Nama anak kita

Monday, December 20, 2010

Kali ni aku cuba nak bercerita tentang anak. Walaupun aku tak ada anak lagi sebab belum nikah tapi ada satu topic pasal anak yang orang bujang boleh bercerita... hahaha meh sini aku nak habaq. Ibu bapak zaman sekarang sangat kreatif. Kenapa aku cakap macam tuh? Sebab aku amat tertarik dengan trend nama anak-anak zaman sekarang.

Panjang dan sedap.

Dan biasanya nama anak-anak zaman sekarang ni suku kata dia mesti lebih dari satu perkataan. Contohnya; Syafiq Aiman Shah Bin Mat Saat (bukan nama sebenar). Azrul Danial Iskandar Bin Karim (bukan nama sebenar). Kalo ade lebih dari tu aku tak pernah jumpa le lagi.

Antara nama yang agak popular di zaman ini adalah seperti denial, aiman, damia, elisya, qiestyna, (ape lagi ha??). Hah, itu je yang dapat aku dapat pikir buat mase ni. Kalo ade sape-sape yang tahu lagi, bagi komen kat bawah tu ye. Korang kan ade ramai anak buah.

~iklan mula~

Tahniah kat kawan aku KAM yang baru dapat baby perempuan sulung semalam. Mabruk my fren! Semoga jadi bapak yang solehah.

~iklan tamat~

Memang banyak kelebihan nama anak yang panjang-panjang ni. Bila ada emergency (satu klas ada nama yang sama), diaorang boleh guna suku kata yang lain yang ade pada nama diaorang tuh. Contoh satu clas tu ada 3 orang danial, so sorang ni ambil nama dia yang lain yang berlainan dengan 2 orang tadi. Tapi make sure kena ‘lat talilat’ dulu sape boleh pakai nama tuh. Maka guru-guru tidak akan menghadapai masalah untuk check attendance.. Wakakaka...

Namun tak kurang juga ada yang menamakan anak-anak mereka se-simpel yang mungkin. Contoh macam Aishah bte Ahmad, Solehah Bte Azmi, Khairunnisa Bte Husin (bukan nama sebenar). Simpel kan? Aku suka kategori macam ni. Simpel.

Disini aku ingin cadangkan beberapa nama yang menarik untuk bakal bapa atau ibu yang berada di luar sana. Mane lah tahu ada diantara korang (bakal menimang cahaya mata) tengah dok brainstorming cari nama anak yang sesuai.

Walaubagaimanapun ini hanyalah sekadar cadangan. Terpulang pada korang semua nak dengar atau tak. Ini disebabkan trend nama yang cuba aku sampaikan ni macam dah tak popular dengan zaman sekarang. Cuma just nak naikkan kembali nama-nama agung di bumi.

Anak Lelaki

• Muhammad
• Abu Bakar
• Umar
• Uthman
• Ali
• Uwais al-Qarni
• Bukhari
• Ahmad
• Hambali
• Nama-nama nabi Ulul Azmi
• Nama-nama sahabat Nabi Muhammad SAW yang lain
• Nama-nama ahli kitab (imam muslim, imam ahmad etc)
• Nama-nama alim ulamak (Qardawi, Fadzil Noor)

Anak Perempuan

• Khadijah
• Aisyah
• Rabiatu Adawiyyah
• Zinnirah
• Fatimah
• Maryam

Menurut hadis riwayat Abu Daud:

Berikanlah nama anak dengan nama para nabi. Sebaik nama di sisi Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman. Yang bagus ialah Harith (حارث) dan Hammam (همام) manakala yang buruk ialah Harb dan Murrah

Sebahagian ulamak menyatakan bahawa sebaik-baik nama ialah nama yang dipuji seperti Ahmad, Muhammad, Mahmud dan Hamadah, serta nama yang disembah seperti Abdullah, Abdul Basit, Abdul Razak dan lain-lain.

Sunat juga dikun-yahkan nama anak sebagai gelaran kita, contohnya sekiranya nama anak ialah Hafiz, maka si bapa digalakkan memakai gelaran Abu Hafiz. Antara hikmahnya menurut Abdullah Nasih Ulwan ialah menghadirkan rasa hormat anak kepada si bapa serta beberapa kesan psikologi yang lain. Yang disunatkan ialah kepada anak yang sulung. Boleh juga si bapa menggelar dirinya dengan kun-yah nama lain, seperti Abu Bakar al-Siddiq yang tiada pun mempunyai nama anak bernama Bakr serta Abu Hafs bagi Umar al-Khattab yang tidak mempunyai anak bernama Hafs (sumber dari blog brother adibfana Melihat…Menafsir…)

Ini je yang mampu aku kongsikan yang hakikatnya korang pun dah tahu. Rasanya korang semua lagi banyak tahu dari aku. Diharapkan agar suatu masa nanti, akan ada diantara nama-nama agung berikut yang dapat menerajui kepimpinan negara Malaysia dan bakal menaikkan semula syiar Islam. InsyaAllah.

2 comments:

NJ said...

aiman harith and ainul mardiah sounds good kan???

Amir Arshad said...

Ya..sangat sedap nama ainul mardiah tuh..tu nama bakal anak tuh! hehehe

Papa Panda

Featured Post

Panduan Solat Sunat Tarawih+Witir

Tarawih bererti ‘istirehat’ manakala solat Tarawih pula bermaksud solat yang merehatkan. Dalam melaksanakannya, disunatkan duduk sebentar s...

Back To The...

Back To The...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP