Orang yang banyak duit selalu orang cakap orang tu kaya. Duit juta-juta dalam bank.. Rumah besar-besar..Kereta mahal-mahal..Macam-macam lagi lah orang kaya ni ada. Cakap je nak beli apa, semua boleh. Jet peribadi? Kereta kebal? Semua boleh. Sebab ape? Sebab diaorang kaya.
Kalau aku kaya macam mana pulak?
Kalau aku kaya,
- Aku beli kereta mahal-mahal, pastu aku bawak laju-laju macam samseng jalanan. Aku akan mengomel sorang-sorang "Slow betul la diaorang ni"
- Aku isi minyak kereta RON97 full tank. Pastu aku cakap kat kaunter bayaran tuh, "aku beli kereta cash".
- Aku ade parking khas kat mana-mana shopping mall. Bila aku parking kereta, aku xkunci pun. Bila penjaga parking tu tanya, aku jawab "Jangan risau, kalau hilang, sy ada 14 buah lagi kereta lagi mahal dari ini".
- Aku tak perlu bersusah payah nk pergi bank dan tak perlu beratur sebab dalam rumah aku ada bank sendiri.
- Kalau aku terasa rajin nak pergi bank pun, aku cakap kat pak guard dan semua pelanggan yang datang "saya hanya nak melawat bank saya sahaja".
- Bila aku naik kereta lepas tu lalu depan stesen bus, tengok ramai orang tengah menunggu bus di tengah panas yang terik. Kesian aku rasa. Aku suruh driver reverse pastu berhenti di depan stesen bus tu pastu cakap "Kesian korang..lain kali belajar pandai-pandai, baru boleh pakai kereta macam aku".
- Bila ada budak-budak atau pakcik tua datang kat aku minta derma. Aku panggil bodyguard aku halau diaorang sebab busuk dan kotor.
- Kalau aku nak makan, aku tak makan dengan orang-orang biasa. Aku makan dengan VVIP atau seangkatan dengannya.
- Rumah aku bina kat atas bukit. Biar semua orang nampak yang aku ni ada rumah besar.
- Aku hire seorang hacker untuk create satu web khas untuk menunjukkan segala harta yang aku ada di media massa.
- Aku terbitkan sebuah rancangan televisyen khusus untuk menunjukkan segala harta yang aku ada. Rancangan tu akan sentiasa di up-date kan apabila setiap kali ada harta baru yang aku beli. Tagline rancangan tu "hangpa bila nak maju?"
Kalau la aku kaya dan jadi macam tuh, tak jadi kaya pun takpe. Harta ni pandai mengusik tol! Kalau pandai cara, maka selamat la hidup dunia akhirat. Kalau sebaliknya, nauzubillah..
Allah swt. berfirman:
إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ مَنْ كَانَ مُخْتَالًا فَخُورًا
Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri. (Q.S.An-Nisaa’:36)
"Ya Allah, jauhkan aku dari sifat-sifat Mazmumah"
"Ya Allah, jauhkan aku dari sifat-sifat Mazmumah"
"Ya Allah, jauhkan aku dari sifat-sifat Mazmumah"Amin.
2 comments:
nape bila orang kaya..kena fikir kereta..kereta..kereta..kereta melambangkan kekayaan ek???
aku kaya jugak!!!kaya budi bahasa!hehe
Puan Capa: Kereta dengan Kaya adalah dua subjek yang sangat sinonim. Memang tak boleh dipisahkan di kalangan rakyat Malaysia, juga di negara-negara lain.
Kaya kereta, kaya rumah, roti kaya semua boleh tunjuk. Kaya iman tak leh tunjuk. Wakakaka
Post a Comment