Hamba Allah A: Wei, ko kenal tak Fahrin Ahmad?
Hamba Allah B: Mana tak kenal. Yang hensem-hensem tu kan? Yang badan tegap-tegap, pastu ade janggut ciput. Apesal?
Hamba Allah A: Aku suka la tengok dia. Dah la tinggi, badan tegap, janggut kemas..senyuman boleh buat orang cair..hensem pulak tuu..Sedap mata memandang..
Hamba Allah B: Ala..ko suka dia pun, bukan dia kenal ko. Confirm dia tak kawin dengan ko punya! Hahaha lain la, kalo ko suka dia, dia tolong ko kemas rumah ke, dia tolong bayarkan PTPTN ke..
Hamba Allah A: Ala ko ni, aku admire dia apa salahnye poonn..Jeles la tuh!
Hamba Allah B: Ape la yang aku nak jeleskan. Aku lagi hensem dari dia. Hahaha Ehh, Aku nak tanya ko satu soalan.
Hamba Allah A: Haa? Apa dia?
Hamba Allah B: Aku tanya ko sebab ko kan pakar dalam bab-bab nih.Hehehe Ko tau tak ciri-ciri fizikal Nabi kita? Nabi Muhammad SAW? Setakat artis pun ko tahu, nabi kita a.k.a manusia terulung di dunia mesti ko lagi tahu kan?
Hamba Allah A: Ops..aku tak tau. lupa nak baca..
Kat atas tu dialog antara dua sahabat yang aku cipta sendiri. Bukan ape, nak dijadikan intro takde idea. Maka itulah idea yang terpacul keluar dari kepala hotak aku. Aku pun tak nak cerita panjang lebar, just nak sampaikan apa yang nak aku sampaikan (apa punya ayat la ni..) Panjang-panjang nanti orang boring pulak.
Di sini aku cuba sisipkan serba sedikit sifat fizikal Nabi Muhammad SAW seperti yang digambarkan oleh para sahabat R.A. Adalah penting bagi kita untuk mengetahui perihal nabi junjungan besar kita ni. Semoga ianya sedikit sebanyak dapat menjadi contoh teladan bagi kita umat akhir zaman. Di antara gambaran para sahabat terhadap Rasulullah SAW;
- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah.
- Aku melihat cahaya dari lidahnya..
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona..
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa. Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak. Warna kulit baginda putih kemerah-merahan. Warna kulitnya putih tapi sihat. Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi ber ukuran sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.
Artikel ini pernah aku baca tapi tak ingat kat mana sumbernya. Ini pun dipetik dari blog keagungan mukjizat al-quran milik Bro Zaidi. Semoga pembaca boleh mendapat gambaran bertapa agungnya ciptaan Allah bernama Muhammad ini. Wallahualam.
1 comment:
thanks for the info...
:-)
Post a Comment