Tudung vs Open

Friday, June 8, 2012

Assalamualaikum WBT.

"Wei, orang yang tak pakai tudung, tak semestinya jahat...Orang yang pakai tudung tu tak semestinya baik"

Biasa dah dengar hypothesis seperti di atas. Jom kita try tengok.

Hypothesis 1: Tak semua wanita yang memakai tudung tu baik.
Hypothesis 2: Tak semua wanita yang tidak bertudung tu jahat.

Hypothesis 1: Tak semua wanita yang memakai tudung tu baik.

Saya agak setuju dengan hypothesis ni. Renungkan ayat di bawah:


















Allah tak suruh wanita pakai tudung. Allah suruh wanita tutup aurat. Cuba kita lihat sendiri zaman sekarang, trend wanita especially yang bertudung. Bermacam-macam fesyen. Pakai tudung, baju ketat, nampak celah punggung, baju tanpa lengan, tudung ade lubang di leher etc.

Hypothesis 2: Tak semua wanita yang tidak bertudung tu jahat.

Betul. Mereka taat pada perintah kedua ibu bapa, rajin belajar, menghormati jiran, sentiasa bagi sedekah bila ada orang minta, open minded, bersolat dan sebagainya. Namun satu kekurangannya adalah mereka tidak bertudung atau kata nama lainnya tidak menutup aurat. Masakan seorang yang baik hati seperti ini akan mengingkari perintah tuhannya?

Kesimpulannya di sini

Wahai wanita, renungkanlah ayat al-quran seperti di atas dan hadis Rasulullah SAW seperti di bawah nescaya dengan izin Allah, kamu muslimah yang bertudung akan terus bertudung hingga akhir hayat (menutup aurat dengan sempurna) dan kamu wahai muslimah yang tidak bertudung semoga terbuka hati untuk bertudung.

Jangan dengar bisikan syaitan yang mengatakan blog ini mengutuk wanita yang di ceritakan. Saya tahu di dalam jiwa wanita-wanita di luar sana punyai sekelumit perasaan untuk bertudung atau menutup aurat dengan sempurna suatu hari nanti.

JANGAN sesekali terhasut dengan bisikan syaitan, dengan  mempertikaikan perintah Allah seperti di dalam surah Al-Ahzab ayat 59 seperti di atas. Even satu huruf di dalam Al-Quran dipertikaikan,  telah batal akidah seseorang itu. Nauzubillah....

Rebutlah masa sihat kamu sebelum tiba sakit.

Sabda Rasulullah SAW ketika baginda dalam Israk dan Mikraj yang berbunyi:

"Aku menjenguk ke dalam neraka, maka ku lihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita, yang demikian disebabkan oleh kerana kurang taat kepada Allah dan Rasulullah dan suami mereka dan kerana banyak bertabarruj dedah aurat dan berhias-hias".


Sumber hadis: Dayana Bahazalan,2012. Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Bertudung tetapi berpakaian seperti telanjang.

No comments:

Papa Panda

Featured Post

Panduan Solat Sunat Tarawih+Witir

Tarawih bererti ‘istirehat’ manakala solat Tarawih pula bermaksud solat yang merehatkan. Dalam melaksanakannya, disunatkan duduk sebentar s...

Back To The...

Back To The...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP