Anak muda zaman sekarang memang pelik-pelik. Bawak kereta macam kilat. Kalau "padle" minyak tu boleh tekan sampai cecah lantai jalan raya pun rasanya mereka akan buat. Kisah ni pun aku alami semalam. Rasanya baik untuk aku kongsikan dengan teman-teman yang lain. Walau kelihatan lucu, namun ada pengertiannya bagi mereka yang berfikir.
Macam biase lah, drive balik ke rumah dengan GUGU aku. Aku kan pemandu berhemah yang sombong maka aku amat tak pedulikan apa-apa yang berada di sekililing. Namun semalam, aku sangat teruja melihat perlumbaan di antara perodua kelisa dengan honda city di lebuhraya gutherie. Memang sangat laju!
Aku yang pada mulanya memandu di line kanan sebab takde orang kat belakang. hehehe Tiba-tiba dari jauh nampak ada 2 buah kereta yang tengah laju berlumba. Kecut perut aku tengok so bagi signal kiri nak masuk lorong tengah. Aku biarkan je and teringin nak tengok sape si pemandu tu. Bukan apa, sangat laju.
Si pemandu honda city tu rapat betul dengan kereta kelisa. Kalau silap sikit memang eksiden. Sambil nak tengok siapa driver kurang akal tu, aku pun drive laju sedikit dari biasa (nak tengok punya pasal). Apa yang aku nampak memang sangat mengejutkan. Respon pertama aku adalah ketawa..dan ketawa..hahaha..sangat kelakar!
Sebelum aku citer apa yang lawaknya, aku ingin nak ucapkan takziah pada driver kelisa tu. Bukan sebab eksiden ke apa. Sebab dia telah ditipu oleh pesaingnya ketika itu. Nak tahu kenapa? Hahaha..wahai pemuda, kereta honda city yang mengekori rapat kereta anda adalah seorang makcik tua. Hahahaha
Pada pendapat aku, bukan salah makcik tuh pun..Tapi kebiasaan bagi golongan wanita memandu kereta di jalan lurus memang sangat menakjubkan. Kalau pembaca cuba-cuba drive di mana-mana highway atau jalan yang agak lebar, permukaan jalan yang cantik dan lurus..mungkin akan ada sebuah kereta yang sangat rapat mengekori kereta anda..Jika pemandu itu lelaki, ok lah..dan kalau wanita..anda memang bertuah!! Dia akan terus berada di belakang anda tanpa rasa bersalah. Maka buat tak tahu saja, bagi signal kiri dan bagi laluan kepadanya. Tak perlu nak tambah pecutan kereta anda. Sebab perbuatan itu sangat sia-sia. Hahaha
Aku menyeru agar jangan lah sesekali melakukan sesuatu perkara tanpa berfikir terlebih dahulu baik dan buruknya. Memandu laju di jalan raya hanya mengundang padah! Tak patah kaki, putus badan, tak putus telinga..Inna lillahi wa inna 'ilayhi raji'un.. Ingatlah orang yang tersayang..Siapa yang anda sayangi? Ayah ibu? Isteri? Anak-anak? Diri sendiri ;). Sesungguhnya mengingati mati itu sangat bagus untuk kita. Nabi Muhammad pernah bersabda;
"(Orang yang bijak) ialah yang paling banyak mengingati mati dan paling kuat bersedia menempuh saat kematian."
Maka, jom kita sama-sama selalu beringat tentang mati. Dapat pahala tu dah pasti. Kan Allah tu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dari dok berlumba tu, apa pun tak dapat. Buat abis minyak kereta lagi ada la. Baik minyak tu habis untuk menuju ke rumah Allah. Setiap milimeter akan Allah beri ganjaran pahala ;)
Selamat Beramal semua
Kelisa VS Honda City
Thursday, May 6, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
salam encik kelbros...
ya..sy juga bersetuju dgn pndapat encik..wanita mmg handal di jalan yg lurus sahaja...kalau nak kona2 ni..mmg laki la juara...
malang itu ada dimana2 saja..
kdg2 kita dah nak elak eksiden..tp jd jugak..erm..cmna tu..bleh komen skit?
Wslm Cik Asmak,
Segala musibah itu datang dari Allah. Sejauh dan sekuat manapun kita untuk mengelaknya, kudrat kita tak mampu nak menandingi ketentuan yang dah tertulis.
Kat sini, muhassabah diri sangat penting. Sebab segala sesuatu yang berlaku, tak kan Allah izinkan berlaku sia-sia. Tentu ada hikmah di sebaliknya.
Allah nak kita belajar sesuatu. Iaitu berlajar erti bersyukur =)
Post a Comment