Buat pertama kalinya, aku telah menjumpai UBAN di kepalaku. Ini menandakan aku sudahpun tua. Alhamdulillah..Rupanya dah lama jugak aku hidup kat atas muka bumi nih.
Tapi dah cukup ke amalan aku? Buatnya Allah ambil nyawa sekarang..jem..memang jem..
Bila dah ternampak uban, mestilah nawaitu itu kuat untuk mencabutnya..haha (Berusahalah!!). Pemerhatian diberikan sepenuhnya untuk mencari sehelai rambut putih di jutaan rambut hitam. walaupun tidak banyak, aku yakin bahawa ianya akan muncul kembali. Tapi..kenapa mahu cabut?
Bukan malu mengatakan diri ni sudah tua. Cuma teruja dengan kehadiran petanda baru itu(play safe..hehe).Cakap-cakap pasal tua ni, teringat sabda Nabi Muhammad SAW yang lebih kurang maksudnya:
"Ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara"
Apa ya? Raihan kan ade nyanyi lagu nih..(tengah nyanyi) "Ingat lima perkara..sebelum lima perkara.."
--Sihat sebelum Sakit--
--Muda sebelum Tua--
--Kaya sebelum Miskin--
--Lapang sebelum Sempit--
--Hidup sebelum MATI--
Ohh..lagu tu..memang tau sangat. Mamat ni hafal je tapi bukan ingat pun masej yang disampaikan. Banyak ingat dunia je..sebab dia rasa dunia tu penting..akhirat tak penting.Apa nak jadi ni?
1. Sihat sebelum sakit
Masa sihat, semua benda nak buat..buat apa? buat maksiat. Tengoklah perompak, peragut, kaki dangdut dan yang se-angkatan dengan mereka. Adakah mamat perompak yang tengah nak samun kedai emas tu masih dalam rawatan operation jantung? Adakah kaki dangdut yang tengah sedap bergelek-gelek dengan minah seksi sedang mengalami demam panas? Tidak..Ini kerana mereka semua sihat.
Bila kaki air kencing setan kena tahan dalam wad sebab masalah kesihatan..tibe-tibe kawan dia coll..
"Mat, jom lepak pekena Vodka mlm ni..aku menang jackpot..jangan risau, aku settle"..
Si Mat pun jawab, "Sori le bro, aku tak sihat la..len kali rr.."
Lihat..sebab sakit, dia terlepas dari nk pergi buat maksiat..Sakit ni nikmat sebenarnya..
2. Muda Sebelum Tua
Berapa banyak masa muda yang telah aku abiskan dekat surau? masjid? majlis ilmu? atau dekat kedai game? siber cafe? karaoke? stadium bola? Club? Ada orang kata, "ape mahu risau..hari masih muda..bila nak mati nanti baru lah bertaubat..duduk belajar ugama dekat pondok, pergi haji ke..bla..bla.."
Persoalannye..Sihat ke time tu? Time2 tua nak mampus larat lagi ke? Time otak dah dungu..boleh ingat ke ilmu maakulat? munazoroh? hukum tajwid? Time dah kena gaut, mampu lagi nak tawaf kaabah?
Sekarang ni tengah muda, kuat, hensem, kacak dan bergaya dengan penuh unggul..Isikan masa muda dengan buat amal..belajar agama dikala otak masih fresh, Pergi tunaikan Haji bila masa badan masih bertenaga..
3. Kaya sebelum Miskin
Korang kaya? Alah..tu harta mak bapak korang..Miskin? Apa masalahnya? Kan lebih bagus jadi orang miskin yang sentiasa ingat Allah dari jadi billionair yang tak sembahyang.
Rasanya doa ni tak begitu populer sepertimana populernya Siti Norhaliza..Nabi Muhammad pernah berdoa
Allahumma ahyini miskinan…. "Ya Allah, hidupkan aku miskin. Matikan aku miskin. Dan kumpulkan aku (kelak di Padang Mahsyar) ke dalam kelompok kaum miskin".
Tengok, Kekasih Allah pun boleh mintak macam tuh..Kite hamba yang hina dan banyak dosa ni?Sibuk nak cari harta..dan kebanyakannyalah, bila dah banyak harta, lupa tuhan. Lupa ke sape yang bagi nikmat tuh?
Sape yang nak jadi miskin? Angkat tangan!!
1,2,3,...ehhh..tu kenapa angkat tangan tapi turun semula?
4. Lapang sebelum Sempit
Lapang sebelum sempit ni bukan pasal isu tanah surau yang lapang lalu dirombak menjadi sempit..atau berkenaan saiz seluar dalam atau baju t-shirt yang makin sempit! Lapang tu adalah masa lebih (bukan OT)atau masa lapang yang senang.
Jom kite try tanya..
"Mat slalunye time free ko watpe?"
"Dating le bro..awek aku kalo tak jumpe aku sehari mane leh duduk diam"
"Kau plak Mut?"
"Aku? Lepak umah je main facebook, friendster, tagged, Myspace..bla..bla.."
"Kau Min?"
"Aku main bola la..ala bro, ko mcm tak tau plak..tu je game yang aku boleh main.."
Tu jawapan biase la..skema pemarkahan dia pun serupa je. Ade lagi yang mengisi masa lapang dengan pelbagai aktiviti berfaedah.. diaorang (aku le tuh) lebih suka ke SOGO dan Lowyat dari nak pergi ceramah agama yang ade setiap minggu kat surau/masjid, dok belek majalah Mangga, pamplete AVON, cari Downline, lepak Mamak and macam-macam lagi..lagi best bile kumpul ramai-ramai, bile dah cukup korum..mari kita mengumpat!!! hahaha..Indah sungguh aktiviti masa lapang ni. Baik pergi baca iqrak ramai-ramai..takpun pergi kacau sup ayam sambil zikir asmaul-husna. Kan lebih berkat.
5. Hidup sebelum mati
Yang ni, sama-sama la kita pikir sendiri.
Bila..aku sudah tua
Thursday, November 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment