Hukum berinai bagi lelaki

Sunday, March 7, 2010

Soal Jawab ini dipetik dari Laman Web Ustaz Azhar Idrus. Semoga Peroleh manfaat untuk semua.

1) Apakah hukum bagi lelaki berinai di jari ketika hendak berkahwin yg byk diamalkan oleh masyarakat melayu pada masa kini...boleh ustaz berikan sedikit huraian mengenainya?

(Jawapan) Setakat yang saya tahu haram kaum lelaki meakai inai sekalipun kerana berkahwin. Inai adalah setengah dari perhiasan yang tertentu untuk kaum wanita. oleh kerana itulah lelaki dilarang memakainya dari kerana terdapat hadith soheh yg melaknat kaum lelaki memakai perhiasan kaum wanita.

2) Apakah hukum memakai gelang tangan bagi lelaki...dewasa ini banyak kelihatan gelang tangan magnetik,gelang kokka,serta gelang dari batu jed dan sebagainya di pasaran yg mengatakan berfungsi utk menjaga kesihatan...malah tok2 imam pon byk yg pakai..harap beri sedikit penjelasan mengenainya...

(Jawapan) Apa yang telah difatwakan oleh beberapa orang ulamak gelang yang bertujuan perhiasan adalah haram atas lelaki memakainya dan jika untuk tujuan berubat maka harus dengan syarat tidak bertujuan berhias atau meniru2 dan tidak berbentuk perhiasan dan hendaklah menutup dengan lengan baju supaya terhindar daripada fitnah.

3) Apakah hukum bagi lelaki memakai emas putih..benarkah ia boleh di pakai oleh lelaki?adakah nas2 yg boleh ustaz kongsi bersama mengenainya..

(Jawapan) Emas putih haram dipakai oleh lelaki kerana ia adalah logam yang dibuat dengan campuran emas kuning. Imam Nawawi berkata adalah haram dengan muwafaqat ulamak2 fiqh kaum lelaki memakai logam yg bercampur dengan emas kuning sekalipun emas kuning yang terdapat padanya adalah sedikit.

Rujukan kitab Al-Mufassol fi ahkaamil mar_ah dan Syarah Muslim

No comments:

Papa Panda

Featured Post

Panduan Solat Sunat Tarawih+Witir

Tarawih bererti ‘istirehat’ manakala solat Tarawih pula bermaksud solat yang merehatkan. Dalam melaksanakannya, disunatkan duduk sebentar s...

Back To The...

Back To The...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP