Pemandu Kereta dan Pekerja Tol

Thursday, June 17, 2010

Bukan cuba membuat andaian bermacam-macam. Tapi aku cuma mahu tahu. Kenapa ada sesetengah pemandu kereta tidak menurunkan tingkap ketika hendak menghulurkan tangan membayar tol? Kalau nak di ikutkan nisbah yang aku perhatikan, dalam 10 pemandu, ada 4-5 orang yang berbuat begitu.

Memang dah tabiat semula jadi aku dengan keinginan yang terlalu menyibuk nak tahu hal orang, otak aku tertanya-tanya. Kenapa, kenapa dan kenapa? Andaian pertama aku tak lain tak bukan adalah mungkin kereta mereka mengalami kerosakan pada suis "automatic window".

Lagi satu, mungkin mereka malas nak tekan suis (bagi yang auto) dan malas nak putar (bagi yang manual). Tapi kalau fikir secara logik, tak kan lah malas nak tekan kot kalau dah auto. Kalau yang kena pusing tu boleh tahan kira jugak.

Bila tak turunkan tingkap, mereka perlu membuka sedikit pintu sebelah pemandu lalu menghulurkan tangan dengan cara yang nampak agak bersusah-payahnya. Dari sudut kesihatan, memang agak tidak ergonomik. Di tambah pulak kedudukan pemandu yang rendah dari kedudukan pekerja tol itu. Tabiat ni memang tak sihat untuk otot sebelah tangan kanan.

Mungkin juga atas kejahilan aku dalam sistem kejuruteraan automotif. Mungkin ada sebab-sebab tertentu yang aku tak tahu kenapa mereka buat macam tuh. Mana tahu boleh jimat minyak kereta ke, boleh dapat bayar tol kurang sikit ke..Kalau ada blogger lain yang tahu, kongsi-kongsi lah sikit dengan aku. Kalau ianya bermanfaat, harap boleh dikongsi bersama.

Aku ada la satu cadangan yang patut pihak-pihak pengusaha tol lakukan dalam menjamin keselesaan dan keselamatan pekerja-pekerja mereka. Rasanya dah biasa kita dengar, student-student buat kajian pasal muscle injury, muscle stress ke ape ke dikalangan pekerja tol sebab mereka berada di posisi itu (duduk) selama 8 jam sehari (kalau tak silap). Tabiat yang paling tidak sihat adalah dimana mereka perlu menghulurkan tangan setiap kali pemandu datang membayar tol. Cuba bayangkan kalau ada 1000 kereta lalu setiap hari? Ini boleh juga diklasifikasikan pergerakan berulang (repetitive movement)..biasanya kalau ianya berlarutan, mungkin dalam jangka masa panjang akan berlakunya muscle injury pada bahu.

Elok buat macam stesen minyak. Bila orang nak bayar, letak je duit dekat dalam lorong atau bekas besi tuh. Juru tol tak perlu hulur-hulur tangan. Siap kira terus buka palang gate. Pemandu boleh jalan. Senang sikit. Juru tol pun tak la rasa lenguh-lenguh kecuali pada bahagian punggung..hehe

P/s: Kalau tingkap elok, senang nak beri salam dan senyum pada pekerja tol tuh. Senyum kan sedekah.

2 comments:

de facto said...

Tiada topik yang tiada jiwa. Arakian, tertimbullah isu tol ini.

Banyak faktor kenapa pemandu tidak turunkan tingkap semasa menerima tiket. Bagi diriku sendiri, kadangkala tetingkap berkuasa (powered window) itu tersangkut seperti yang telah diandaikan di atas itu, dan mungkin semuanya betul-betul belaka.

Kalau nakkan kepastian lagi, buatlah pelajaran kecil / kajian ringkas bertajuk "Faktor pengguna Tol di Lembah Klang tidak menurunkan tetingkap ketika mengambil tiket di Plaza Tol Batu Tiga" umpamanya. Pun begitu, setiap kajian tidak pula mewakili persamaan bagi keseluruhan pengguna tol itu sendiri.

Jujur ku katakan, seberat manapun isu ini cuba dikupaskan, kita sebagai rakyat Malaysia yang belum lali dengan budaya kaji-mengkaji sesuatu perkara, lebih seronok untuk mengkaji cara-cara kaya dengan cepat, bisnes modal kecil pulangan besar, bisnes tanpa risiko dan...sebagainya.

Maka, bagi kita yang bijak dan ada duit lebih, tidak salah rasanya salurkan dana itu untuk membeli seunit "Smart-Tag" dan sekeping kad "Sentuh 'dan Belah", supaya persoalan membuka tingkap ketika di Tol itu tidak diutarakan di mana-mana blog lagi. Ye tak ? Hehe

P/S: lembaran ini berbentuk jenaka. Jangan la serius sangat bang...

Amir Arshad said...

Hehehe..TQ kepada aekzoz dengan input yang diberikan. Sungguh kagum dengan bahasa malaysia anda. Anda tentulah seorang penulis yang baik di luar sana. (Mungkin juga editor untuk majalah ANIS..hehe)

Rakyat malaysia memang belum lali dengan aktiviti kaji mengkaji. Ini disebabkan wujudnya perasaan ingin tahu yang kebanyakkan "tak mahu ambil tahu".

Isunya nampak memang agak "tak kemana" atau remeh. Namun aku berpendapat, setiap perlakuan tentu ada reasonnya. Dan aku adalah jenis manusia yang berminat untuk ambil tahu.keke

Aku beroppinion, sebesar mana pun sesuatu organisasi itu, jika tiada menjalankan audit, maka sistem itu sangat diragui keberkesanan dan kualitinya.

People NEED INPUT to enhance mankind civilization.

Dari sudut lainnya, ia memberi impak yang sangat besar jika aku meletakkan diri sebagai seorang JURUTOL.

P/S: suka dengan kad "Sentuh 'dan Belah". Sangat unik hehehe

Papa Panda

Featured Post

Panduan Solat Sunat Tarawih+Witir

Tarawih bererti ‘istirehat’ manakala solat Tarawih pula bermaksud solat yang merehatkan. Dalam melaksanakannya, disunatkan duduk sebentar s...

Back To The...

Back To The...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP