Pagi tadi aku 'terjumpa' kuih feveret aku..kuih peneram..Aku dengan tanpa segan silu memakan kuih tersebut. Namun proses kunyahan itu terbantut kerana deria rasa memberitahu makanan ini tidak menepati piawai yang ditetapkan oleh memori. Nak tak nak aku cuba habiskan jua walaupun hanya sekeping.
Sekeping? Ya..Tak seperti satu ketika dahulu..
Dahulunya, aku seorang saja boleh makan 2-3 bungkus sekali gus. Percaya atau tidak, itulah realitinya. Kuih peneram tu di buat oleh seorang yang aku sangat sayang..Arwah atok aku, Hajah Sapiah. Bila teringat balik kenangan aku dengan arwah atok sedih pulak rasa.
Mula-mula dulu aku bukan suka makan kuih ni. Sebab rasa dia yang manis gula merah. Aku tak minat sangat makan kuih yang manis-manis ni. Tambahan pula, ciri fizikal kuih tu yang nampak sangat tak menarik. Bentuk dah la macam donut penyet, hitam pulak tu.
Perasaan cinta kepada kuih ni wujud masa aku bersekolah di Perak. Setiap cuti sekolah atau hujung minggu, aku akan balik rumah atok. Atok seorang penjual kuih peneram. Kuih dia sangat terkenal di kawasan pekan Selama, Perak. Walaupun begitu, aku tak pernah cuba untuk rasa.
Ada sekali tu, musim cuti, macam biasa aku balik rumah atok, sampai je kampung, arwah atok dengan arwah tokwan tengah masak kuih peneram dekat depan rumah. Aku pun dok asyik tengok cara arwah atok dan tokwan masak.
Aku tanya kat arwah atok, susah tak buat kuih ni..Atok kata kalau nak tau, malam ni teman atok buat. Aku pun ok je sebab masa tu, just aku sorang je cucu yang ada kat kampung. Yang lain-lain semua di KL atau di rumah keluarga masing-masing.
Malam tu aku tolong atok buat kuih peneram. Sangat penat! Tapi atok cool je, maybe sebab dia dah biasa buat. Aku tolong atok uli tepung tuh, penyet-penyetkan tepung, bentukkan tepung tu jadi bentuk bulat-bulat guna ada satu besi tuh. Di tengah-tengah kuih tu aku cucuk dengan benang punya batang tuh..so jadi la macam bentuk donut.
Then bila time masak, aku sendiri yang masak, atok tolong pilih mana yang bentuk kuih yang tak elok, atok asingkan. Panas ya amat tak tau nak kata la, tapi puas la, kuih yang aku buat penat-penat dengan atok dah siap masak. Ada bentuk yang cantik tu, bila dah masak, warna coklat keemas-emasan..Memang puas hati betul..
Then, sekali aku pilih satu and aku rasa.......sedapnya.......sedapnya atok! Sedap sangat kuih ni..Atok senyum je. Masa nak packing kuih tu masuk plastik, atok guna cara tradisional je. Atok guna lilin. Bila dah masukkan 15 ketul kuih peneram dalam plastik, hujung plastik tu dilipat pastu salai dekat lilin. Maka siap satu per satu bungkus.
Masa aku tolong atok, aku rasa lagi banyak aku makan dari aku tolong atok bungkus. hehehe Atok siap tegur lagi, "hang makan yang kemik-kemik tu..yang cantik tu nak jual" Hehehe Orite atok! Aku suka sakat atok pompuan ni sebab arwah sangat sporting. Even dia tak tahu speaking, kalau aku speaking, dia ajuk balik cakap aku, pastu dia gelak. Hehehe
Masa belajar di Perak, itulah aktiviti hujung minggu aku, balik kampung tolong atok dan tokwan buat kuih peneram. Sejak tu lah aku suka makan kuih peneram. Even sekarang atok and tokwan dah takde, kenangan istimewa tu aku ingat sampai sekarang. TQ Atok & Tokwan.
Al-Fatihan untuk Arwah Hj. Husaini & Hjh. Sapiah.
- Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihi
- Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam
- Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihi
- Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat)
- Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan
- Tunjukilah kami jalan yang lurus
- Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
1 comment:
org dulu2 dan org2 skrg buat...lain sgt!!!!al fatihah.mg ditempatkan dikalangan orang2 beriman.
Post a Comment