Temanku Nikah

Sunday, November 22, 2009

Di sini aku ingin ucapkan
"tahniah dan selamat pengantin baru"

pada Fairus Nida Abdullah dan pasangan. Semoga ikatan yang dibina akan kekal untuk selamanya. Maaf kerana takleh nak datang sebab macam jauh je..hehehe anyway kad aku rasanya telah pun sampai ke peti surat rumah si pengantin.

Mahal tau kad tu..RM3.20..hehehe yang penting niat.

Wahh..ramai sudah teman-teman yang telah mendirikan rumah tangga. En. Anam dan Puan Farhana dah ada Damia, En. KE dan Puan Kupa bakal menjelang tahun depan, En.Jack dan Cik Na InsyaAllah tahun depan nikah. Aku pun InsyaAllah tahun...lain-lain tahun lah..hahaha

Bercakap pasal nikah ni..serangan soalan bertubi-tubi adalah biasa bagi aku. Tidak terlepas juga pada parent aku..jiran-jiran, saudara mara, menteri-menteri kabinet, dan pihak-pihak berwajib. Soalan lazim upper 6

1. "Bila anak hang nak kawin?"
2. "Hang bila pulak? sepupu sepapat hang dah setel dah"
3. "Lewat dah hang ni.."
4. "Hang ni bila nak dapat menantu?"
5. "Hang dengan kakak bila nak kawin?"

Segala persoalan ni aku jawab dengan senyuman manis yang paling sinis seperti kanak-kanak kecil yang menjeling nak beli robot di pasar raya jusco.

Sape taknak menikah??? Aku nak jugak!!

Nabi berfirman,mafhumnya:

"Berkahwinlah kamu,kerana sesungguhnya aku bangga dengan umat yang banyak.Janganlah kamu menjadi seperti para Rahib kaum Nasrani",(Riwayat Baihaqi daripada hadith Abi Umamah)

.....Cuma.....

mungkin belum tiba masa untuk aku gamaknya.
Bila orang tanya..

"Ko ni nak pompuan cam mane?"
"Kan ramai kawan-kawan ko yang single lagi tuh.."
"Memilih sangat ni"

Hohoho..untuk nak jadikan awek..pakwe..makwe..tak perlu memilih..tapi bila sentuh pasal bakal isteri..wajib bagi aku memilih! Isteri bukan terletak atas status saja..tapi atas tanggungjawab si suami dan si isteri.

"Eleh sibuk nak pilih2"
"Ishh..mesti kena pilih!"

Bagi lelaki pula untuk memilih jodoh,Rasullullah telah berpesan kepada kita dalam hadisnya yang mana bermaksud:

"Seorang wanita dikahwini kerana empat perkara,kerana harta,kecantikkannya,kerana akhlak dan kerana agamanya.Kahwinilah seorang wanita itu kerana agamanya kerana engkau akan dapat memperoleh ketenteraman.(Riwayat al-Bukhari)

Si isteri tu bukan je sebagai teman hidup..isteri juga adalah

* Yang akan menjaga kita masa kita dah sakit/nazak
* Yang akan melahirkan zuriat-zuriat kita
* Yang sentiasa mengingatkan kita bila kita terlupa
* Yang sentiasa mengejutkan kita untuk bangun Tahajjud
* Yang akan sentiasa di sisi kita bila susah dan senang
* Yang akan mencium dahi kita ketika kita dikafankan
* Dan yang akan sentiasa mendoakan kita selepas kita meninggal

Hah! kalau korang dah jumpa ciri-ciri macam tu, Alhamdulillah..semoga hubungan suami isteri korang itu diberkahi Allah.

Nak mencari jodoh tuh, Bagi aku, aku tak bimbang sebab setiap orang punyai jodohnya masing-masing..Kalau tiada jodoh di dunia, mungkin juga di alam kekal abadi? di syurga..cewah..macam layak je nak masuk syurga? manis mulut betol!~huhuhu takut ooo tak dapat masuk syurga...InsyaAllah, dengan izinNya, aku dan akak akan ada famili sendiri satu hari nanti. Kita hanya merancang, Perancangan Allah lebih agung..kerana Allah Maha Mengetahui

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)" Surah An-Nuur ayat 26.

No comments:

Papa Panda

Featured Post

Panduan Solat Sunat Tarawih+Witir

Tarawih bererti ‘istirehat’ manakala solat Tarawih pula bermaksud solat yang merehatkan. Dalam melaksanakannya, disunatkan duduk sebentar s...

Back To The...

Back To The...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP