Aku dan IK a.k.a PPKP

Friday, July 2, 2010

Fuhh. Dah sekian lama aku tak menulis entri baru di blog usang nih. Sekarang pun sibuk nak setelkan kerja-kerja yang belum habis. Banyak perkara dah berlaku sepanjang bulan Jun dan Julai tahun ni.

Sekarang ni, punya le teruk sebab otak tak dapat nak menjana ayat-ayat sebab sangat mengantok. Namun ku gagahkan jua. hehehe Hanya tinggal beberapa hari je lagi untuk aku meninggalkan tempat kerja aku skang. Ya, aku akan berpindah tempat kerja. Ohh..bukan-bukan. Aku sedang berhijrah.

Perasaan? Berat juga mahu pergi. Seronok dengan teman-teman sekarang. Mungkin ini kali pertama aku bekerja, namun pengalaman pertama ni lah yang aku rasa enjoy dalam bekerja. Sebab ada geng yang best-best. Tiap-tiap hari hepi. Kerja yang stress pun jadi seronok. Stress ke? hahaha

Aku pergi bukan sebab tak suka, tapi sudah tiba masanya untuk aku melangkah ke satu peringkat yang lebih tinggi. Demi masa depan aku. Kepada teman-teman, aku pergi bukan jauh pun. Masih berjiran je kita ni. Akan still lepak dengan anda semua. Wahh, macam sedikit sedih bunyinya!

Sementara ada masa ni, aku nak lepak puas-puas dengan teman-teman opis. Gelak-gelak, buat bunyi pelik-pelik. Lepas ni dah takde dah. Hal ni mungkin akan menjadi tanda tanya pada aku. "Adakah bilik IK akan bising seperti sekarang bila aku takde nanti?" Domplam & Anam la kena ambil alih. Itu pun kalau diaorang nak. Hehehe

Nanti bila dah ada pengganti, hebat la bilik kita tu semula. Wahh.. bilik IK, memang tak akan sunyi dengan kemeriahan bunyi-bunyian yang jarang atau tak pernah ada pada mana-mana Unit Inspektorat seluruh dunia (aku rasa la)..queekk..quekk.. macam bunyi itik plak.

Macam syioott je..kang'?

2 comments:

Papa Panda

Featured Post

Panduan Solat Sunat Tarawih+Witir

Tarawih bererti ‘istirehat’ manakala solat Tarawih pula bermaksud solat yang merehatkan. Dalam melaksanakannya, disunatkan duduk sebentar s...

Back To The...

Back To The...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP