Pokok? Daun? So what?

Wednesday, January 19, 2011

Masa aku kecik-kecik dulu, memang tak terlepas dengan aktiviti lasak dan binatang buas. Disebabkan zaman dulu-dulu masih terdapat banyak pokok-pokok renek (tak seperti zaman sekarang..manusia asik menebang pokok je..) aku kerap kali mencantas pokok-pokok ni dengan sesuka hati.

Kadang-kadang kalau berjalan saja-saja di tepi-tepi pokok tu, tangan laju je cari batang kayu atau ranting pokok untuk nak melibas pokok-pokok yang ada di sekitar. Memang tak senonoh betul aktiviti tersebut.

Tibalah suatu ketika, mungkin dah 20 tahun yang lalu agaknya..tak ingat lagi ntah bila dan di mana, kata-kata seorang ustaz

"tumbuhan pun bertasbih untuk hidup"

Mungkin mase aku dengar tu pemikiran masih tak matang. Tapi ayat tu memang meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam hidup aku seterusnya mengubah tingkahlaku dan amalan nakal aku ketika aku mula dewasa.

Bila pandang tumbuh-tumbuhan especially daun-daun hijau dan bunga raya, rasa sedih atas ape yang penah aku buat dulu pada nenek moyang mereka. Melibas tanpa belas kasihan.Woouuaaarrr!!! (mood ganaz) Bunga ros tu siap cincang-cincang sampai hancur sebab nak buat air sirap untuk main masak-masak. Hehehehe

“Dan tumbuh-tumbuhan dan pohon-pohonan kedua-duanya tunduk kepada-Nya.” (Q.S Ar-Rahman [55]: 6)

Bila teringat kata-kata ustaz tu, timbul rasa jeles. Tumbuhan pun sentiasa bertasbih. Aku tak pun. Tapi Allah bagi hidup. Tumbuhan dah la rajin bertasbih tapi aku yang malas ni hukum dia pulak. Bunuh pulak tu. Walaupun aku malas tapi Allah tak hukum aku pun. Betapa pengasihnya Allah kan?

Apa-apa pun makhluk ciptaan Allah tentu bukan dicipta secara sia-sia. Tentu ada hikmahnya yang tak tercapai akal aku ketika tu. Dan aku baru sedar yang tumbuhan ni pun macam manusia, dicipta untuk sesuatu dan punyai kehendak dan perasaan.

Dikisahkan ketika Nabi SAW pindah mimbar yang asal untuk menyandar pada sebuah pohon kurma maka pohon kurma itu diriwayatkan sangat sedih dan menangis kerana ia telah ditinggalkan sebagai alat bantu Rasulullah SAW dalam menyampaikan ilmu kepada para sahabatnya.

Alhamdulillah, Sejak aku masuk sekolah menengah sampai sekarang, aku tak pernah sekalipun memetik, mengoyak, menyebat, menyepak, menampar mana-mana tanaman, pokok bunga atau yang berkaitan tanpa tujuan. Terima kasih Allah.

Dan dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan Maka kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang korma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah dan (perhatikan pulalah) kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman. (Q.S.Al-An’am:95)

4 comments:

NJ said...

mcm mne klau potong rumput yang dah panjang kat halaman rumah????

Amir Arshad said...

hehe potong rumput tu kena la. Kalau tak potong nanti panjang pula. Tak aesthetic dan bakal mengundang haiwan-haiwan yang tak sepatutnya ada. Bakal memudaratkan jika di biarkan betul x? So kite mencantas rumput2 tu atas alasan yang baik. Marilah memotong rumput! hehehe

Anonymous said...

bagaimana pula mencantas lalang2 di kebun.semak samun.bagaimana?hehe

Amir Arshad said...

Puan Capa: tujuan nya juga adalah sama seperti yg tertera di atas :)

Papa Panda

Featured Post

Panduan Solat Sunat Tarawih+Witir

Tarawih bererti ‘istirehat’ manakala solat Tarawih pula bermaksud solat yang merehatkan. Dalam melaksanakannya, disunatkan duduk sebentar s...

Back To The...

Back To The...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP