..memang dia insyaAllah
InsyaAllah, segala perancangan akan menyusul tak lama lagi. Semoga Allah permudahkan segala urusan yang telah kami rancangkan. Ameen...
Kisah aku dan dia
Sunday, June 13, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
xsabar menunggu hari bahgia ko amir hehe...=)
Post a Comment