Cincin ohh cincin...

Tuesday, June 22, 2010

Nampak mudah tapi agak sukar. Itu lah perkara yang aku hadapi dalam nak memilih cincin untuk proses merisik dan bertunang. Al maklumlah, kaum lelaki jarang ke kedai emas. Kalau ter lalu depan kedai emas pun tak terniat nak pandang. Inikan pulak nak masuk. Bila dah saat-saat macam ni baru la terhegeh-hegeh nak mencari. Di tambah pula adik beradik perempuan pun tak pakai sangat barang kemas. Maka terdapat limitasi bagi aku dalam kontek pemilihan tersebut.

Setelah membuat beberapa study di internet, rupanya terdapat banyak standard bagi saiz cincin. Cuba mencari saiz standard asia tapi seperti macam tak begitu yakin. Hati tertanya-tanya..

"Takde ke standard saiz untuk wanita-wanita Malaysia ye?"

Si dia ada memberi saiz diameter dan ukur lilit. Bila aku bandingkan dengan standard yang ada di internet, maka keputusan nya bermacam-macam. So aku jadi keliru buat kali yang ke-2. Hebat betul bila cuba nak masuk dunia satu lagi nih.

Maka aku buat keputusan pergi berjumpa dengan dia untuk pinjam cincin yang dia pakai. Risau jugak kalau bergantung dengan bacaan ukur lilit dan diameter tuh berikutan standard yang pelbagai. Bila dah dapat cincin yang memang ada di jari dia, memang tak ada keraguan lagi untuk aku nak memilih cincin. hehe

Cincin atau ape-ape yang nak diberikan ketika proses merisik atau bertunang merupakan hadiah dari pihak lelaki pada pihak perempuan. Agama pun tak pernah mensyaratkan apa-apa barang atau hantaran untuk tujuan tersebut. Ianya bergantung kepada kemampuan pihak lelaki untuk menentukannya.

So aku hadiahkan apa yang aku mampu. Si dia pun tak pernah nak mintak apa-apa. Tu yang rasa bertuah tu. Takpe lah, baru proses permulaan. Jauh lagi perjalanan aku nih. Banyak benda yang nak kena belajar. Aku bukan nye pandai serba-serbi pun. Semoga Allah permudahkan segala urusan aku. Ameen..

p/s: Nak bagi hadiah kat orang mesti la kena bagi yang elok-elok kan?

4 comments:

NJ said...

betul...bagi hadiah yang kite rase benda tu benda yang paling baik bagi kita..baru orang yang terima rasa keikhlasan kita..hahaha
oo, bile nak tunangnye ni????

Amir Arshad said...

hehehe..insyaAllah dalam tahun ni. Tak sure lagi bulan brape. Doakan lah ye

NJ said...

wah..tak lama lg ble la mkn nasi minyak.. hahaha..
anyway, congrates..semoga jodoh panjang sampai akhir hayat...

h.a.z.a.r.d said...

tahniah..
kedua2 nya bertuah....
:)

Papa Panda

Featured Post

Panduan Solat Sunat Tarawih+Witir

Tarawih bererti ‘istirehat’ manakala solat Tarawih pula bermaksud solat yang merehatkan. Dalam melaksanakannya, disunatkan duduk sebentar s...

Back To The...

Back To The...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP