Kalau aku kecewa

Thursday, March 25, 2010

Kecewa? Tak kisah la putus cinta ke, gagal exam ke, tak dapat keje best2..boleh kata kecewa tu hadir bila hati memberontak akibat kemahuan tidak dituruti. Apa nak heran kan? NORMAL lah tu!

Elakkan perasaan itu hadir terlalu lama dalam diri. Sebab time kita merungut, down and sume la negative behavior, time tu la badan kita lemah. Sebab terlalu layan sangat emosi, otak bekerja keras. Then bila otak terlalu byk sgt buat kerja, ia akan penat then secara fisiologikal nya, tubuh badan akan menjadi lemah.

Di sini, bermula lah bisikan syaitan laknatullah!! Si setan ni akan cuba menghasut diri2 mereka yang lemah ni..tu yang ada sampai meracau2 (konon2 histeria), minum racun rumpai and paling teruk bunuh diri. Nauzubillah!!

Maka, untuk hindarkan diri dari semua tu, kita hanya perlu balik semula kepada basic..iaitu..

Ingat pada Allah
Ingat pada Allah
Ingat pada Allah

Kan biasa bila orang kata, bila mengingati Allah, diri akan menjadi lebih tenang..biasa dengar bukan? Ayat tu memang tak dapat di pertikaikan lagi kebenarannya. Nak tahu kenapa? SIMPLE!!

Hati siapa punya? Allah punya.
Hati siapa yang cipta? Allah cipta.
Ada faham?

So kenapa ada sesetengah manusia yang bila cakap macam tu, namun hati masih tak tenang2? kenapa? dan kenapa?

Jawapannya adalah kerana, di dalam hati seseorang tu masih ada rasa percaya pada makhluk. Biarpun hanya 1%. Ingatlah, walau hanya 1%, ia dah cukup bagi Syaitan untuk menggoda manusia!! Syaitan ni jahat tol!!

Solution nya sangat lah mudah..

Yakin
Yakin dan
Yakin pada Allah
Tanda kita sebagai hamba yang lemah betul2 bergantung harap kepadaNYa.
Dan hanya kepada DIA saja tempat kita sembah & hanya kepadaNYa kita memohon pertolongan.

Bila datang kekecewaan itu pada kita, sambut lah ia dengan menadah tangan rasa syukur. Kenapa rasa syukur? Sebab musibah itu ujian Allah..dan ujian Allah itu dikurniakan kepada hamba2Nya yang Dia sayang..kan Allah tu Maha Penyayang..Segala sesuatu yang Allah tentukan pada kita tentu ada sebabnya bukan? Maka Bersangka baik lah pada Allah atas segala kurniaanNya.

Yakinlah bahawa ini hanya permulaan, mungkin suatu hari nanti akan hadir anugerah2 Allah kejayaan+kemenangan yang baik untuk kita. Maka jangan sesekali putus asa dengan rahmatnya.

Bangun malam, berdoa pada Allah..mengadu..mengadu dan terus mengadu padaNYa..InsyaAllah akan termetra ikatan kasih sayang diantara hamba dan PENCIPTA..

1 comment:

HANA said...

sungguh menyentuh jiwaku.. moga2 diberkati Allah selalu.. ameen~

Papa Panda

Featured Post

Panduan Solat Sunat Tarawih+Witir

Tarawih bererti ‘istirehat’ manakala solat Tarawih pula bermaksud solat yang merehatkan. Dalam melaksanakannya, disunatkan duduk sebentar s...

Back To The...

Back To The...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP