Belek punya belek dalam Folder Entri yang telah di create beberapa tahun yang lalu. Terjumpa lah 1 note yang tak sure dari mana source nya. Yang jelasnya, note ni di copy dari sebuah blog ataupun laman-laman web. Sisipan entri ini sekadar nak share dengan semua orang kerana ia dilihat penting bagi kita semua umat ISLAM bermuhasabah atas diri sendiri.
Bagi seorang makhluk yang berugama ISLAM, tahu ugama yang dianutinya, sedar akan statusnya di muka bumi ini, tentu akan sedikit terkesan di hati dengan soalan-solan seperti di bawah ini. Jika si pembaca tak terasa apa-apa bila baca soalan tu, maybe ada something wrong dalam hati dia..kompom memang ade yang tak kena dalam hati dia.
Kalau tak rasa apa-apa, cuba tanya soalan ni kat kepala hotak sendiri.
"Aku ni manusia ke kambing?"
"Aku ni ISLAM ke KAPIAQ?
Maka sendiri-sendiri mau fikir lah..
Berikut adelah soalan-soalan yang mungkin akan menggegarkan IMAN seorang MUSLIM..
1) Mengapa umat Islam berani menentang Allah secara terbuka?
2) Benarkah kita umat yang komited dengan Islam?
3) Benarkah amalan kita diterima Allah sedangkan kita tidak menyumbang kepada Islam?
4) Adakah kita sebaik-baik umat yang dikeluarkan Allah buat umat manusia sejagat?
5) Mengapa masih terdapat ramai umat Islam tidak menutup aurat?
6) Mengapa Allah bukan matlamat sebenar dalam segenap agenda hidup kita?
7) Mampukah umat Islam mengekang kemaraan musuh-musuh Islam dalam segenap aspek hidup mereka?
8) Dimanakah kita dengan Rasulullah s.a.w.?
9) Mengapa para isteri baginda Rasulullah s.a.w. tidak dijadikan role model kepada muslimah hari ini?
10) Bolehkah kita mati dalam agama Islam?
Macam mana?
Soalan Kasi Gegar
Tuesday, March 9, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment