Terlajak basikal boleh gostan?

Tuesday, August 24, 2010

"Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata padah jawabnya"

Seorang teman mencadangkan agar aku mengupas maksud disebalik simpulan bahasa di atas..Ehh betul ke simpulan bahasa? ke peribahasa? Huh..Maaflah, bahasa malaysia aku memang agak kurang sedikit. Sesiapa yang tahu, harap-harap dapat tinggalkan feedback ye. Lepas ni bila orang tanya, aku boleh jawab. Huhuhu Bagi ayat di atas, aku akan cuba menjawab sebagaimana cara Kelbros.

Terlajak perahu boleh di undur..

Ini menunjukkan masyarakat melayu yang mula-mula menggunakan ayat tersebut pada ketika itu berkemungkinan duduk berhampiran muara atau sungai-sungai. Sebab zaman dulu-dulu, dah perahu je dilihat selalu..ulang alik sana sini..jika ada basikal, mesti mereka dah gunakan "terlajak basikal boleh diundur.." namun mereka memilih perahu kerana ketika itu, perahu merupakan pengangkutan utama. Menggunakan objek yang familiar dengan masyarakat sekeliling sememangnya memudahkan mereka dengan gambaran sebenar maksud yang cuba disampaikan.

Ahh..dah mengarut di situ pulak!

Ayat tu actually tak ada kaitan langsung pun dengan perahu, basikal, kereta lembu dan segala macam kenderaan di dunia. Ia cumalah simbolik awalan yang digunakan oleh atok nenek kita dulu-dulu dalam memperkayakan ciri-ciri suatu budaya (bangsa melayu).

Memang betul apa yang orang tua-tua cakap. Lidah lebih tajam dari pedang. Kita boleh iktiraf lidah ni adalah senjata paling tajam kat dunia. Kalah pedang samurai atau parang potong daging kat pasar malam. Sebab lidah dapat melukakan seseorang tanpa menyentuhnya. Dan terkadang, lidah akan melukakan tuan punya lidah jika salah langkah.

Seorang penyair Arab berkata:

وجرح السيف تدمله فيبرا ويبقى الدهر ما جرح اللسان

"Luka kerana pedang jika kamu balut maka diapun akan kembali sembuh dan akan lekang sepanjang masa luka yang diakibatkan oleh lisan"

Amatlah berbisa kata-kata yang terucap dari lidah jika ia disalah erti atau di salah tafsirkan. Malah sangat berbisa dari patukan ular senduk.

Terlajak kata padah jawabnya
Terlajak kata tak berguna lagi
Terlajak kata badan binasa
Macam-macam version. Namun, maksudnya hanya satu.

Yang dikaitkan dengan semua ini adalah sikap manusia yang suka mengadu domba, mengumpat, buat cerita palsu, tuduh menuduh orang, mengeji atau tomahan terhadap mangsa atau tagret groupnya.

Mereka ini bukan jahat sangat sebenarnya, tapi sebab boring tak ada benda nak di cerita maka mencipta gosip memang macam best ditambah pulak si targetnya itu memang tak sebulu dengan dia. Maka POT PET POT PET pun bermula.

Disebabkan itulah, Rasulullah menasihatkan agar kite diam. Kerana diam itu lebih baik dari bercakap (alamak, aku byk cakap lah..nauzubillah). Memang secara natijahnya, manusia akhir zaman akan sentiasa bertindak melampaui batas..bila dah tersalah kata baru menyesal.

Benarlah sabda Rasulullah SAW:

من كان يؤمن بالله و اليوم الآخر فليقل خيرا أو ليصمت

"Barang siapa yang beriman pada Allah dan hari akhir maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam"

Mungkin kata-kata yang kita ucapkan itu hanyalah 2 baris ayat yang memakan masa selama 5 saat untuk dilafazkan namun kesannya kepada yang terasa hati mungkin seumur hidupnya. Kata-kata tu bukan je tak disukai si terasa hati, namun Allah juga murka.

Firman Allah s.w.t.: “Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang yang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka lakukan, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata.” (Surah al-Ahzab 33:58)

Dengan itu, aku berpesan at diri aku sendiri untuk sentiasa menjaga lisan. Bimbang kata-kata yang kita sangka kan "biasa" namun "luar biasa" bagi yang mendengarnya lalu melukakan hati orang lain. Yang lebih penting, bimbang jika kata-kata yang diucap mendatangkan kemurkaan Allah Ta'aala. Nauzubillah..

No comments:

Papa Panda

Featured Post

Panduan Solat Sunat Tarawih+Witir

Tarawih bererti ‘istirehat’ manakala solat Tarawih pula bermaksud solat yang merehatkan. Dalam melaksanakannya, disunatkan duduk sebentar s...

Back To The...

Back To The...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP