Kurang sopan punya budak

Wednesday, March 3, 2010

Tabiat atau pe'el masyarakat sekarang memang banyak ragamnya! Sudah makin pudar adab sopan itu ditelan dek zaman kepesatan 1Malaysia. Nampak remeh tetapi ia dapat melambangkan yang seseorang itu mangkuk ayun yang sentiasa berayun-ayun di tiup angin.

Tapi ape je yang boleh dikatakan. Nak di tegur, bukan ada undang-undang berkenaan kesopanan manusia sejagat. Maka, kita boleh lihat dan mengutuk diam-diam (huhuhu)..

Pernahkah anda semua berpengalaman tengok aktiviti jual beli di mana-mana..tak kisah la di kaunter petronas pam minyak, di gerai-gerai makan, di tandas awam dan tempat-tempat yang sewaktu dengannya??

Jika ada, tentu pernah tengok..

Seorang mamat yang mencampakkan duitnya di atas meja..penah tengok? dengan gaya selamba sedikit angkuh.. dilihat seperti penjual tu nak sangat duit dia sampai nak berlagak tahap bangang tuh..

Even orang tu hanya penjaga tandas awam, hormatilah sedikit. Jangan dicampak-campak wang tuh! Ingat mereka ni pengemis kah? Ingat kuli tak de perasaan? Kalau di ikutkan hati nak tempeleng je belakang kepala hotak orang-orang macam ni.

Jangan sombong lah kalau setakat pakai ferrari atau moto honda ex5..cuba belajar bertimbang rasa sedikit. Dulu masa muda-muda mak bapak suruh belajar pemalas..dah la ilmu kurang, berlagak pulak tuh. Tolong jangan buat sesuatu yang korang rasa cambest tapi dari mata orang yang melihat korang tak ubah seperti sampah!

Tolong..tolong..tolong..beradab. Kalau orang kafir biarlah mereka..Kita orang Islam harus tunjuk contoh yang baik. Bukan hanya untuk pandangan mereka tapi sebagai cara hidup kita.

3 comments:

Querida esya... said...

org skrng sifat kurang ajar da makin terserlah...mungkin la slh 1 puncanya didikan yg xbaik...berlagak ni cm bley dikira pnyakit dah...slalu sgt jumpa org yg mcm nie...smoga aku xberada dlm golongan camni smpai bila2...amin...

Amir Arshad said...

tu la pasal..memangmasih banyak lagi kat luar sane mangkuk2 ayun ni

Querida esya... said...

harap kita semua ni tak macam tu laa...tak ada sifat2 takbur, berlagak n bongkak...

Papa Panda

Featured Post

Panduan Solat Sunat Tarawih+Witir

Tarawih bererti ‘istirehat’ manakala solat Tarawih pula bermaksud solat yang merehatkan. Dalam melaksanakannya, disunatkan duduk sebentar s...

Back To The...

Back To The...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP