Kisah Burung Pipit & Nabi Ibrahim

Saturday, June 2, 2012

Spesis: Burung pipit

Nama saintifik: Passer (true sparrow)

Zaman Nabi Ibrahim

Sejarah: Semasa Nabi Ibrahim sedang dibakar oleh Raja Namrud yang zalim, seekor burung pipit berulang-alik daripada sebuah kolam ke lembah tempat Nabi Ibrahim sedang dibakar dengan membawa air kolam tadi dalam paruhnya yang kecil.

Kejadian ini dilihat oleh malaikat Jibril a.s. dan Jibril bertanya kepada sang pipit, adakah air itu mampu untuk memadamkan api yang marak dan besar itu?

Lalu sang pipit menjawab, yang dia tahu bahawa air yang dibawa tidak terpadamkan api yang ganas itu. Namun, sekurang-kurangnya saya telah menjalankan tanggungjawabnya, tidak berdiam diri apabila melihat kekasih Allah dizalimi oleh orang kafir.

Iktibar dan Pengajaran:

1) Sebagai seorang insan yang mengaku beragama Islam, apakah usaha kita untuk menegakkan syiar kebenaran Islam? Adakah kita hanya berpeluk tubuh bila Islam dihina dan dicerca?

2) Usaha yang kecil, namun dikerjakan secara berterusan. Lebih baik ertinya daripada usaha yang kelihatan besar namun dikerjakan sekali-sekala. bagaimana pun, ia lebih baik daripada langsung tidak berbuat apa-apa…

3) Ada juga insan yang merasa takut untuk menegur pemimpin kerana beliau berfikir beliau hanyalah seorang insan kerdil yang tidak punyai pangkat atau jawatan.

Credit to: pemudasarawak.wordpress.com (Tazkirah Ramadhan – Kisah Burung Pipit)

No comments:

Papa Panda

Featured Post

Panduan Solat Sunat Tarawih+Witir

Tarawih bererti ‘istirehat’ manakala solat Tarawih pula bermaksud solat yang merehatkan. Dalam melaksanakannya, disunatkan duduk sebentar s...

Back To The...

Back To The...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP