Sudah sekian lama tak meng-update blog ni. Idea membuak-buak tapi tak dan2 nak siapkan. Maka entri kali ni aku nak share dengan semua orang, bila masa dan ketika idea aku datang membuak-buak di minda. Hal ni baru jugak aku sedari. Aku baru perasan yang otak aku sangat ligat berputar tatkala hujan turun. Quite pelik tapi mmg tu lah hakikatnya.
Ada satu masa tu, Shah Alam dilanda hujan pagi dan petang. So macam biasalah..bila dengar hujan turun je aku ucap alhamdulillah. Kenapa aku sebut? Ntah. Aku pun tak tahu. Tapi aku suka hujan turun.
Jarak opis dengan area parking kereta tak lah jauh sangat. Tapi kalo ikut kan kelebatan hujan pada petang tuh, memang lencun la dibuatnya. Nak tak nak, ku redah jua! Maka duduk la aku di dalam kereta sementara nak bagi engin kereta panas.
Sambil dok panas engin kete, layan lagu instrumental. Then sedap-sedap dok layan lagu, mata aku tertarik dengan kelibat seseorang..dan seseorang itu adalah wanita..suspen-suspen..
Ni bukan kisah atau citer hantu. Ni saja sembang-sembang cerita ye.
Aku rasa that gurl sangat cool. Sebab jarang sekali aku nampak gurl yang jalan selamber dalam hujan tanpa payung. Dari cara dia berjalan, tak nampak dia rushing-rushing pun. Tak berlari-lari anak, juga tak berjalan laju..Macam jalan biasa..Macam bukan waktu hujan.
Seronok betul aku tengok. Aku macam dapat rasa apa yang dia rasa time tuh. Sebab aku juga penggemar main hujan. Tapi aku ni lelaki. Tak kisah la sangat. That gurl memang unik. Mesti dia rasa sangat tenang tatkala hujan membasahi diri dia.
Mungkin dia suka begitu..
Mungkin juga dia sedang bersedih..
Mungkin juga dia sedang menangis..
Mungkin juga sedang tersenyum..
Mungkin juga dia sejenis dengan aku. Wallahualam.
Tapi perlakuan dia tu membuatkan aku nak sangat jalan sekali. Sebab aku tahu betapa seronoknya berjalan dalam hujan tanpa payung.
Rain without Umbrella
Tuesday, May 25, 2010
Bawa Hatimu
Thursday, May 20, 2010
Pada suatu masa, seorang lelaki mendatangi sahabat Abdullah bin Masud dan berkata, " wahai Ibn Masud, nasihatkanlah aku dengan sesuatu yang dapat meredakan kegelisahan ku. Buat masa ini, jiwa ku tidak tenteram, fikiranku kusut, tidurku tidak nenyak dan seleraku hilang"...
Abdullah Bin Masud menjawab, "Bawalah hatimu menggunjungi tiga tempat...
Pertama: ke tempat orang yang membaca Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya ataupun kamu sekadar mendengar pembacaan orang lain.
Kedua: kamu menghadiri majlis pengajian yang mengingatkan kamu kepada tuhan dan,
ketiga: kamu mencari satu waktu yang sunyi, contohnya di waktu malam, dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadah kepada Tuhan serta memohon kepadanya, agar diberikan ketenangan dan kedamian hati kepada mu.
Jika selepas melakukan kesemua ini jiwa mu masih juga tidak tenteram, mintalah kepada tuhan supaya digantikan hatimu dengan hati yang lain, kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukannya hatimu"...
Maka lelaki itu pun kembali ke rumahnya dan terus mengambil wuduk dan membaca Quran dengan penuh khusyuk. Selesai membaca Quran, didapati jiwanya berubah menjadi tenang...fikirannya menjadi jernih dan kegelisahan yang selama ini melanda hatinya hilang sama sekali.
Aku pun harap macam tuh
Hari ni ntah macam mana aku telah terbuang tebiat dengan menjalankan aktiviti Blog walking. Jarang aku buat BW (blog walking) sebanyak dan sejauh hari ni. Ianya bermula apabila nak baca entri seorang ukhti ni one_little_note
Dari blog dia, aku mula menyelongkar follower dia yang lain..then follower dia punya follower..dan continue lah sampai beberapa peringkat downline. Bayangkan lah Mozilla yang aku bukak, penuh tab di atas tu dengan blog orang. Then aku punya aktiviti BW terhenti seketika bila aku terjumpa satu blog nih..Mencari Redha Allah
Cara aku tengok blog orang adalah dengan melihat cara penulisan blogger tu dulu. Kalau menarik dan senang nak keep on reading, aku baca sampai abis. Kalau skema semacam je (mcm blog aku ni) aku baca sket terus tutup page tuh!
Blog hamba Allah ni penuh dengan Ilmu-ilmu Islam serta nasihat2 agama yang membina. Tak di sangka hamba Allah ni lebih muda dari aku..lahir tahun 1987. Tapi blog tu menampakkan kematangan tuan punya blog. Belek punya belek, tengok gambar-gambar yang tuan punya blog postkan..aku dengan selambanya meninggalkan sedikit pesanan di
"Ruangan Dakwah" (Cbox)
"Kelbros: Salam alaik, bagus blog ni..leh kenal ulama"
Tetapi..aku tersentap seketika...
Dan sedikit gugup. Ntah macam ada suatu perasan sayu dan hiba apabila aku membaca profile hamba Allah itu yang terdapat di sebelah kanan sidebar blog tersebut. Ntah macam mana aku sedikit pun tak perasan apa yang pengunjung lain bualkan di Cbox itu..Memang tak perasan. SubhanaAllah..
Rupa-rupanya tuan punya blog itu telah pun kembali ke Rahmatullah pada 11 Januari 2010. Awal tahun lepas. Arwah kembali ke Rahmatullah kerana kemalangan jalan raya di Tanjung Malim bersama sahabat baiknya Arwah Mohd Faizol.
Sedih dan sangat sayu. Itu yang aku rasakan ketika menulis entri ni. Ntah kenapa. Aku bukan kenal arwah. Hanya singgah sekejap je tapi perasaan rindu tu sangat kuat. Kenapa aku pun tak tahu. Wallahualam..
Perkara yang paling menyentuh hati apabila usaha arwah dalam menyampaikan dakwah Islam di media blog disambung oleh ahli keluarga arwah terutamanya Kaklong dan adik-adiknya. Memang sedih..
Atas usaha adik beradik arwah, sebuah laman web Murabbi Dot Net telah diwujudkan bagi menyambung usaha murni arwah pada agama tercinta. Alangkah beruntungnya arwah, segala ilmu yang dikongsi masih disambung perjuangan oleh ahli keluarganya meskipun arwah telah pergi meninggalkan kita.
Aku pun inginkan seperti itu..
Jika suatu hari nanti..Bila aku dah takde, harap akan ada ahli keluarga, sahabat, teman seperjuangan dan sesiapa sahaja menyambung usaha dakwah ini..Ameen..
Kelisa VS Honda City
Thursday, May 6, 2010
Anak muda zaman sekarang memang pelik-pelik. Bawak kereta macam kilat. Kalau "padle" minyak tu boleh tekan sampai cecah lantai jalan raya pun rasanya mereka akan buat. Kisah ni pun aku alami semalam. Rasanya baik untuk aku kongsikan dengan teman-teman yang lain. Walau kelihatan lucu, namun ada pengertiannya bagi mereka yang berfikir.
Macam biase lah, drive balik ke rumah dengan GUGU aku. Aku kan pemandu berhemah yang sombong maka aku amat tak pedulikan apa-apa yang berada di sekililing. Namun semalam, aku sangat teruja melihat perlumbaan di antara perodua kelisa dengan honda city di lebuhraya gutherie. Memang sangat laju!
Aku yang pada mulanya memandu di line kanan sebab takde orang kat belakang. hehehe Tiba-tiba dari jauh nampak ada 2 buah kereta yang tengah laju berlumba. Kecut perut aku tengok so bagi signal kiri nak masuk lorong tengah. Aku biarkan je and teringin nak tengok sape si pemandu tu. Bukan apa, sangat laju.
Si pemandu honda city tu rapat betul dengan kereta kelisa. Kalau silap sikit memang eksiden. Sambil nak tengok siapa driver kurang akal tu, aku pun drive laju sedikit dari biasa (nak tengok punya pasal). Apa yang aku nampak memang sangat mengejutkan. Respon pertama aku adalah ketawa..dan ketawa..hahaha..sangat kelakar!
Sebelum aku citer apa yang lawaknya, aku ingin nak ucapkan takziah pada driver kelisa tu. Bukan sebab eksiden ke apa. Sebab dia telah ditipu oleh pesaingnya ketika itu. Nak tahu kenapa? Hahaha..wahai pemuda, kereta honda city yang mengekori rapat kereta anda adalah seorang makcik tua. Hahahaha
Pada pendapat aku, bukan salah makcik tuh pun..Tapi kebiasaan bagi golongan wanita memandu kereta di jalan lurus memang sangat menakjubkan. Kalau pembaca cuba-cuba drive di mana-mana highway atau jalan yang agak lebar, permukaan jalan yang cantik dan lurus..mungkin akan ada sebuah kereta yang sangat rapat mengekori kereta anda..Jika pemandu itu lelaki, ok lah..dan kalau wanita..anda memang bertuah!! Dia akan terus berada di belakang anda tanpa rasa bersalah. Maka buat tak tahu saja, bagi signal kiri dan bagi laluan kepadanya. Tak perlu nak tambah pecutan kereta anda. Sebab perbuatan itu sangat sia-sia. Hahaha
Aku menyeru agar jangan lah sesekali melakukan sesuatu perkara tanpa berfikir terlebih dahulu baik dan buruknya. Memandu laju di jalan raya hanya mengundang padah! Tak patah kaki, putus badan, tak putus telinga..Inna lillahi wa inna 'ilayhi raji'un.. Ingatlah orang yang tersayang..Siapa yang anda sayangi? Ayah ibu? Isteri? Anak-anak? Diri sendiri ;). Sesungguhnya mengingati mati itu sangat bagus untuk kita. Nabi Muhammad pernah bersabda;
"(Orang yang bijak) ialah yang paling banyak mengingati mati dan paling kuat bersedia menempuh saat kematian."
Maka, jom kita sama-sama selalu beringat tentang mati. Dapat pahala tu dah pasti. Kan Allah tu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dari dok berlumba tu, apa pun tak dapat. Buat abis minyak kereta lagi ada la. Baik minyak tu habis untuk menuju ke rumah Allah. Setiap milimeter akan Allah beri ganjaran pahala ;)
Selamat Beramal semua