1. Mengambil wudhu terlebih dahulu di rumah atau di kolej atau di opis.
Senang dah sampai masjid nanti terus duduk dengar kutbah. Pahala pun lebih. Mane tahu kat masjid, banyak paip under renovation, kena beratur plak. Time beratur ni macam-macam jenis orang ada. Ada yang biasa je, ada yang sangat hygienic. So dalam otak macam-macam la keluar. Itu-ini, itu ini...Jaga-jaga bos, pergi masjid nak kumpul pahala, bukan dosa.
2. Pakai wangi-wangian.
Sebaik-baiknya mandilah sebelum menunaikan solat. Paling cikai pun sila pakai deoderant atau minyak atar atau perfume korang sendiri. Ingat bos, nak jumpa Allah tuh...
3. Pakai kopiah berbanding songkok.
Sebenarnya pakai songkok ni tak berape nak sesuai bila solat di tempat yang sesak dan ramai orang. Kenapa aku cakap macam ni? Sebabnya bila dah rapat sangat, kadang-kadang jarak antara saf depan dan saf belakang dekat amat terhad. Boleh kata muat-muat kaki hingga kepala. Rezeki korang lah kalau berada di situasi dimana jemaah di saf hadapan korang seorang yang tinggi. Golongan ini perlukan lebih ruang ketika nak sujud. Nak di jadikan cerita, jemaah yang solat di belakang perlu 'berhati-hati'<--dh tak kusyuk solat sebab takut berlaga songkok. Kalau kena jugak, paling kurang pun songkok tercabut. Kalau dilihat akan perbezaan bentuk dan permukaan diantara songkok dan kopiah, kopiah nampak lebih selesa dan selamat dari tertanggal berbanding songkok yang mempunyai lebih banyak bucu bersegi. Bila tarcabut, bukan korang je yang tak kusyuk, orang sebelah and orang depan pun dah tak kusyuk. So kusyuk dah lari...
4. Datang awal ke masjid,surau.
Datang masjid boleh dengar kutbah. Tak perlu nak tergesa-gesa. Sampai awal boleh cari tempat yang kena kipas..hahaha (gelak keji). Tempat pun tak la desperate sangat. Ada 1 peristiwa jemaah datang lewat ke masjid-takde la lewat sangat tapi solat dah nak start jugak lah. hehe..Lalu tergesa-gesa mencari tempat nak solat. Tiba-tiba menjumpai satu tempat yang kosong. Terus dia menunaikan solat seperti biasa, namun tidak disangka-sangka apabila nak sujud, jemaah tersebut terjunam ke dalam longkang. Ini kerana tikar yang dihamparkan itu menutupi longkang yang hilang penutup besinya. Kedengaran suara-suara kecil menahan ketawa.
Dalam As-Shahihain telah diriwayatkan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa alihi wasallam bersabda:
“Apabila telah ditegakkan solat, (dalam lafaz lain: “Apabila kalian telah mendengar iqamah”), maka berjalanlah, dan wajib atas kalian berjalan dengan tenang. Maka solatlah dengan jumlah raka’at yang engkau capai, dan sempurnakanlah raka’at yang terlewat.” (HR. Al-Bukhari 908, 2/105 dan Muslim 1358, 3/100)
5. Bawak payung.
Persediaan mana tahu hujan ribut petir. Then kalau betul turun hujan, boleh tumpangkan orang lain ke masjid. Dapat pahala free. Kadang-kadang masa pergi tu memang tak hujan. Siap parking pastu keluar je kereta, hujan lebat bagai. So nak stay dalam kereta takut abis pulak solat, so redah sajalah (fikir hujan tak begitu lebat). Tup-tup, pertengahan jalan hujan lebat. Lecun wa cakap lu! Nak solat basah tikar dan karpet. Kesian orang sebelah tambah-tambah jemaah sesak, kena rapat-rapat. Orang lain pun basah sama. Kusyuk dah lari...
6. Pakai baju melayu/kain pelikat/track-suit
Pakai la baju yang menunjukkan kau nak berjumpa dengan Allah.
Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-A'raaf ayat 31 yang tafsirannya:
"Wahai anak-anak Adam pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada setiap kali kamu ke tempat ibadat atau mengerjakan sembahyang, dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau-lampau sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas."
7. Bawak sejadah.
Manusia semakin ramai. Setiap kali solat mesti akan ada saudara kita yang tak muat tempat nak solat. Ada yang solat tepi kolah, permukaan tangga, laluan orang ramai, celah-celah dinding, atas tanah yang batunya tajam-tajam, luar bumbung (panas terik/hujan). Kebiasaan tempat-tempat macam ni basah dek laluan saudara yang baru lepas ambil wudhu ataupun panas sinaran matahari. Kalau kena tempat panas, dah tak boleh nak kusyuk. Otak fikir pasal kepanasan yang akan mereka rasai ketika sujud. Kusyuk dah lari...
8. Tinggal handphone.
Yang ni dah biasa orang dengar. Korang sure penah dengar punya. Biarlah bejuta kali pun tok imam remind jemaah supaya off atau silent handphone, mesti ada yang berbunyi. Bila berbunyi (tambah-tambah mangsa yang duduk sebelah), tentu dah macam-macam terpancul dalam fikiran. Kusyuk dah lari...
9. Bawak duit.
Make sure keluarkan terus duit dari wallet lepas tu simpan dalam poket yang paling senang nak capai. Tidak digalakkan masa tabung masjid sampai baru nak keluarkan duit dari wallet. Mata orang sentiasa memerhati je ape perlakuan di dalam masjid. Nanti simbul pula fitnah. Sedekahlah walaupun RM1.
"Bandingan pemberian orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmatNya) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya".( AlBaqarah : 261 )
10.Bawak hati ikhlas kerana Allah.
Apa-apa je yang kita nak buat, pastikan kerana Allah. Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob radiallahuanhu, dia berkata:
Saya mendengar Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda :"Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung niatnya. Dan sesungguhnya. Setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Maka barangsiapa yang hijrahnya karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa yang hijrahnya karena dunia yang dikehendakinya atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan". (HR. Bukhari dan Muslim).
Tips Solat Jumaat @ Hari Raya di Masjid [Lelaki]
Tuesday, November 8, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment