Asbab dah selalu sangat wat entri yang pedas2..so hari ni aku akan cuba kurangkan sedikit lah kepedasan tu. Bukan apa, bila slalu sangat bagi entri pedas2 xde orang nk baca..lagi pun cili aku pun dh nak abis. Ahaks!!
Kali ni mau cerita pasal kursus pra-perkahwinan! Yeehaa!! Bab yang seronok nak citer! Yaa..aku suka cerita sebab mcm biasa, ingin melontar sedikit kata2 kerana sisa2 cili2 masih ada. hahaha
Seperti yang telah diramalkan, mereka2 yang sudah punya "couple" akan datang bersama2 menghadiri kursus..ke hulu-ke hilir bersama, makan bersama, apa saja bersama..kecuali duduk dlm dewan dengar ceramah. Ikutkan hati msti nak duduk sama jugak tuh!! Jangan nak tipu lah wahai peserta!
Pesanan ini buat untuk mereka2 yang bakal akan ke kursus pra-perkahwinan..
Jangan lah dibawa ke hulu ke hilir "couple" korang tu. dh macam belangkas kami tengok. Tak molek dipandang orang..
"Ala..bukan pegang tangan pun!!"
Memang tak pegang tangan, tak bercium dan tidak melakukan sex rambang di situ..namun..ingat le sket status diri tu. Ini jalan berdua, time makan pun nak berdua..sembang2 berdua..berdua apa? bertiga tuh!! Ingat tempat sunyi je ke syaitan ada?
Jangan nak mengada2 berlakon macam dh ada IKATAN YANG SAH! Buat macam biasa sudah..Dah besar, pandai2 la nak jaga diri sendiri. Terutamanya bagi yang pompuan. Tunjukkan yang diri mu itu sebuah permata berharga..seperti bunga ros yang dikelilingin duri..yang tak bisa didekati dan disentuh oleh kumbang2 liar.
Cukup!Cukup! dah2..tak perlu nak menaik kan lagi api yang sedang membara.
Cerita pasal kursus je!! Ape yag boleh aku katakan adalah "sangat lawak+berilmu pengetahuan". Pengisian kursus yang cukup bagus bagi aku yang tak tahu apa2 ni. Semuanya penting even banyak gelak. dan kadang2 sangat berbau 18sxxxx..tapi tu yang buat mata2 lagi cerah..hahaha
Rupa2nya, berat sungguh tanggungjawab mereka yang nk berumah tangga ni..sangat2 la berat. Boleh dikatakan, ia merupakan satu sunatullah yang mampu dipikul oleh mereka2 yang hanya betul2 berani.
Why aku cakap begitu? sebab bila baik pembawakan pasangan yang ingin berumah tangga itu, maka legalah kedua2 mereka dan sentias dalam keredhaan Allah dan bagi yang hanya ingin menghalalkan apa yang HARAM, sibuk bercakap tentang HAK..maka itu adalah satu kerugian yang SANGAT BESAR!!
Oleh itu, cuba tanya kepada diri sendiri, apa tujuan korang untuk berumahtangga? Apa persiapan yang telah korang lakukan bagi menempuh alam itu? Sendiri2 mau pikir!!
Bagi yang masih solo ke..ape ke yang sewaktu dengannya..tak perlu lah tunggu nak ada "couple" atau pasangan baru nak pergi kursus..penantian tu sia2 belaka!! Pergi awal2 kan bagus..Banyak ilmu dapat..tak berdating dengan couple pun xpe, asalkan dpt berdating dengan malaikat2 dalam majlis ilmu..lebih berkat!! Wallahualam..
Dating dengan malaikat
Sunday, March 28, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
x kapel pn bleh je pi kursus kwin.. dh pi dh pn! pds... jgn x pds bro! hihi
Post a Comment