2 minggu hafal 9 juzuk

Thursday, December 22, 2011

Sabda Rasulullah SAW menerusi hadis jelas menunjukkan kepada kita ganjaran yang Allah janjikan kepada orang yang membaca al-Quran dan menghayatinya.

Ramai yang beranggapan ketenangan boleh dicari dan mudah diperolehi seperti menikmati keindahan semulajadi atau melawati kawasan yang indah dengan suasana yang permai.

Namun, sejauh mana ketenangan itu dikecapi dan berkekalan dalam diri seseorang, atau ia hanya bersifat sementara.

Pendakwah bebas, Asni Mansor berkata, ketenangan sebenar adalah apabila seseorang itu dapat menikmati nikmat hidup tanpa dibelenggu perasaan keluh kesah.

Seseorang itu belum dikatakan mendapat ketenangan sebenar jika sentiasa resah dan tidak tenteram memikirkan masalah harian walaupun memiliki pelbagai kemewahan dan kesenangan dunia.

Beliau berkata, salah satu kaedah untuk mengecapi ketenangan itu adalah dengan mempelajari, membaca dan menghayati al-Quran.

"Jiwa manusia memerlukan sesuatu yang boleh dijadikan sebagai penyucian jiwa. Oleh itu, mukjizat al-Quran merupakan sumber ketenangan sebenar yang mampu dikecapi oleh setiap insan.

"Tanpa ketenangan jiwa maka akan mengakibatkan berlakunya pelbagai keruntuhan akhlak, perkembangan gejala sosial dan perbuatan tidak sihat dalam kalangan masyarakat terutama golongan muda," katanya ketika ditemui di Kem Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat, baru-baru ini.

Beliau berkata, pendidikan al-Quran perlu diterapkan oleh setiap kanak-kanak bagi mendidik mereka menjadi generasi al-Quran pada masa depan.

Tambahnya, setelah hampir 11 bulan murid diberikan dengan pelbagai pendedahan ilmu akademik, maka sedikit ruang perlu disediakan bagi memenuhi hati dan fikiran dengan santapan nurani iaitu menggunakan ayat suci al-Quran.

"Hati dan jiwa kita juga memerlukan sesuatu sebagai landasan penyucian rohani yang dapat memberikan ketenangan. Dengan menghayati kalam Allah itu, secara tidak langsung mampu membersihkan sifat buruk seseorang dan mengubah sikap mereka kepada lebih baik," katanya.

Seorang peserta kem Tahsin al-Quran, Adib Fikri Jamil, 17, berkata, timbul satu perasaan dalam dirinya yang sebelum ini belum pernah dirasakan apabila dapat memberi fokus sepenuhnya kepada al-Quran.

"Sukar untuk saya gambarkan perasaan ini, tetapi apa yang mampu saya katakan adalah jiwa saya terasa tenang dan gembira apabila mengikuti kem ini yang menekankan pendekatan ala madrasah.

"Tidak sangka, kelapangan jiwa dan fikiran yang dianugerahkan ini membuatkan saya mampu menghafal hampir sembilan juzuk selama dua minggu berada di kem Tahsin al-Quran ini," katanya.

Anak pertama daripada empat adik beradik itu bercita-cita untuk menjadi tukang masak profesional yang mengamalkan prinsip al-Quran dalam perniagaan dan masakan.

Bagi peserta dari Singapura, Afiq Prasanto, 10, menyertai kem bermatlamatkan penguasaan al-Quran menanamkan minatnya untuk mempelajari dan mengkaji al-Quran dengan lebih mendalam.

"Jika sebelum ini saya jarang membaca al-Quran kecuali pada masa tertentu seperti di sekolah atau masa mengaji sahaja, tetapi dengan menyertai kem al-Quran, saya bertekad untuk mempelajari dan mengkaji ayat-ayat al-Quran dengan mendalam.

"Ini kerana saya ingin mengetahui segala rahsia al-Quran yang belum ditemui pada masa ini. Walaupun pada mulanya saya menolak untuk menyertai kem ini, tetapi akhirnya saya sungguh tertarik dan gembira," katanya.

Anak muda yang peramah itu menanamkan niat untuk memartabatkan pengajian al-Quran di Singapura dan mengembangkan dakwah Islam agar lebih meluas diamalkan di seluruh negara kelahirannya itu.

Sementara itu, bagi Azrina Hidayah Azhar, 11, dia ingin menyambung kursus dan tidak mahu meninggalkan kem kerana terlalu gembira walaupun sedih kali pertama menjejak kaki di kem tersebut.

"Saya selalu menangis sendirian dan meminta untuk dihantar pulang pada minggu pertama berada di kem ini. Saya sangat sedih berjauhan dengan keluarga.

"Bagaimanapun, lama kelamaan perasaan itu hilang sedikit-sedikit kerana terlalu seronok mendapat ramai kawan baru, mempelajari al-Quran serta pengalaman baru di sini," katanya yang telah menyertai kem tersebut sebanyak tiga kali berturut-turut.

Anak pertama daripada dua orang adik beradik itu telah menghabiskan (khatam) bacaan al-Quran sebanyak enam kali pada tahun ini dengan meluangkan banyak masa dalam kem Tahsin al-Quran.

Nurul Asyiqin Rasidi, 16, berkata, dia ingin membuktikan perubahan yang terbaik kepada ibu bapanya dan menjadi contoh kepada keluarga.

"Dengan menyertai kem ini, kini saya tahu kepentingan menunaikan solat, membaca al-Quran dan mengamalkan sunah Nabi SAW.

"Walaupun kita hanya berlumba-lumba mengejar dunia, tetapi ia belum menjamin kejayaan kita jika tidak disertai dengan persiapan rohani dan memohon pertolongan daripada Allah SWT," katanya.

Pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan itu bersyukur kerana pilihan keluarganya menghantar mengikuti kem tersebut merupakan pilihan terbaik yang mampu pelbagai memberikan input positif kepadanya.

Oleh MOHD. SHAH CHE AHMAD

Read more...

Tinggal solat kerana tertidur

Saturday, December 3, 2011

APA yang perlu saya lakukan sekiranya saya terlambat bangun untuk sembahyang Subuh?

AHMAD,
Rawang, Selangor.

Allah SWT berfirman dalam surah an-Nisa’ ayat 103 yang bermaksud: “Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang yang beriman yang tertentu waktunya.”

Jika saudara tertidur sehingga keluar waktu solat Subuh, maka saudara hendaklah segera bersiap-siap untuk mengqada solat Subuh. Jika tertinggal solat Zuhur umpamanya, dan dia sedar pada waktu Asar, maka hendaklah ia segera qadhanya pada waktu Asar.

Mengqada solat adalah wajib, manakala menyegerakannya adalah sunat seperti satu hadis yang diriwayatkan Muslim, daripada Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila tidur salah seorang kamu sehingga meninggalkan solat atau terlupa daripadanya, maka hendaklah ia segera solat apabila ia teringat kerana

Allah SWT berfirman: “Dirikanlah kamu akan solat untuk mengingati-Ku.”
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abi Qatadah, beliau berkata: “Mereka menyebut kepada Nabi SAW tentang tidur mereka sehingga terlepas waktu solat. Maka Baginda bersabda: Tidaklah sebab tidur dikira kecuaian. Kecuaian itu hanya dikira sekiranya dalam keadaan jaga. Maka apabila salah seorang kamu lupa sembahyang, atau tidur lena sehingga meninggalkan sembahyang, maka hendaklah ia sembahyang apabila dia ingat.”

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim bahawasanya Saidina Umar datang pada Hari Khandaq, sesudah terbenamnya matahari, yang mana dia mencaci orang kafir Quraisy seraya beliau berkata: “Wahai Rasulullah, aku hampir tidak solat Asar, sehingga hampir matahari masuk (terbenam).

Maka Nabi SAW menjawab: Demi Allah aku pun belum sembahyang. Maka Baginda berwuduk dan kami pun berwuduk. Maka Baginda sembahyang Asar sesudah matahari masuk (terbenam), kemudian Baginda mengerjakan sembahyang Maghrib sesudahnya. Demikianlah, Wallahua’lam.

INFO

Sebarang kemusykilan sila hantarkan soalan ringkas menerusi e-mel bminggu@bharian.com.my atau melalui pos di alamat Berita Minggu, Berita Harian Sdn Bhd, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur.

Sumber: Bersama Ustaz Zahazan Mohamed
bminggu@bharian.com.my
2011/05/08

Read more...

Tips Solat Jumaat @ Hari Raya di Masjid [Lelaki]

Tuesday, November 8, 2011

1. Mengambil wudhu terlebih dahulu di rumah atau di kolej atau di opis.

Senang dah sampai masjid nanti terus duduk dengar kutbah. Pahala pun lebih. Mane tahu kat masjid, banyak paip under renovation, kena beratur plak. Time beratur ni macam-macam jenis orang ada. Ada yang biasa je, ada yang sangat hygienic. So dalam otak macam-macam la keluar. Itu-ini, itu ini...Jaga-jaga bos, pergi masjid nak kumpul pahala, bukan dosa.

2. Pakai wangi-wangian.

Sebaik-baiknya mandilah sebelum menunaikan solat. Paling cikai pun sila pakai deoderant atau minyak atar atau perfume korang sendiri. Ingat bos, nak jumpa Allah tuh...

3. Pakai kopiah berbanding songkok.

Sebenarnya pakai songkok ni tak berape nak sesuai bila solat di tempat yang sesak dan ramai orang. Kenapa aku cakap macam ni? Sebabnya bila dah rapat sangat, kadang-kadang jarak antara saf depan dan saf belakang dekat amat terhad. Boleh kata muat-muat kaki hingga kepala. Rezeki korang lah kalau berada di situasi dimana jemaah di saf hadapan korang seorang yang tinggi. Golongan ini perlukan lebih ruang ketika nak sujud. Nak di jadikan cerita, jemaah yang solat di belakang perlu 'berhati-hati'<--dh tak kusyuk solat sebab takut berlaga songkok. Kalau kena jugak, paling kurang pun songkok tercabut. Kalau dilihat akan perbezaan bentuk dan permukaan diantara songkok dan kopiah, kopiah nampak lebih selesa dan selamat dari tertanggal berbanding songkok yang mempunyai lebih banyak bucu bersegi. Bila tarcabut, bukan korang je yang tak kusyuk, orang sebelah and orang depan pun dah tak kusyuk. So kusyuk dah lari...  

4. Datang awal ke masjid,surau.

Datang masjid boleh dengar kutbah. Tak perlu nak tergesa-gesa. Sampai awal boleh cari tempat yang kena kipas..hahaha (gelak keji). Tempat pun tak la desperate sangat. Ada 1 peristiwa jemaah datang lewat ke masjid-takde la lewat sangat tapi solat dah nak start jugak lah. hehe..Lalu tergesa-gesa mencari tempat nak solat. Tiba-tiba menjumpai satu tempat yang kosong. Terus dia menunaikan solat seperti biasa, namun tidak disangka-sangka apabila nak sujud, jemaah tersebut terjunam ke dalam longkang. Ini kerana tikar yang dihamparkan itu menutupi longkang yang hilang penutup besinya. Kedengaran suara-suara kecil menahan ketawa.

Dalam As-Shahihain telah diriwayatkan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa alihi wasallam bersabda:

“Apabila telah ditegakkan solat, (dalam lafaz lain: “Apabila kalian telah mendengar iqamah”), maka berjalanlah, dan wajib atas kalian berjalan dengan tenang. Maka solatlah dengan jumlah raka’at yang engkau capai, dan sempurnakanlah raka’at yang terlewat.” (HR. Al-Bukhari 908, 2/105 dan Muslim 1358, 3/100)

5. Bawak payung.

Persediaan mana tahu hujan ribut petir. Then kalau betul turun hujan, boleh tumpangkan orang lain ke masjid. Dapat pahala free. Kadang-kadang masa pergi tu memang tak hujan. Siap parking pastu keluar je kereta, hujan lebat bagai. So nak stay dalam kereta takut abis pulak solat, so redah sajalah (fikir hujan tak begitu lebat). Tup-tup, pertengahan jalan hujan lebat. Lecun wa cakap lu! Nak solat basah tikar dan karpet. Kesian orang sebelah tambah-tambah jemaah sesak, kena rapat-rapat. Orang lain pun basah sama. Kusyuk dah lari...

6. Pakai baju melayu/kain pelikat/track-suit

Pakai la baju yang menunjukkan kau nak berjumpa dengan Allah.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-A'raaf ayat 31 yang tafsirannya:

"Wahai anak-anak Adam pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada setiap kali kamu ke tempat ibadat atau mengerjakan sembahyang, dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau-lampau sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas."

7. Bawak sejadah.

Manusia semakin ramai. Setiap kali solat mesti akan ada saudara kita yang tak muat tempat nak solat. Ada yang solat tepi kolah, permukaan tangga, laluan orang ramai, celah-celah dinding, atas tanah yang batunya tajam-tajam, luar bumbung (panas terik/hujan). Kebiasaan tempat-tempat macam ni basah dek laluan saudara yang baru lepas ambil wudhu ataupun panas sinaran matahari. Kalau kena tempat panas, dah tak boleh nak kusyuk. Otak fikir pasal kepanasan yang akan mereka rasai ketika sujud. Kusyuk dah lari...

8. Tinggal handphone.

Yang ni dah biasa orang dengar. Korang sure penah dengar punya. Biarlah bejuta kali pun tok imam remind jemaah supaya off atau silent handphone, mesti ada yang berbunyi. Bila berbunyi (tambah-tambah mangsa yang duduk sebelah), tentu dah macam-macam terpancul dalam fikiran. Kusyuk dah lari...

9. Bawak duit.

Make sure keluarkan terus duit dari wallet lepas tu simpan dalam poket yang paling senang nak capai. Tidak digalakkan masa tabung masjid sampai baru nak keluarkan duit dari wallet. Mata orang sentiasa memerhati je ape perlakuan di dalam masjid. Nanti simbul pula fitnah. Sedekahlah walaupun RM1.

"Bandingan pemberian orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmatNya) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya".( AlBaqarah : 261 )

10.Bawak hati ikhlas kerana Allah.

Apa-apa je yang kita nak buat, pastikan kerana Allah. Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob radiallahuanhu, dia berkata:

Saya mendengar Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda :"Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung niatnya. Dan sesungguhnya. Setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Maka barangsiapa yang hijrahnya karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa yang hijrahnya karena dunia yang dikehendakinya atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan". (HR. Bukhari dan Muslim).

Read more...

Rahsia Firaun bina piramid

Tuesday, November 1, 2011

FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: Dan berkatalah Firaun: "Wahai kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah wahai Haman untukku tanah liat kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi agar aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa dia (Musa) orang-orang pendusta". (al-Qasas: 38).

Daripada penjelasan ayat al-Quran di atas jelaslah bahawa selama ini manusia menjadi hairan dan kagum bagaimanakah bangunan-bangunan yang dibina oleh Firaun iaitu piramid dapat berdiri megah dan perkasa di bumi Mesir pada zaman pemerintahannya hingga kini.

Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid itu?

Akhbar American Times edisi 1 Disember 2006 menyiarkan berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun menggunakan tanah liat untuk membina piramid.

Menurut kajian, disebutkan bahawa batu-batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah dari tanah liat yang dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.

Para saintis mengatakan, Firaun mahir dalam bidang ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat sehingga menjadi batu. Teknik yang mereka gunakan adalah sangat misteri jika dilihat daripada kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.

Prof. Gilles Hug dan Dr. Michael Barsoum menegaskan, piramid yang paling besar di Giza, dibuat daripada dua jenis batuan yang terdiri daripada batu semula jadi dan batu-batu yang dibuat secara manual hasil olahan tanah liat.

Baru-baru ini majalah Journal of American Ceramic Society memaparkan artikel kajian mengenai bagaimanakah Firaun membina piramid di Mesir yang mengkagumkan itu sebagai peninggalan sejarah tamadun dunia.

Kajian itu menegaskan, Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Justeru itu tidak mungkin bagi seseorang mengangkat batu besar dan berat ribuan kilogram.

Seterusnya pada dasar piramid, Firaun menggunakan batu semula jadi atau batu alam.

Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur yang dipanaskan dengan wap air garam dan akan menghasilkan wap air sehingga terbentuknya campuran tanah liat.

Kemudian olahan itu dituangkan ke dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Lumpur yang sudah diadun mengikut saiz yang dikehendaki itu dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.

Sehubungan itu, Prof. Davidovits telah mengambil contoh batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut.

Hasilnya, beliau menegaskan batu itu diperbuat daripada lumpur. Selama ini tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu membezakan antara batu alam semula jadi dengan batu buatan manusia.

Penemuan oleh Davidovits itu adalah hasil kajian yang memakan masa kira-kira 20 tahun. Sebelum kajian yang begitu lama terhadap piramid Bosnia, 'Piramid Matahari' dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat daripada tanah liat.

Ini memperkuatkan lagi keyakinan bahawa kaedah itu tersebar luas di masa yang lalu.

Sebelum ini, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan daripada pembuatan batu besar yang tersergam di puncak-puncak piramid.

Beliau berkata: "Setelah bertahun-tahun melakukan kajian dan penyelidikan, sekarang baru saya yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir diperbuat dengan menggunakan tanah liat."

Bukti-bukti kajian menunjukkan kepada kita bahawa bangunan-bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun canggih zaman silam, juga dibina daripada tanah liat.

Pembongkaran misteri piramid tersebut adalah hasil mukjizat al-Quran yang telah berbicara sejak ribuan tahun dahulu sebelum para saintis dan ilmuwan dunia menemukan rahsia tersebut.

Hairan dan ajaib, sejak 1,400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad SAW dan beratus tahun selepas berakhirnya Dinasti Firaun di Mesir, memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang megah dan tersohor itu yang dikenali sebagai piramid dengan menggunakan tanah liat.

Jika ditinjau kejadian Nabi Adam a.s sebagai bapa manusia dan menjadi khalifah di bumi, baginda juga berasal dari penciptaan tanah liat yang ditiupkan roh oleh Allah SWT dan wujudlah sebagai manusia yang pertama di permukaan bumi.

Berdasarkan ayat al-Quran di atas, jelas membuktikan Nabi Muhammad SAW tidaklah berbicara mengikut hawa nafsunya melainkan hidayah dan petunjuk dari Allah SWT yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya di Laut Merah bersama tenteranya.

Selain itu, Allah juga menyelamatkan Nabi Musa a.s daripada kekejaman Firaun menuju tanah dan bumi Palestin yang diperjuangkan sampai sekarang dan seterusnya hari kemudian. Walahu 'alam.

Sumber: IBRAHIM ABDULLAH

Read more...

Gambaran Hari Kiamat [Siri 2]

Sunday, October 30, 2011

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang. Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

Read more...

Gambaran Hari Kiamat [Siri 1]

Tuesday, October 25, 2011

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar)yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

Bersambung Siri 2

Read more...

Rasulullah SAW manusia istimewa

Tuesday, October 18, 2011

Rasulullah SAW melihat orang yang di belakangnya seperti melihat orang yang berada di hadapannya.

Diriwayatkan oleh al-Syaikhan (al-Bukhari dan Muslim) daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Adakah kamu dapat melihat Kiblatku di sini? Demi Allah! Rukuk dan sujud kamu tidak sekali-kali terselindung daripada penglihatanku. Sesungguhnya aku melihat kamu dari belakangku.

Rasulullah SAW melihat dan mendengar apa yang kita tidak dapat lihat dan dengar.

Daripada Abu Zar berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya aku dapat melihat apa yang kamu tidak lihat dan aku mendengar apa yang kamu tidak dengar. Langit merintih dan memang ia mempunyai hak untuk merintih. Tidak ada padanya (langit itu) walau selebar empat jari melainkan ada malaikat meletakkan dahinya sujud kepada Allah. Demi Allah! Sekiranya kamu mengetahui apa yang aku ketahui, pasti kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis, kamu tidak akan bersedap-sedap dengan isteri-isteri di atas ranjang dan kamu pasti akan keluar menuju ke jalan-jalan untuk tunduk memohon pertolongan kepada Allah".

Nabi Muhammad SAW terpelihara daripada menguap

Imam al-Bukhari meriwayatkan dalam al-Tarikh, dan Ibnu Abi Syaibah dalam al-Musannaf,serta Ibnu Sa'ad daripada Yazid ibn al-Asom, berkata: "Nabi Muhammad SAW tidak pernah menguap sama sekali."

Peluh nabi SAW yang mulia

Imam Muslim meriwayatkan daripada Anas berkata: Rasulullah SAW pernah datang kepada kami lalu tidur sebentar (qailulah) di tempat kami. Baginda SAW berpeluh (semasa tidur). Ibuku datang membawa sebuah botol kaca lalu menadah peluh Rasulullah SAW yang mengalir itu. Rasulullah SAW pun terjaga lalu bersabda, "Wahai Ummu Sulaim! Apakah yang engkau lakukan?" Dia menjawab: "Peluh ini akan kita jadikan minyak wangi kita, ia adalah wangian yang paling harum!"

Ketinggian Rasulullah SAW

Diriwayatkan oleh Ibnu Khaithamah di dalam Tarikhnya, Imam Baihaqi dan Ibnu 'Asakir, daripada Aisyah r.ha, beliau berkata:

"Rasulullah SAW tidak terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah. Baginda SAW kelihatan berperawakan sederhana jika berjalan sendirian. Tiada seseorang yang berjalan bersama Rasulullah SAW (kelihatan) lebih tinggi, melainkan Baginda SAW melebihi ketinggian mereka.

"Jika ada dua orang lelaki yang tinggi bersamanya, Baginda SAW tetap kelihatan lebih tinggi daripada mereka. Tetapi, jika mereka berpisah darinya, Rasulullah SAW kelihatan berketinggian sederhana."

Bayang-bayang Rasulullah SAW

Al-Hakim al-Tirmizi meriwayatkan daripada Zakwan: "Sesungguhnya Rasulullah SAW itu tidak mempunyai bayang-bayang sama ada ketika berada di bawah sinar matahari, mahupun bulan."

Terhindar daripada lalat

Al-Qadhi 'Iyadh menyebut di dalam al-Syifa, dan al-'Azafi dalam Maulidnya: "Di antara keistimewaan Nabi Muhammad SAW, lalat tidak pernah menghinggapi baginda."

Ia juga disebutkan oleh Ibnu Sabu' dalam al-Khasa'is, dengan lafaz: "Sesungguhnya lalat tidak pernah hinggap pada pakaiannya."

Beliau menambah: "Sesungguhnya di antara keistimewaan Rasulullah SAW, kutu tidak pernah menggigitnya."

Darah Rasulullah

Diriwayatkan oleh al-Bazzar, Abu Ya'la, al Tabrani, al Hakim dan al Baihaqi daripada Abdullah ibn al Zubair: "Bahawa dia pernah datang menemui Rasulullah SAW ketika sedang dibekam. Setelah selesai dibekam, Rasulullah SAW pun bersabda, "Wahai Abdullah! Pergilah kamu dengan membawa darah ini dan buanglah ia di suatu tempat yang tiada sesiapa pun melihat kamu."

Tetapi dia meminum darah itu. Apabila pulang, Rasulullah SAW bertanya: "Wahai Abdullah! Apakah yang telah kamu lakukan (terhadap darahku itu)?"

Jawabnya: "Aku telah meletakkannya di tempat yang tersorok yang aku ketahui ia sememangnya tersembunyi daripada pengetahuan orang."

Rasulullah SAW bersabda: "Kemungkinan kamu telah meminumnya". Kataku, "Ya!" Rasulullah SAW bersabda: "Celakalah manusia daripada kamu dan terselamatlah kamu daripada manusia."

Maka mereka berpendapat kekuatan Abdullah r.a adalah disebabkan dari darah yang diminumnya itu.

Tidur Rasulullah SAW

Dikeluarkan oleh al-Bukhari dan Muslim, daripada Sayyidah Aisyah bertanya kepada baginda: "Wahai Rasulullah! Adakah kamu akan tidur sebelum solat witir?

Maka jawab Rasulullah SAW: "Wahai Aisyah! Kedua mataku tidur tetapi hatiku tidak tidur".

Sumber: PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

Read more...

Such a beautiful Death Subhanallah

Friday, October 14, 2011

As retired Imam Cevat Aksoy came to Fatih Masjid for Friday pray. He like to gave candies to kids. He always struggle for endear masjid to kids. He love kids so much. Until the moment he sit to floor while he recite syahadah words. He submitted his soul to Rahman Allah with beautifully amaze. After he gave candies to kids and loved them. He reaches to Allah "In this shape". Previously, he was an imam for 45 years (15 years in Saudi arabia and 30 years in Turkey.

Kenyataan di atas dipetik dan diolahkan dari sebuah video yang telah disiarkan di dalam sesawang Youtube. Video pendek yang memakan masa cuma 1 minit 44 saat ini mampu memberi impak yang sangat besar bagi sekalian manusia terutamanya orang Islam.

Video menunjukkan seorang lelaki tua menyapa dan memberikan gula-gula pada kanak-kanak yang datang mengimarahkan masjid. Pada beberapa saat selepas itu, beliau jatuh dan sambil melafazkan syahadah, Allah menjemput beliau dengan cara yang cantik sekali.

Maha suci Allah, Allah telah memuliakan beliau di dunia. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Ameen...

Sumber: Such a beautiful death (Youtube)

Read more...

Buku Ustaz Azhar paling laris, 30,000 naskah terjual

Thursday, October 13, 2011


Sebagaimana sudah dijangka, buku Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa kini muncul sebagai buku paling laris di pasaran.

Menurut universitipts.com, hanya dalam tempoh lima minggu buku itu diterbitkan. hampir 30,000 naskah sudah terjual. Ini satu rekod bagi industri buku negara ini.

Laporan itu memetik Pengurus PTS Islamika Sdn Bhd (PTS), Imran Azmi.

Berikutan ia laku keras, tidak semua permintaan kedai buku untuk mendapatkan buku itu, mampu dipenuhi jabatan jualan syarikat itu .

“Banyak penjual buku bergerak datang membeli secara pukal dan tunai di PTS. Mereka menjual buku ini kepada orang ramai yang datang mendengar Uztas Azhar memberi kuliah,” catat web berkenaan.

Universitipts.com menyifatkan faktor utama yang menyebabkan buku itu amat laku ialah populariti Ustaz Azhar sendiri.

Pada masa ini beliau adalah penceramah agama paling diminati ramai di negara ini.

Menerusi buku Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa, beliau merungkai pelbagai persoalan agama dan hukum hakam berkaitan.

Buku ini adalah kompilasi persoalan daripada orang awam kepada Ustaz Azhar. Jawapan dipaparkan secara jelas dan padat supaya pembaca lebih memahami persoalan yang selama ini bermain di minda mereka.

Ustaz Azhar memang tokoh agama yang tidak asing di negara ini. Keunikannya ialah kemampuan menyampaikan ilmu agama secara berkesan menerusi penjelasan mantap yang diselitlkan unsur humor sehingga mampu menarik khalayak pendengar yang ramai.

Buku ini  dijual pada harga RM15 dan boleh didapati di kedai buku, rangkaian pasaraya Tesco, Carrefour dan Mydin. Anda juga boleh melayari bookcafe.com.my bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai buku terkini PTS.

Menurut universitipts.com, buku beliau yang kedua dengan PTS sedang dalam proses suntingan dan dijangka dapat diterbitkan sebelum hujung tahun ini. - Dipetik dari inimajalah.com

p/s: Juga boleh dibeli di Humaira Bookstore cawangan Kuala Terengganu (dalam Giant KT)

Sumber: Ustaz Azhar Idrus Web

Read more...

Amalan Rasulullah yang harus dicontohi

Wednesday, October 12, 2011

  1. Menuntut ilmu itu satu kewajiban
  2. Sampaikanlah salam diantara kamu
  3. Berbuat baiklah dengan pembantu-pembantu kamu
  4. Sebaik-baik kamu adalah mereka yang berlaku baik dengan ahli keluarga masing-masing
  5. Hormatilak anak-anak kamu dan muliakanlah perwatakan mereka
  6. Berlaku baiklah kepada mahkluk-makhluk bernyawa yang lain
  7. Alihkan benda-benda yang mengganggu perjalanan
Sumber: Video Law Kan Baynana (Andai Rasulullah bersama Kita) - YouTube

    Read more...

    Pagi Raya Beb!

    Tuesday, August 30, 2011

    Pagi raya, pagi yang mulia..main hantam je aku nyanyi..Lagu ni lagu zaman purba kala. Aku tak ingat dah zaman bila. Tapi yang aku pasti lagu ni biasa keudara mase aku zaman kanak-kanak. Sekejap ye aku cuba tanya Pakcik Google.

    Sedang menaip....
    Searching for Uncle Youtube 
    Searching Complete

    Nah!! Ini dia video lagu raya dari EON untuk semua..hehehe


    Jumpa jugak akhirnya. Ni iklan zaman aku kecik-kecik dulu. Memang terbaik la. Teringat zaman aku budak-budak, sikit punya nakal! Sebenarnya siapa yang sezaman dengan aku pasti ingat lagu-lagu ni. Actually banyak lagi iklan-iklan lain yang best tapi tak ingat dah.

    Sambung semula kisah aku beraya di Kluang seperti entri sebelum ni.

    Macam biasa, pagi raya semua kena bangun pagi sebab takut berebut nak guna bilik air. Nasib baik masa aku bangun, bilik air line clear. Terbaik! Boleh la aku termenung dan sambil tidur tanpa rasa gundah gulana sambil mendengar derusan air di dalam baldi. Wakaka


    Pagi tu semua nampak enceng! (hensem), semua nampak cun (cantik). Al maklumlah semua pakai baju baru. Dah pakai baju baru mana boleh kalau tak tangkap gambar kan? Pagi tu siap-siap je pakai yang encem-encem, kami menuju ke masjid. Aktiviti pagi tu semuanya sama kat mane ceruk pelusuk tanah air pun, semua umat Islam mengerjakan ibadah solat sunat aidilfitri. Lepas solat sunat kami anak beranak menziarahi kubur atok sebelah wife. Suatu pengalaman yang sangat best apabila sangat banyak orang menziarahi serentak. Ada yang kusyuk baca yasin, ada yang bersihkan kubur dan sebagainya.

    Balik dari ziarah kubur, kami pulang ke rumah. Dan bermula lah aktiviti bersalam-salaman, bermaaf-maafan, di pagi bahagia ini (cewah! siap nyanyi lagi). Ada la sedikit gambar sebagai kenang-kenangan untuk tatapan bersama. 1st time beraya di sebelah wife adalah suatu pengalaman yang berharga buat aku.



    Selamat Hari Raya Aidilfitri 
    Maaf Zahir & Batin 
    August 2011

    p/s: Tak dapat duit raya pun...

    Read more...

    A day before RAYA

    Alhamdulillah, setelah menempuh perjalanan yang memakan masa selama 3 jam, kami semua selamat sampai ke kampung atok wife di Kluang. Yang seronoknya, perjalanan ke Kluang sangat lancar. Sebenarnya tak sampai 3 jam pun perjalanan. 3 jam tu pun sebab aku berhenti rehat di R&R+topup Touch&Go. Actually this is not a first time aku sampai sini. Lepas kahwin hari tu dah pernah pergi sekali. So gambaran suasana hari raya tu ada ;)


    Macama biasalah, hari pertama sampai tak ada aktiviti sangat yang  nak dibuat. But the next day would be challenging. On that day, dari pukul 8.30 dah kena start masak ketupat. Petua ayah mertua, nak bagi molek kena rebus selama 4 jam. So duduk la kami anak beranak di depan kayu api tunggu ketupat. Ni adalah kali pertama dalam hidup aku masak ketupat.


    Hahaha...Susah rupanya nak jaga api. (Tengok macam kacang je). Nasib baik ade dua periuk besar so kami masak benda yang lain. Aku tak ingat apa nama dia tapi macam ketupat jugak but bentuk tiga segi. Lepas tu masak rendang pulak...lepas tu masak lemang..lepas dan selepas lepasnya, aku yang jadi masak! Wife cakap badan dah bau asap. MEmang la bau asap sebab duduk depan api. Kalau bau kapur barus tu boleh kira lagi. Hehehe... Memang agak penat untuk hari sebelum raya tu. Sementara tunggu siap masak sempat jugak aku terlena.

    p/s: Lama tak makan soto mak

    Read more...

    Ketupat Equal to Matematik

    Saturday, August 27, 2011

    Nah, buat pertama kalinya seumur hidup aku menganyam ketupat. Hampir terbelit kepala otak dibuatnya. Sekali cuba jadi lepat pisang, dua kali cuba jadi mesin photostate, kali ketiga dan seterusnya entah jadi makhluk planet nameck agaknya.

    Lastly dapat jugak aku anyam dua ketupat. Disebabkan agak tidak senonoh bentuk yang dihasilkan, aku mengambil tindakan yang bijak untuk tidak mengambil gambar dua ketupat tersebut. Hohoho berikut merupakan ketupat yang telah siap dianyam oleh 'aku' dan ayah mertuaku. kikiki

    Aku cakap dekat ayah mertua aku, orang yang mula-mula cetus idea buat anyaman ketupat ni tentu genuis math. Dia senyum je. hehehe Susah kot! Masa nak menganyam tu, dah macam-macam jenis rumusan terpacul keluar dalam minda imaginasi tanpa batasan ni.

    Segala macam formula ni terkeluar dengan sendirinya tanpa diketahui asal dan maksudnya. However, at the end of this session, terjadilah ketupat. TADA!! Lepas anyam ketupat yang memerlukan tenaga otak yang melangkaui batas IQ 180, terasa mengantok pulak! Pikir-pikir nak tidoq je tapi bila fikir balik...banyok koje!!


    p/s: Agak-agak banyak tak kereta esok nak balik kampung?

    Read more...

    Selamat Hari Raya 2011

    Friday, August 26, 2011

    Tahun ni first time aku sambut aidilfitri sebagai seorang suami. Alhamdulillah. Esok dah nak gerak ke rumah mertua. My wife sangat bersemangat nak tolong her parent and siblings buat ketupat. So aku juga first time akan menganyam ketupat seumur hidup. hehehe

    Hampir beberapa hari saja lagi umat Islam akan menyambut hari raya. Aku pun tak berapa tahu sangat bila raya nih. Dengar kata isnin. Walau apa-apa pun, Ahad ni aku and family sebelah wife akan bertolak ke kampung halaman ayah mertua di selatan.

    Perjalanan yang sebelum-sebelum ini memakan masa 3 jam mungkin akan bertambah masanya. Biasalah, musim-musim perayaan macam ni, lebuh raya tak pernah nak lengang dari kenderaan. Aku berdoa dan berharap agar perjalanan kami sentiasa selamat pergi dan pulang.

    Pertama kali beraya di kampung sebelah wife, entah macam mana suasana nya kan? Tambah-tambah yang baru kawin macam aku ni. Nanti bila jumpa saudara sebelah sana mesti kena interview punya! hahaha Jika aku asyik menjawab ala-ala artis, wife tentu boleh jawabkan.

    Same person, new life, new experience = keep learning


    p/s: Duit raya lupa nak tukar

    Read more...

    Ilmu Sihir?

    Thursday, July 21, 2011

    Bismillah..

    Rasa tak sedap hati betul hari ni bila tadi adik call cakap kedai macam dah terkena sihir. Bayangkan makanan yang di masak tiba-tiba basi. Tambah lagi dalam makanan ada pasir. Ohh.. Mungkin ini hanya kes pencemaran silang yang biasa berlaku ketika proses menyediakan makanan.

    Ada lagi.

    Pekerja yang tidur dekat tingkat atas kedai bagi tahu adik semalam dia mimpi ada lembaga hitam yang tinggi duduk dalam tandas marah adik berniaga dekat kawasan tu. Ohh.. Mungkin mimpi itu adalah mainan tidur.

    Tapi tak kan sampai takde orang yang datang masuk. Sejak bukak haritu sampai semalam adik cakap langsung 'tak menang tangan' sebab terlalu ramai orang. Aku sendiri pernah pergi kedai adik. Memang penuh. Sampai stok-stok makanan basah abis.

    Hari ni pulak langsung tak ada orang. Memang ajaib. Apakah semua ini? (Sambil menggelengkan kepala). Biasalah kat mana-mana pun (ke kat Malaysia je?), bila nampak orang tengah naik atau senang sikit mula lah timbul sikap dengki dan iri hati. Bukan niat untuk menuduh atau nak menunding jari kepada sesiapa. Ini adalah lumrah manusia. Kalau tak caye, cuba tengok Exposed Mistik (Peminat setia nih).

    Tak tahu nak komen apa-apa sebab kita ni kurang ilmu berkenaan hal-hal 'invisible' nih. Tadi adik pun bercadang nak panggil kawan abah iaitu seorang ustaz. Sambil berdoa pada Allah dan usaha, INSYAALLAH..Allah pasti akan bantu.

    Allah SWT telah pun berfirman,

    “Dan jika syaitan mengganggu engkau dengan sesuatu gangguan, maka mohonlah perlindungan pada Allah sesungguhnya Dialah (Tuhan) Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (Fusilat:36)

    Kalau betul lah ini adalah sihir, semoga Allah menghukum si malaun-malaun yang membuat sihir tersebut. Hati memang bengang tapi sabo je lah. Wahai manusia yang mensihir kedai adik ku, semoga kau akan cepat bertaubat sebelum sakaratul maut menjemput engkau. Sesungguhnya kau sudah terpesong jauh dari landasan. Segerakan bertaubat. Ingatlah, siksaan Allah itu SANGAT BERAT.

    p/s: Rasa-rasanya, orang yang suka sihir-sihir orang ni ada blog tak?

    Read more...

    That day will come

    Saturday, May 7, 2011

    There is only 27 days left for my wedding takes place. I felt a little bit nervous when imagining that day. I don't have any ideas what will happen on that day. My heart pumped very fast and produce a sound-like "dup-dap-dup-dap" which proceeds from tricuspid, pulmonary, mitral and aortic valves in the heart. Like a bullet train, pumped my blood into the whole body for supplying oxygen and eliminated body wastes. Really hope that everything will go smoothly.
     

    All the preparation have been ready. So, i just waiting for that event turn up. Sometime, i can't really imagine that i will get married. Hahaha...Now i realized that the time has come for me to get married like others. So after this, i should change my status in my Facebook. Hahaha...and for those people who keep asking me to show my future wife, after 12th June 2011 all the secret will be revealed.


    Read more...

    Berjalan-jalan di kedai cenderamata

    Monday, March 28, 2011

    Sabtu yang lalu, aku, tunang and bakal mak mertua pi jalan-jalan dekat kedai cenderamata. 1st punya kedai, tunang and mak tunang ada la beli barang sket. Lepas tu pergi ke kedai jual barang cenderamata pengantin jugak. Masuk lagi, Masing-masing mata liar tengok barang. Aku sampai pening kepala sebab barang terlalu banyak. Ada sorang minah ni, pembantu jurujual kat kedai tu..dia dok ikut je..Cara dia layan pelanggan memang bagus cuma muka dia sangat serius. Aku tengok and senyum je bila dia pandang aku.

    Tiba-tiba dia bersuara...and tanya pada aku...

    Jurujual perempuan: "Encik ke yang nak kawin?"
    Aku: "Ya saya. Kenapa ye?"
    Jurujual perempuan: "Takde pape"
    Aku: "Ok2.."
    Jurujual perempuan: "Ehh encik, yang budak tu bakal isteri encik ke?"
    Aku: "Ya dia bakal isteri saya"
    Jurujual perempuan: "Ooo...ok encik. Sori banyak tanya"
    Aku: "xpe, xde hal la"

    Aku senyum je kat jurujual perempuan tu. Ade ke patut dia panggil tunang aku budak..Ish2x...Dia dah 25 tahun tau!

    Nota tangan: Ke aku yang nampak tua? hahaha

    Read more...

    Kuih Peneram Atok

    Monday, March 14, 2011

    Pagi tadi aku 'terjumpa' kuih feveret aku..kuih peneram..Aku dengan tanpa segan silu memakan kuih tersebut. Namun proses kunyahan itu terbantut kerana deria rasa memberitahu makanan ini tidak menepati piawai yang ditetapkan oleh memori. Nak tak nak aku cuba habiskan jua walaupun hanya sekeping.

    Sekeping? Ya..Tak seperti satu ketika dahulu..

    Dahulunya, aku seorang saja boleh makan 2-3 bungkus sekali gus. Percaya atau tidak, itulah realitinya. Kuih peneram tu di buat oleh seorang yang aku sangat sayang..Arwah atok aku, Hajah Sapiah. Bila teringat balik kenangan aku dengan arwah atok sedih pulak rasa.

    Mula-mula dulu aku bukan suka makan kuih ni. Sebab rasa dia yang manis gula merah. Aku tak minat sangat makan kuih yang manis-manis ni. Tambahan pula, ciri fizikal kuih tu yang nampak sangat tak menarik. Bentuk dah la macam donut penyet, hitam pulak tu.

    Perasaan cinta kepada kuih ni wujud masa aku bersekolah di Perak. Setiap cuti sekolah atau hujung minggu, aku akan balik rumah atok. Atok seorang penjual kuih peneram. Kuih dia sangat terkenal di kawasan pekan Selama, Perak. Walaupun begitu, aku tak pernah cuba untuk rasa.

    Ada sekali tu, musim cuti, macam biasa aku balik rumah atok, sampai je kampung, arwah atok dengan arwah tokwan tengah masak kuih peneram dekat depan rumah. Aku pun dok asyik tengok cara arwah atok dan tokwan masak.

    Aku tanya kat arwah atok, susah tak buat kuih ni..Atok kata kalau nak tau, malam ni teman atok buat. Aku pun ok je sebab masa tu, just aku sorang je cucu yang ada kat kampung. Yang lain-lain semua di KL atau di rumah keluarga masing-masing.

    Malam tu aku tolong atok buat kuih peneram. Sangat penat! Tapi atok cool je, maybe sebab dia dah biasa buat. Aku tolong atok uli tepung tuh, penyet-penyetkan tepung, bentukkan tepung tu jadi bentuk bulat-bulat guna ada satu besi tuh. Di tengah-tengah kuih tu aku cucuk dengan benang punya batang tuh..so jadi la macam bentuk donut.

    Then bila time masak, aku sendiri yang masak, atok tolong pilih mana yang bentuk kuih yang tak elok, atok asingkan. Panas ya amat tak tau nak kata la, tapi puas la, kuih yang aku buat penat-penat dengan atok dah siap masak. Ada bentuk yang cantik tu, bila dah masak, warna coklat keemas-emasan..Memang puas hati betul..

    Then, sekali aku pilih satu and aku rasa.......sedapnya.......sedapnya atok! Sedap sangat kuih ni..Atok senyum je. Masa nak packing kuih tu masuk plastik, atok guna cara tradisional je. Atok guna lilin. Bila dah masukkan 15 ketul kuih peneram dalam plastik, hujung plastik tu dilipat pastu salai dekat lilin. Maka siap satu per satu bungkus.

    Masa aku tolong atok, aku rasa lagi banyak aku makan dari aku tolong atok bungkus. hehehe Atok siap tegur lagi, "hang makan yang kemik-kemik tu..yang cantik tu nak jual" Hehehe Orite atok! Aku suka sakat atok pompuan ni sebab arwah sangat sporting. Even dia tak tahu speaking, kalau aku speaking, dia ajuk balik cakap aku, pastu dia gelak. Hehehe

    Masa belajar di Perak, itulah aktiviti hujung minggu aku, balik kampung tolong atok dan tokwan buat kuih peneram. Sejak tu lah aku suka makan kuih peneram. Even sekarang atok and tokwan dah takde, kenangan istimewa tu aku ingat sampai sekarang. TQ Atok & Tokwan.

    Al-Fatihan untuk Arwah Hj. Husaini & Hjh. Sapiah.

    1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihi
    2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam
    3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihi
    4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat)
    5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan
    6. Tunjukilah kami jalan yang lurus
    7. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

    Read more...

    Persiapan Nikah 2

    Wednesday, March 2, 2011

    Aku dah lupa la entri sebelum ini pasal apa. Hah! Baru ingat. Sambungan pasal persiapan nikah. So entri kali ini boleh dikategorikan part two. Take two, take one..action...

    1st time pengalaman aku jumpa PPN. Memang terbaik. Menggelabah tak ingat dunia yang fana ini. Tujuan sebenar nak jumpa PPN adalah untuk nak dapat tandatangan dia je. Tak sangka pulak perjumpaan tu memakan masa hampir sejam++. Sebelum nak dapat signature, kena jawab 50 perkara. Banyak kan? 50 list ni ada ditampal di mana-mana masjid/surau di bawah jajahan PPN masing-masing. Setiap PPN ada dia punya kawasan sendiri. So aku jatuh di kawasan jajahan beliau. Maka 50 perkara telah disoal.

    50 soalan tu berkaitan hal-hal perkahwinan, asas fardhu ain, kekeluargaan dan lain-lain perkara yang relevan untuk bakal-bakal pengantin tak kira lelaki mahupun wanita. Ada juga soalan-soalan berkenaan perihal wanita yang ditanyakan kepada aku. Nasib baik aku tahu sikit-sikit. Apa yang tak dapat jawab PPN akan bagi tahu jawapan dia. TQ ustaz.

    Solat, wudhu, rukun nikah, mandi wajib, tomakninah, doa iftitah, doa qunut, rukun solat, rukun bacaan dalam solat, jenis darah bagi wanita, perkara membatalkan wudhu, perkara yang membatalkan solat, tayammum, semua nampak familiar kan? Mesti korang cakap kacang je kan? Aku pun mula-mula macam tu jugak. Tapi bila dah depan ustaz, dia tanya duduk bacaan di antara dua sujud pun boleh blur. hahahaha...Rupanya banyak lagi benda yang kita tak tahu. 

    Betul la ckp seorang ustaz tu..

    "the more we grow, the more u study, the more iman u have" (Siraj Wahhaj, 2002) Dan ianya juga disokong oleh seorang penceramah yang aku tak ingat nama dia, "Semakin banyak kita belajar, semakin banyak perkara yang kita tak tahu" (Penceramah, 2010).

    So, selesailah aku menjawab soalan-soalan PPN tersebut. Lepas dah dapat signature, aku kena hantar borang permohonan nikah tu ke PAID (Pejabat Agama Islam Daerah). Maka keesokan harinya, aku menuju ke PAID di Shah Alam (Depan masjid Shah Alam tu je). Tujuan kat aku ke situ adalah untuk nak mintak surat kebenaran berkahwin dari pendaftar nikah. Yang semalam tu, pengesahan dari PPN (Penolong Pendaftar Nikah). So kali ni bos dia pulak yang kena sign. Proses ni tak memakan masa yang lama, tak perlu kena jawab soalan-soalan, ia semudah proses dan terima. Cuma kena tunggu dia taip dan print surat kebenaran tu je la. Tak sampai 20 minit pun.

    Then, selesailah tugasan aku. Nampak leceh kan nak kena ke sana ke sini. Tapi memang leceh pon. Orang dulu-dulu takde pun macam ni. Tapi takpelah, itu namanya ada istilah pemambahbaikan berterusan dalam sesebuah organisasi. Unit kualiti le punya angkara ni! Aku tau. Takpe lah, asalkan korang fikirkan kaedah ini baik, baik jugalah bagi kami.

    “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir” (Ar-Ruum 21)

    Sekian..Tunggu time nikah plak..Wassalam

    Read more...

    Persiapan Nikah 1

    Thursday, February 17, 2011

    Hari ini aku cuba nak berkongsi pengalaman berkenaan urusan permohonan nikah. Sebelum ingatan aku ini beransur-ansur hilang, lebih baik aku cerita secara ringkas. Sebelum itu, entri ini khas untuk pemohon berjantina lelaki dan bermastautin di Selangor sahaja ya.

    Pertama sekali, korang kena pergi kursus kahwin. Time aku, aku buat dekat UiTM. Al-maklumlah masa tu still staff so bayaran agak murah sedikit berbanding di luar. huhu...

    Then, 3 bulan sebelum korang nak akad nikah, kena sediakan borang 2A (Permohonan Kebenaran Kahwin). Borang ni korang boleh download dekat laman web JAIS atau download di sini.

    Dalam borang tu korang kena isi guna pen HITAM atau BIRU secara UPPERCASE (Huruf Besar) . Perkara penting yang perlu korang ambil perhatian adalah... "JANGAN SIGN DULU". Korang kena sign depan Penolong Pendaftar Nikah nanti.

    Pasal Ujian Saringan HIV pulak. Kalau dekat laman web JAIS, dia suruh amik borang Ujian HIV dekat sana. Tapi sekarang dah lain. Korang boleh terus ke Klinik Kerajaan. Kat sana dah ada borang tuh. Sebelum datang, korang kena buat appointment.

    Ujian saringan HIV hanya dibuat pada hari Isnin-Khamis pada pukul 2:30 petang sahaja. Harap maklum. Aku pergi dekat Klinik Kesihatan Seksyen 7 Shah Alam. Alaa..dekat dengan UiTM & UNISEL tuh...RM 1 akan di kenakan untuk borang+khidmat tersebut.

    Satu yang uniknya pasal borang ujian saringan HIV ni, bila korang dah dapat keputusan ujian tu, dalam borang tu TIDAK ADA dia cakap samaada ujian tu positif atau negatif. Best kan? Korang kena tanya kat orang tu. Tadi bila aku tanya brader tu. Dia jawab secara sempoi "Kalau encik dapat borang ni semula, itu bermakna encik CLEAN..Selalunya, kalau ada masalah (if HIV +ve), kami akan kena tahan terus." Terima kasih dengan jawapan yang sangat CLEAR itu. hehehe

    Next step, korang kena bawak borang tu jumpa Penolong Pendaftar Nikah (PPN). PPN ni bergantung kat mane korang tinggal. Kalau macam aku, aku stay area Sungai Buloh so JAIS bagi aku contact ada sorang ustaz ni. Apa ntah nama dia aku dah lupa pulak. Dah dapat nombor, deal dan buat appointment bila nak sign borang 2A (borang permohonan nikah) tu. Jangan lupa untuk angkut sekali 2 orang saksi untuk sign depan PPN. Di ingatkan bahawa, saksi adalah lelaki. So boleh mintak kawan-kawan untuk jadi saksi. Lepas tu belanja la roti canai ke..teh tarik ke..hehehe

    Aku pun tak sampai lagi step tu. Maybe esok baru nak jumpa PPN.

    Di sini aku copy/paste je TUJUH (7) langkah yang korang kena tahu untuk tujuan permohonan ni.

    Prosedur permohonan nikah (lelaki)

    1. Hadir kursus pra perkahwinan
    2. Dapatkan borang 2A di JAIS/ paid atau download borang di sini.
    3. Dapatkan borang pemeriksaan ujian darah/ hiv di Hospital/Klinik Kesihatan Kerajaan.
    4. Lengkapkan borang 2A dan lampirkan dokumen sokongan (3 bulan sebelum akad nikah)
    5. Dapatkan pengesahan penolong pendaftar nikah (PPN) qariah.
    6. Dapatkan kebenaran berkahwin dari pejabat agama islam daerah (PAID)
    7. Serahkan kebenaran kepada pihak perempuan.

    Korang juga boleh download check-list, prosedur dan syarat-syarat permohonan berkahwin bagi lelaki.

    Dokumen sokongan yang korang perlukan adalah seperti yang berikut.
    1. Salinan kad pengenalan
    2. Salinan kad pengenalan 2 orang saksi
    3. Salinan sijil kursus pra perkahwinan (diiktiraf oleh JAKIM/ JAIS/ JAWI/ JAIN)
    4. Keputusan ujian saringan HIV
    5. Salinan borang permohonan 2A (jika pemohon nikah luar daerah/ negeri/ negara)
    6. Surat pengesahan mastautin pemohon daripada penghulu/ ketua kampung/ nazir masjid/ pengerusi jkkk/ pengerusi jawatankuasa penduduk taman perumahan. (bagi pemohon yang mempunyai perbezaan alamat tempat tinggal dengan alamat di dalam kad pengenalan).
    7. Surat perakuan cerai/ kematian pasangan dan salinannya. (jika pemohon duda)
    8. Surat atau kad perakuan islam dan salinannya. (jika pemohon saudara baru)
    9. Surat kelulusan dari kagat/ pdrm. (jika pemohon anggota tentera/ polis)
    10. Surat kebenaran berkahwin daripada konsulat atau kedutaan dan imegresen. (jika pemohon warganegara asing.
    Buat masa ni, itu sajalah yang boleh aku kongsikan. Perjalanan aku pun tak 100% finish lagi. Lepas semua ni dah setel aku aka share lagi apa yang patut ok. Kepada korang yang sedang berusaha (seperti aku), berusahalah! Kepada yang dah setel, tahniah diucapkan. 


    "Dan diantara tanda-tanda (kebesaran) Nya ialah, Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya. Dan menjadikan diantaramu rasa kasih dan sayang". (QSAr-Ruum:21)

    Semoga berjumpa lagi. Wassalam

    Read more...

    Bukan niatku untuk melukai dirimu..

    Sunday, January 30, 2011

    Aku pun tak tahu macam mana nak terangkan hal ni dekat kau. Kalau aku cakap pun, kau buat 'dekk' je. So kalau kau baca entri ni, harap kau faham la ye.

    Aku sebenarnya dah lama tak begitu suka kat kau. Ni pun sebab mak aku yang suruh suka kat kau tapi..aku memang tak boleh buat macam tuh. Aku rasa dah tak mampu nak jadi penipu amir (menipu diri sendiri) yang sesungguhnya aku memang tak boleh terima kau dalam hidup aku.

    Dari dulu lagi aku pernah mencuba untuk suka kan kau tapi setiap kali pun gagal. Hati aku dah dimiliki.

    Setiap kali aku pandang kau, aku rasa nak termuntah. Kau jangan salah faham, aku tak pernah rasa jijik pada kau. Aku tahu sebenarnya ada ramai yang suka kan kau kat luar sana tapi kenapa kau memilih aku? Kenapa? Kenapa?

    Untuk kali yang ke berapa ratus ribu aku pun dah tak ingat. Aku ingin memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung handle basikal yang aku memang tak boleh menerima kau seadanya.

    Maafkan aku SUSU..aku hanya mencintai MILO.

    Selamat tinggal

    Read more...

    Pokok? Daun? So what?

    Wednesday, January 19, 2011

    Masa aku kecik-kecik dulu, memang tak terlepas dengan aktiviti lasak dan binatang buas. Disebabkan zaman dulu-dulu masih terdapat banyak pokok-pokok renek (tak seperti zaman sekarang..manusia asik menebang pokok je..) aku kerap kali mencantas pokok-pokok ni dengan sesuka hati.

    Kadang-kadang kalau berjalan saja-saja di tepi-tepi pokok tu, tangan laju je cari batang kayu atau ranting pokok untuk nak melibas pokok-pokok yang ada di sekitar. Memang tak senonoh betul aktiviti tersebut.

    Tibalah suatu ketika, mungkin dah 20 tahun yang lalu agaknya..tak ingat lagi ntah bila dan di mana, kata-kata seorang ustaz

    "tumbuhan pun bertasbih untuk hidup"

    Mungkin mase aku dengar tu pemikiran masih tak matang. Tapi ayat tu memang meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam hidup aku seterusnya mengubah tingkahlaku dan amalan nakal aku ketika aku mula dewasa.

    Bila pandang tumbuh-tumbuhan especially daun-daun hijau dan bunga raya, rasa sedih atas ape yang penah aku buat dulu pada nenek moyang mereka. Melibas tanpa belas kasihan.Woouuaaarrr!!! (mood ganaz) Bunga ros tu siap cincang-cincang sampai hancur sebab nak buat air sirap untuk main masak-masak. Hehehehe

    “Dan tumbuh-tumbuhan dan pohon-pohonan kedua-duanya tunduk kepada-Nya.” (Q.S Ar-Rahman [55]: 6)

    Bila teringat kata-kata ustaz tu, timbul rasa jeles. Tumbuhan pun sentiasa bertasbih. Aku tak pun. Tapi Allah bagi hidup. Tumbuhan dah la rajin bertasbih tapi aku yang malas ni hukum dia pulak. Bunuh pulak tu. Walaupun aku malas tapi Allah tak hukum aku pun. Betapa pengasihnya Allah kan?

    Apa-apa pun makhluk ciptaan Allah tentu bukan dicipta secara sia-sia. Tentu ada hikmahnya yang tak tercapai akal aku ketika tu. Dan aku baru sedar yang tumbuhan ni pun macam manusia, dicipta untuk sesuatu dan punyai kehendak dan perasaan.

    Dikisahkan ketika Nabi SAW pindah mimbar yang asal untuk menyandar pada sebuah pohon kurma maka pohon kurma itu diriwayatkan sangat sedih dan menangis kerana ia telah ditinggalkan sebagai alat bantu Rasulullah SAW dalam menyampaikan ilmu kepada para sahabatnya.

    Alhamdulillah, Sejak aku masuk sekolah menengah sampai sekarang, aku tak pernah sekalipun memetik, mengoyak, menyebat, menyepak, menampar mana-mana tanaman, pokok bunga atau yang berkaitan tanpa tujuan. Terima kasih Allah.

    Dan dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan Maka kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang korma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah dan (perhatikan pulalah) kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman. (Q.S.Al-An’am:95)

    Read more...

    Kalau aku kaya

    Orang yang banyak duit selalu orang cakap orang tu kaya. Duit juta-juta dalam bank.. Rumah besar-besar..Kereta mahal-mahal..Macam-macam lagi lah orang kaya ni ada. Cakap je nak beli apa, semua boleh. Jet peribadi? Kereta kebal? Semua boleh. Sebab ape? Sebab diaorang kaya.

    Kalau aku kaya macam mana pulak?

    Kalau aku kaya,

    1. Aku beli kereta mahal-mahal, pastu aku bawak laju-laju macam samseng jalanan. Aku akan mengomel sorang-sorang "Slow betul la diaorang ni"
    2. Aku isi minyak kereta RON97 full tank. Pastu aku cakap kat kaunter bayaran tuh, "aku beli kereta cash".
    3. Aku ade parking khas kat mana-mana shopping mall. Bila aku parking kereta, aku xkunci pun. Bila penjaga parking tu tanya, aku jawab "Jangan risau, kalau hilang, sy ada 14 buah lagi kereta lagi mahal dari ini".
    4. Aku tak perlu bersusah payah nk pergi bank dan tak perlu beratur sebab dalam rumah aku ada bank sendiri.
    5. Kalau aku terasa rajin nak pergi bank pun, aku cakap kat pak guard dan semua pelanggan yang datang "saya hanya nak melawat bank saya sahaja".
    6. Bila aku naik kereta lepas tu lalu depan stesen bus, tengok ramai orang tengah menunggu bus di tengah panas yang terik. Kesian aku rasa. Aku suruh driver reverse pastu berhenti di depan stesen bus tu pastu cakap "Kesian korang..lain kali belajar pandai-pandai, baru boleh pakai kereta macam aku".
    7. Bila ada budak-budak atau pakcik tua datang kat aku minta derma. Aku panggil bodyguard aku halau diaorang sebab busuk dan kotor.
    8. Kalau aku nak makan, aku tak makan dengan orang-orang biasa. Aku makan dengan VVIP atau seangkatan dengannya.
    9. Rumah aku bina kat atas bukit. Biar semua orang nampak yang aku ni ada rumah besar. 
    10. Aku hire seorang hacker untuk create satu web khas untuk menunjukkan segala harta yang aku ada di media massa.
    11. Aku terbitkan sebuah rancangan televisyen khusus untuk menunjukkan segala harta yang aku ada. Rancangan tu akan sentiasa di up-date kan apabila setiap kali ada harta baru yang aku beli. Tagline rancangan tu "hangpa bila nak maju?"
    Secara jelasnya, korang tengok ayat-ayat di atas..Memang jahat giler kan? Paling jelas adalah, bila kaya mesti aku akan jadi sombong, takabur, bangga diri etc. Sombong dengan manusia. Paling takut kalau sampai sombong dengan Allah. Nauzubillah. Namun xsemua orang yang kaya tu sombong. Ada yang Allah bagi kesenangan di dunia dan di akhirat pada hambaNya yang terpilih.

    Kalau la aku kaya dan jadi macam tuh, tak jadi kaya pun takpe. Harta ni pandai mengusik tol! Kalau pandai cara, maka selamat la hidup dunia akhirat. Kalau sebaliknya, nauzubillah..

    Allah swt. berfirman:

    إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ مَنْ كَانَ مُخْتَالًا فَخُورًا

    Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri. (Q.S.An-Nisaa’:36)


    "Ya Allah, jauhkan aku dari sifat-sifat Mazmumah"
    "Ya Allah, jauhkan aku dari sifat-sifat Mazmumah"
    "Ya Allah, jauhkan aku dari sifat-sifat Mazmumah"Amin.

    Read more...

    Papa Panda

    Featured Post

    Panduan Solat Sunat Tarawih+Witir

    Tarawih bererti ‘istirehat’ manakala solat Tarawih pula bermaksud solat yang merehatkan. Dalam melaksanakannya, disunatkan duduk sebentar s...

    Back To The...

    Back To The...

      © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

    Back to TOP