5 Cinta so 5 Lupa

Saturday, March 6, 2010

Ade 5 perkare yang dicintai dan lima perkara yang dilupakan. Nabi Muhammad saw telah bersabda yang bermaksud :

"Akan datang satu masa umatku, ketika itu mereka mencintai lima macam dan melupakan lima perkara iaitu :

Mereka mencintai kepada dunia dan lupa kepada akhirat.
Maka berapa kali kita citer pasal akhirat berbanding citer pasal dunia?
Mereka kata "kiamat lambat lagi watpe la nak pk sangat?" Dia orang yakin ke umur diaorang tu sampai kiamat? Bila2 masa je malaikat boleh amaik nyawa. Mereka cinta dunia sebab mereka sukakan nya..mereka perolehi apa yang mereka nak. Tu yang sayang nak lepas tuh!

Mereka mencintai kepada kehidupan dan lupa kepada kematian.
Cuba tanya diri sendiri, berapa kali dalam sehari...paling koman sebulan korang ada ingat pasal mati? Macam mana keadaan korang dalam kubur nanti..ada fikir ke macam tu? Ok la..setahun berapa kali? Then berapa kali korang pikir pasal nak kumpul duit nak tukar kereta baru? Spoiler nak ganti baru..Takpun nak uruskan pembelian rumah untuk kumpul aset? Jika dinisbahkan berapa yang dapat? Hidup: Mati

Mereka cinta kepada istana dan lupa kepada kuburan.
"Sau hari nanti aku nak buat rumah besar-besar..baru best". "Skang ni sempit ah..tak selesa.."..Ayat biasa le tuh. Tidak ke diorang ketahui yang kubur tu tempat diorang untuk 1 tempoh masa yang agak lama? Kubur tu ibarat taman-taman syurga bagi orang yang beriman dan juga jurang neraka bagi yang tak beriman.

Mereka cinta kepada harta dan lupa kepada perhitungan di akhirat.
Yang ni memang boleh tengok terang-terang. Secara jujurnya berapa ramai yang berebut-rebut nak memenuhi bilik kursus MLM (berbayar) atau skim cepat kaya daripada memenuhi Rumah Allah (free)? Siang malam asik dok cari pitih. Masa untuk dengar tazkirah memang dah takde, solat tengah malam memang lupa terus!

Dan mereka cinta kepada makhluk dan lupa kepada Allah.
Sibuk mengagung-agungkan orang-orang bangsawan, hartawan, artis-artis tanah air mahupun luar negara. Siap join DIE HARD FAN lagi..tubuhkan club boleh tahan sama naik jugak. Konon-kononnye memang pemnit setia nombor satu lah. Bila si artis munculkan diri, automatik jadi anak kera..terkinja-kinja sambil menjerit-jerit nama artis pujaan mereka. Korang rasa, masa tengah diaorang terpekik terlolong ni ada diorang nak sebut subhanAllah? Allahuakbar? Memang takde la! Sebab time ni diaorang tengah kena histeria.

2 comments:

Querida esya... said...

insaf aku rasa...terime ksh kerana mengigatkan...

Amir Arshad said...

ala..kite kan same2 belajar. Bende yang baik elok kite sebar2kan ok! :)

Papa Panda

Featured Post

Panduan Solat Sunat Tarawih+Witir

Tarawih bererti ‘istirehat’ manakala solat Tarawih pula bermaksud solat yang merehatkan. Dalam melaksanakannya, disunatkan duduk sebentar s...

Back To The...

Back To The...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP