Ilmu Sihir?

Thursday, July 21, 2011

Bismillah..

Rasa tak sedap hati betul hari ni bila tadi adik call cakap kedai macam dah terkena sihir. Bayangkan makanan yang di masak tiba-tiba basi. Tambah lagi dalam makanan ada pasir. Ohh.. Mungkin ini hanya kes pencemaran silang yang biasa berlaku ketika proses menyediakan makanan.

Ada lagi.

Pekerja yang tidur dekat tingkat atas kedai bagi tahu adik semalam dia mimpi ada lembaga hitam yang tinggi duduk dalam tandas marah adik berniaga dekat kawasan tu. Ohh.. Mungkin mimpi itu adalah mainan tidur.

Tapi tak kan sampai takde orang yang datang masuk. Sejak bukak haritu sampai semalam adik cakap langsung 'tak menang tangan' sebab terlalu ramai orang. Aku sendiri pernah pergi kedai adik. Memang penuh. Sampai stok-stok makanan basah abis.

Hari ni pulak langsung tak ada orang. Memang ajaib. Apakah semua ini? (Sambil menggelengkan kepala). Biasalah kat mana-mana pun (ke kat Malaysia je?), bila nampak orang tengah naik atau senang sikit mula lah timbul sikap dengki dan iri hati. Bukan niat untuk menuduh atau nak menunding jari kepada sesiapa. Ini adalah lumrah manusia. Kalau tak caye, cuba tengok Exposed Mistik (Peminat setia nih).

Tak tahu nak komen apa-apa sebab kita ni kurang ilmu berkenaan hal-hal 'invisible' nih. Tadi adik pun bercadang nak panggil kawan abah iaitu seorang ustaz. Sambil berdoa pada Allah dan usaha, INSYAALLAH..Allah pasti akan bantu.

Allah SWT telah pun berfirman,

“Dan jika syaitan mengganggu engkau dengan sesuatu gangguan, maka mohonlah perlindungan pada Allah sesungguhnya Dialah (Tuhan) Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (Fusilat:36)

Kalau betul lah ini adalah sihir, semoga Allah menghukum si malaun-malaun yang membuat sihir tersebut. Hati memang bengang tapi sabo je lah. Wahai manusia yang mensihir kedai adik ku, semoga kau akan cepat bertaubat sebelum sakaratul maut menjemput engkau. Sesungguhnya kau sudah terpesong jauh dari landasan. Segerakan bertaubat. Ingatlah, siksaan Allah itu SANGAT BERAT.

p/s: Rasa-rasanya, orang yang suka sihir-sihir orang ni ada blog tak?

Papa Panda

Featured Post

Panduan Solat Sunat Tarawih+Witir

Tarawih bererti ‘istirehat’ manakala solat Tarawih pula bermaksud solat yang merehatkan. Dalam melaksanakannya, disunatkan duduk sebentar s...

Back To The...

Back To The...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP