Hijrah itu Harus (bagi aku)

Sunday, July 18, 2010

Sudah sekian lama aku tak menulis. Nak kata sibuk tak lah juga..Sibuk sikit men-download cerita je. Kini aku sudahpun tidak bekerja di UiTM lagi. Walaupun jasad sudah tiada di sana namun jiwa tetap di meja itu hohoho..Maka, lokasi seterusnya akan mencipta sejarah baru buat aku. Jeng jeng jeng

Bila orang tanya apa perasaan nak masuk tempat keje baru ni, aku pun tak tau nak cakap apa. Rasa macam biasa je. Ntah, aku rindu pulak nak buat aedes survey dengan kawan-kawan dekat UiTM. Lama tak tengok jentik-jentik berjoget.

Walaupun memang tak ada pengalaman langsung dalam dunia ajar mengajar ni, akan aku jadikan ia satu pengalaman baru. Aku tahu bukan kerja mudah jadi 'cikgu' ni. Tugas nak menyampaikan maklumat kepada anak murid dengan cara yang kreatif masih lagi dalam proses 'penggerudian'. Harap-harap diaorang dapat terima aku, InsyaAllah.

Kalaulah benda-benda di opis lama boleh bercakap, nak je aku ucapkan terima kasih dekat kerusi, meja, pc kesayangan aku tuh, pen2, vest, cermin, sinki belakang aku, ikan laga domplam, laci2, tangga, banyak lagi lah.

Pada kawan-kawan aku tak kisah sangat sebab akan still lepak sama kat luar. Bukan jauh, sebelah je pon. Benda2 ni yang aku xdapat nak jmpa lagi. Lepas ni akan ada tuan baru yang amik alih tempat aku tuh. Memang ade sedikit jeles tapi nak buat camne. Dah nama pun harta kerajaan, kalo harta aku, dah lama aku bawak balik terutamanya my lovely PC!

Pengalaman lalu biarkan ianya berlalu sebagai kenangan, sebab terdapat beribu pengalam baru sedang menunggu kita di hadapan sana. Aku akan terus menuntut ilmu, biar sampai beruban rambut, sampai selipar jepun aku putus, sampai bus rapid KL tukar name lain.

SEBAB AKU DAH JATUH CINTA PADA ILMU

No comments:

Papa Panda

Featured Post

Panduan Solat Sunat Tarawih+Witir

Tarawih bererti ‘istirehat’ manakala solat Tarawih pula bermaksud solat yang merehatkan. Dalam melaksanakannya, disunatkan duduk sebentar s...

Back To The...

Back To The...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP