Dengar tadi dalam radio. DJ berkata, persiapan sedang giat dilaksanakan oleh penduduk dunia dalam menghadapi Demam Piala Dunia. Sukan besar yang berlaku 4 tahun sekali ni memang ditunggu-tunggu oleh semua orang. Lokasinya pada tahun 2010 ini adalah di Afrika Selatan.
Bagi yang fanatik dengan bola, setakat tak tido malam nak tengok bola memang takde masalah. Bola punya pasal. Walau team yang disokong kalah, semangat kesukanan tu sentiasa ada di hati mereka. Sanggup bersengkang mata asal hati puas hati. Tak mengapalah, itu pilihan mereka.
Sangat sedih apabila seluruh media massa di dunia mengiklankan betapa hebatnya world cup ini, Malaysia juga tak terkecuali. Sana sini dalam tv, dalam radio, dalam surat khabar dan media-media lain cerita pasal world cup. Sampaikan budak kecik pun tahu pasal world cup. Tapi kalau bab Maulidur rasul ke..Maal Hijrah..melopong tak tahu sebab kurangnya di siarkan.
Sebelum start pun world cup ni, Malaysia dikecohkan dengan isu kerajaan yang nak bagi lesen judi untuk pertaruhan dalam sukan antarabangsa tu. Kerajaan kata sebab nak banteras judi haram. Ntah apa punya minda peminpin Malaysia sekarang.
Berkenaan world cup, Islam tidak menghalang segala bentuk hiburan asalkan ianya tidak bertentangan dengan syarak dan tidak melalaikan tanggungjawab seseorang tuh. Asal tahu cara nak menyesuaikan diri, maka tiada masalah.
Tapi, kecenderungan untuk manusia lalai sangat tinggi khususnya pada mereka yang menonton di luar (gerai @ restoren). Antara contoh-contoh yang boleh kita ramalkan adalah seperti;
1. Percampuran antara bukan lelaki dan perempuan. Si pakwe fanatik bola. Pakwe kata mana feel tengok bola kat rumah..maka Si awek temankan pakwe tengok bola kat kedai mamak. Biasanya match world cup ni bukan siang tapi malam atau pagi-pagi buta. Maka, si awek ni keluar malam dengan lelaki bukan mahram. Ni satu gejala yang kurang sihat.
2. Pembaziran. Duduk lepak kat gerai atau restoren sampai tiga jam. Tengok bola kat situ tak kan segelas teh tarik+roti canai kot..paling kurang 3 cawan teh tarik, 1 keping roti canai+satu pinggan mee goreng. Kenyang sambil tengok bola. Seronoknya!
3. Buang masa. Ada mereka yang nak keje esok pagi, bersengkang mata tengok world cup. Esoknya sampai pejabat, dah mengantuk. Maka kurangnya produktiviti dalam organisasi itu.
4. Risiko bahaya pada nyawa. Si suami keluar tengok world cup dengan kawan-kawan kat luar. Anak dan isteri tido sorang-sorang kat rumah. Penjenayah sekarang pandai-pandai. Mereka tahu, masa time manusia demam world cup ni la, boleh rompak rumah-rumah yang ketua keluarganya takde pergi kuar tengok bola. Kalau takde penjenayah pun, mana tahu berlaku kebakaran ke. Abis rentung anak bini kat rumah. Mana peranan ketua untuk melindungi keluarganya? Asbab kebanyakan match adalah waktu malam dan pagi buta, maka penonton-penonton yang duduk di meja yang terletak di bahu jalan terdedah dengan risiko dilanggar oleh kenderaan. Pagi-pagi mata pemandu ni dah kurang beberapa percent dalam memfokus maka risiko tu ada. Sekali kena langgar 20-30 orang boleh meninggal. Mana tak nya, duduk berkumpul ramai-ramai..senang abis terus semua. Nauzubillah..
5. Bahasa kesat. Bila pasukan pilihan main macam tahi, ada la suara-suara sumbang yang kurang enak didengar. Mencarut sana sini. Diri sendiri yang bercakap tu pun bukan pandai sangat pun main bola. Silap sikit je dah nak melenting.
6. Bergaduh. Sebab tak sependapat dan tak sehaluan.
7. Terlepas solat Isyak. Konon-konon match start pukul 8.20 malam (isyak tak masuk lagi) habis match pukul 10.45 dan kadang-kadang lanjut sampai pukul 11 malam. Masa tu mata dah mengantok. Masa kat gerai dah jenuh bersorak. Abis game penat, baring-baring kat katil terus tido..Selamat terus..jumpa esok pagi pulak.
Menghabiskan masa di gerai-gerai menonton piala dunia sangat membimbangkan. Sedikit saja terleka, maka mereka akan dipancung..Dipancung oleh masa yang telah mendahului mereka. Sama-sama kita fikirkan. Wallahualam..
World Cup punya pasal..Alahai
Wednesday, June 9, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment