Target Organ Ad-Dunya-Toxicity

Monday, December 27, 2010

Ya.. Allah dengan berkat Nabi-Mu dan berkat guruku
Luruskanlah hatiku, agar agamaku lurus
Betulkanlah hatiku, agar ku ikhlas selalu
Tetapkanlah hatiku, agar ku tak tergugat
Dengan ujian yang menimpa

Ya.. Allah, Tuhan yang mencipta hati
Bersihkanlah hatiku, agar masmumahku
Tidak merosakkan agamaku
Dan juga tidak merosakkan kehidupan orang lain

Wahai Tuhan yang membolak - balikkan hati kuatkanlah hatiku
Agar keyakinanku tak berobah
Supaya aku sentiasa tabah

Tuhan, Engkau resapkanlah hatiku
Sentiasa bersama-Mu
Supaya aku rasa, ada kawan melindungku
Agar aku tak rasa sepi di dalam hidupku

Aku merasa malu melanggar perintah
Dan aku sentiasa siap siaga menunaikan suruhan-Mu

Ya... Allah, Tuhan yang menjaga hati
Baikilah hatiku, agar seluruh hidupku menjadi baik
Supaya tidak khianat, dan tidak hasat dan tidak berdendam sesama manusia

Tuhan, limpahkan kedalam hatiku
Ilmu dan hikmah
Hingga aku dapat menyuluh hati dan menyuluh kehidupanku
Supaya lahir batinku bersyariat
Agar lahir batinku menjadi taat
Tuhan aku harap Engkau kabulkanlah doaku ini

Artis: Mawaddah
Tajuk: Luruskan Hatiku Tuhan

Read more...

Nama anak kita

Monday, December 20, 2010

Kali ni aku cuba nak bercerita tentang anak. Walaupun aku tak ada anak lagi sebab belum nikah tapi ada satu topic pasal anak yang orang bujang boleh bercerita... hahaha meh sini aku nak habaq. Ibu bapak zaman sekarang sangat kreatif. Kenapa aku cakap macam tuh? Sebab aku amat tertarik dengan trend nama anak-anak zaman sekarang.

Panjang dan sedap.

Dan biasanya nama anak-anak zaman sekarang ni suku kata dia mesti lebih dari satu perkataan. Contohnya; Syafiq Aiman Shah Bin Mat Saat (bukan nama sebenar). Azrul Danial Iskandar Bin Karim (bukan nama sebenar). Kalo ade lebih dari tu aku tak pernah jumpa le lagi.

Antara nama yang agak popular di zaman ini adalah seperti denial, aiman, damia, elisya, qiestyna, (ape lagi ha??). Hah, itu je yang dapat aku dapat pikir buat mase ni. Kalo ade sape-sape yang tahu lagi, bagi komen kat bawah tu ye. Korang kan ade ramai anak buah.

~iklan mula~

Tahniah kat kawan aku KAM yang baru dapat baby perempuan sulung semalam. Mabruk my fren! Semoga jadi bapak yang solehah.

~iklan tamat~

Memang banyak kelebihan nama anak yang panjang-panjang ni. Bila ada emergency (satu klas ada nama yang sama), diaorang boleh guna suku kata yang lain yang ade pada nama diaorang tuh. Contoh satu clas tu ada 3 orang danial, so sorang ni ambil nama dia yang lain yang berlainan dengan 2 orang tadi. Tapi make sure kena ‘lat talilat’ dulu sape boleh pakai nama tuh. Maka guru-guru tidak akan menghadapai masalah untuk check attendance.. Wakakaka...

Namun tak kurang juga ada yang menamakan anak-anak mereka se-simpel yang mungkin. Contoh macam Aishah bte Ahmad, Solehah Bte Azmi, Khairunnisa Bte Husin (bukan nama sebenar). Simpel kan? Aku suka kategori macam ni. Simpel.

Disini aku ingin cadangkan beberapa nama yang menarik untuk bakal bapa atau ibu yang berada di luar sana. Mane lah tahu ada diantara korang (bakal menimang cahaya mata) tengah dok brainstorming cari nama anak yang sesuai.

Walaubagaimanapun ini hanyalah sekadar cadangan. Terpulang pada korang semua nak dengar atau tak. Ini disebabkan trend nama yang cuba aku sampaikan ni macam dah tak popular dengan zaman sekarang. Cuma just nak naikkan kembali nama-nama agung di bumi.

Anak Lelaki

• Muhammad
• Abu Bakar
• Umar
• Uthman
• Ali
• Uwais al-Qarni
• Bukhari
• Ahmad
• Hambali
• Nama-nama nabi Ulul Azmi
• Nama-nama sahabat Nabi Muhammad SAW yang lain
• Nama-nama ahli kitab (imam muslim, imam ahmad etc)
• Nama-nama alim ulamak (Qardawi, Fadzil Noor)

Anak Perempuan

• Khadijah
• Aisyah
• Rabiatu Adawiyyah
• Zinnirah
• Fatimah
• Maryam

Menurut hadis riwayat Abu Daud:

Berikanlah nama anak dengan nama para nabi. Sebaik nama di sisi Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman. Yang bagus ialah Harith (حارث) dan Hammam (همام) manakala yang buruk ialah Harb dan Murrah

Sebahagian ulamak menyatakan bahawa sebaik-baik nama ialah nama yang dipuji seperti Ahmad, Muhammad, Mahmud dan Hamadah, serta nama yang disembah seperti Abdullah, Abdul Basit, Abdul Razak dan lain-lain.

Sunat juga dikun-yahkan nama anak sebagai gelaran kita, contohnya sekiranya nama anak ialah Hafiz, maka si bapa digalakkan memakai gelaran Abu Hafiz. Antara hikmahnya menurut Abdullah Nasih Ulwan ialah menghadirkan rasa hormat anak kepada si bapa serta beberapa kesan psikologi yang lain. Yang disunatkan ialah kepada anak yang sulung. Boleh juga si bapa menggelar dirinya dengan kun-yah nama lain, seperti Abu Bakar al-Siddiq yang tiada pun mempunyai nama anak bernama Bakr serta Abu Hafs bagi Umar al-Khattab yang tidak mempunyai anak bernama Hafs (sumber dari blog brother adibfana Melihat…Menafsir…)

Ini je yang mampu aku kongsikan yang hakikatnya korang pun dah tahu. Rasanya korang semua lagi banyak tahu dari aku. Diharapkan agar suatu masa nanti, akan ada diantara nama-nama agung berikut yang dapat menerajui kepimpinan negara Malaysia dan bakal menaikkan semula syiar Islam. InsyaAllah.

Read more...

Hujan dan aku

Sunday, December 19, 2010

Sesungguhnya setiap hari-hari yang aku lalui, amat bermakna buat diri sendiri. Ditambah pula diserikan dengan suasana yang paling aku sukai iaitu hujan. Wahh..aku sangat suka kan pada hujan. Mintak maaf ya kepada kumpulan indie band hujan. Ianya bukan anda, tetapi butiran molekul-molekul oksigen dan hidrogen dari celahan awan. Itu lah hujan sebenar yang mendapat perintah dari Allah untuk gugur ke bumi.

Ketenangan yang hadir pada ketika hujan turun tak dapat nak dihuraikan dengan kata-kata. Tuan empunya jiwa itu sendiri yang dapat menafsirkan mengikut gerakkan hatinya sendiri.

Aku sering tertanya-tanya pada diri sendiri. Kenapa aku terlampau suka pada hujan? Sampai sekarang aku masih belum menemui jawapan kepada persoalan tersebut. Adakah aku di lahirkan pada waktu hujan turun? Atau ada sesuatu yang istimewa tentang hujan yang berkait rapat dengan aku yang aku sendiri tak tahu? Wallahualam.

Seingat aku,aku pernah terjatuh yang sangat kuat ketika bermain bola 12 tahun yang lalu. Disebabkan insiden tersebut, aku tidak boleh lagi berlari dalam hujan. Sadis betul! Namun, perkara itu tak sedikit pun menggugat perasaan suka aku pada hujan.

Hujan itu suatu nikmat yang Allah kurniakan kepada seluruh umat manusia. Tiada satu pun yang terkecuali. Setiap apa yang Allah cipta dan kurniakan kepada manusia bukanlah sekadar 'suka-suka'. Tentu ada hikmah di sebalik kejadian alam tersebut. Satu yang pasti adalah, kerana kasih sayang dan rahmat Allah kepada hambanya. Dan manusia di galakkan untuk melihat dan berfikir terntang kebesaran Allah.

Aku berasa sangat seronok apabila menjumpai satu ayat yang berkaitan dengan hujan dan perasaan aku.

Allah, Dialah yang mengirim angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya, maka apabila hujan itu turun mengenai hamba-hamba-Nya yang dikehendakiNya, tiba-tiba mereka menjadi gembira.Ayat ke-48 Surah Ar Ruum

Read more...

Papa Panda

Featured Post

Panduan Solat Sunat Tarawih+Witir

Tarawih bererti ‘istirehat’ manakala solat Tarawih pula bermaksud solat yang merehatkan. Dalam melaksanakannya, disunatkan duduk sebentar s...

Back To The...

Back To The...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP