Hujan dan aku

Sunday, December 19, 2010

Sesungguhnya setiap hari-hari yang aku lalui, amat bermakna buat diri sendiri. Ditambah pula diserikan dengan suasana yang paling aku sukai iaitu hujan. Wahh..aku sangat suka kan pada hujan. Mintak maaf ya kepada kumpulan indie band hujan. Ianya bukan anda, tetapi butiran molekul-molekul oksigen dan hidrogen dari celahan awan. Itu lah hujan sebenar yang mendapat perintah dari Allah untuk gugur ke bumi.

Ketenangan yang hadir pada ketika hujan turun tak dapat nak dihuraikan dengan kata-kata. Tuan empunya jiwa itu sendiri yang dapat menafsirkan mengikut gerakkan hatinya sendiri.

Aku sering tertanya-tanya pada diri sendiri. Kenapa aku terlampau suka pada hujan? Sampai sekarang aku masih belum menemui jawapan kepada persoalan tersebut. Adakah aku di lahirkan pada waktu hujan turun? Atau ada sesuatu yang istimewa tentang hujan yang berkait rapat dengan aku yang aku sendiri tak tahu? Wallahualam.

Seingat aku,aku pernah terjatuh yang sangat kuat ketika bermain bola 12 tahun yang lalu. Disebabkan insiden tersebut, aku tidak boleh lagi berlari dalam hujan. Sadis betul! Namun, perkara itu tak sedikit pun menggugat perasaan suka aku pada hujan.

Hujan itu suatu nikmat yang Allah kurniakan kepada seluruh umat manusia. Tiada satu pun yang terkecuali. Setiap apa yang Allah cipta dan kurniakan kepada manusia bukanlah sekadar 'suka-suka'. Tentu ada hikmah di sebalik kejadian alam tersebut. Satu yang pasti adalah, kerana kasih sayang dan rahmat Allah kepada hambanya. Dan manusia di galakkan untuk melihat dan berfikir terntang kebesaran Allah.

Aku berasa sangat seronok apabila menjumpai satu ayat yang berkaitan dengan hujan dan perasaan aku.

Allah, Dialah yang mengirim angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya, maka apabila hujan itu turun mengenai hamba-hamba-Nya yang dikehendakiNya, tiba-tiba mereka menjadi gembira.Ayat ke-48 Surah Ar Ruum

2 comments:

aal said...

sy pun suke hujan..tak taw nape.. rasa tenang je bile tengok hujan..tengok setiap titis air hujan yg turun..
selain tengok hujan,sy jugak ske tengok pokok2..kalo duk dlm kete,asyik tgok kat tingkap je...rasa tenang dan best.. :)

Amir Arshad said...

Betul. Ketenangan tu hadir bila tahu hujan turun. Bila tahu je terus cakap alhamdulillah. Ya, pokok..ada sesuatu yang nak saya tulis tentang pokok. Thanks for reminder!

Papa Panda

Featured Post

Panduan Solat Sunat Tarawih+Witir

Tarawih bererti ‘istirehat’ manakala solat Tarawih pula bermaksud solat yang merehatkan. Dalam melaksanakannya, disunatkan duduk sebentar s...

Back To The...

Back To The...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP