Satu dalam 12,000

Sunday, December 13, 2009

Wahh..dah lama jugak aku tak menjejakkan kaki ke Pasar Malam Paya Jaras.
Alah, niat awalnya nak ke Yeop Sate tapi tutup pulak. Al-Maklumlah masih dalam suasana aidiladha..balik kampung gamaknya.

Abah tanya kat aku “nak satey jugak ke?”..
Aku jawab “boleh je..amat tak kisah” (dalam hati nak). Lame tak makan tuh! Tambahan pulak makcik-makcik belah abah datang, so memang ok la tuh beli satey.

Akibat keluar pun lepas isyak maka abah la yang kena drive.
Aku dan malam memang tiada jodoh. Sampai je di pasar malam, abah suruh berpecah. Abah cakap “Hang dengan ijan beli 100 cucuk, abah and Ati beli 50 cucuk”..

Baik!!

Dengan itu, bermula lah ekspidisi Aku, Ijan, Abah and Ati menyerbu pasar malam yang sesak dengan manusia dengan 1 objektif..mencari satey!

Aku jika di mana-manapun sudah terbiasa berjalan laju.

Emak lah yang ajar. Mak cakap masa dulu-dulu “bila kat tempat ramai orang, jangan terhegeh-hegeh, marah dek orang nanti”. Masa muda-muda dulu selalu teman mak pergi pasar beli sayur, ikan and pebenda lagi untuk barang dapur. Akibat terlalu gatal mahu ikut, aku akan disuruh mengangkat barang yang dibeli..yelah, tak kan nak biar mak angka barang sorang-sorang.

Bertahun ikut belakang mak, aku dah mula berjalan laju..sebab dah terbiasa..pada mulanya susah jugak nak jalan laju dalam tengah ramai orang tuh. Berkat tunjuk ajar mak, aku berjaya mengekori rapat belakang mak tanpa melanggar orang..betul lah kata orang..sebab dah terbiasa.

Bila dah siap satey aku order, aku gerak menuju ke kereta. Usha punya usha, abah and ati tak siap lagi. Takpe, aku dengan ijan tunggu je dekat kawasan brother-brother jual tempoyak. Perhh…kuat betul bau tempoyak sehingga menusuk hidung ku. Akibat tak tahan bau tempoyak, aku beli air tebu kat gerai tepi.

Alhamdulillah, sedap betul..(tapi apa kaitannya?)

Tiba-tiba mata aku tertarik pada kelibat seseorang..
aku just diam dan memerhati, redup dan tenang rasa hati aku bila melihat anak gadis berniqab.

Agak-agak umurnya baru dalam lingkungan 12-13 tahun..amat muda sekali. Ketika di usia mudanya, telah diajar berkenaan penjagaan aurat. Beruntungnya dia kan? Masa kat dalam pasar tu, orang-orang sekeliling tengok pelik je kat budak tu. Tak payah le nak jenguk-jenguk, tengok diri sendiri dulu baru nak tengok orang lain.

Korang tengok sendiri lah kalo pergi pasar malam. Berapa ramai manusia yang betul-betul jaga aurat diaorang? Ada!! Tapi tak ramai.

“Eleh, aku pakai tudung jugak!”
“Memang ko pakai, tapi nape kat celah-celah tu nampak leher? Nak tunjuk ko ade banyak barang kemas ke?

Yang ramai jenis-jenis macam nih:

Lelaki
• Pakai t-shirt and suar pendek
• Pakai suar panjang and gelang silver
• Pakai suar pendek dan rantai silver

Pompuan
• Pakai tudung suar ketat
• Pakai tudung baju ketat and singkat
• Tutup aurat tapi tudung singkat

“Satu lagi Tudung tu kenapa tak dilabuhkan sampai ke dada? Dok lilit-lilit kat leher tuh..”
“Alah, dah memang fesyen tudung ni macam ni, biarlah!!”

Ni lah jawapan orang zaman paleolitik. Aku ingat pupus dah rupanya ada lagi.

Korang perasan tak sekarang ni tudung-tudung dah mengalami satu revolusi? Revolusi dimana tudung digunakan bukan untuk menutup aurat tetapi untuk diperagakan di khalayak ramai. Satunya tudung tu mahal, nipis (kononya benang yang mahal), berjenama dan pendek.

Memang ciri-ciri tudung syaitan betul!!

Mintak maaf la ye kepada kaum-kaum hawa yang memakai tudung yang pelik-pelik tuh sehingga terdedah sana sini..
Aku nampak seperti anak kera yang bodoh je bila lalu sebelah aku. Tudung bukan main gempak, rambut terjojol kesana sini, dada pulak terdedah bagi masuk angin.
Macam lawa sangat.

Aku sering tertanya-tanya, mengapa masyarakat zaman sekarang memandang asing kepada mereka yang berniqab atau kata lainnya memakai purdah? Salah ke memakai purdah? Adakah mereka ambik kain orang lain nak buat purdah? Ade mereka bom rumah orang? Mereka ni bukan orang asing. Kita sebenarnya orang asing. Yang duduk sibuk pagi petang tak tutup aurat. Yang berasa dirinya cun pakai baju dan seluar ketat..rambut dai dengan macam-macam warna seperti anak kera, Lari terus dari ape yang di syariatkan oleh Islam.

Tak malu ke kita?

Bagi aku secara peribadi, berniqab itu adalah amalan yang amat terpuji. Biarpun tak ramai namun mereka lah harta paling berharga dan merupakan sebenar-benarnya perhiasan dunia yang paling indah. Walau tak berniqab pun, sekadar menutup aurat seperti yang dilandaskan oleh syariat Islam dah cukup. Islam itu mudah..manusia saja yang menjadikan ianya sukar.

Teringat kata-kata Iman Siraj Wahhaj dalam ceramah beliau, he said:

“There is no one on this earth was beautiful than a muslim woman, there is no one who comes close to that..who’s a sevant of Allah..Who dresses to pleased Allah”

"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung" (Surah An-Nuur ayat 31)

Indahnya wanita itu bukanlah untuk diperagakan tetapi untuk jaga dengan sebaiknya.

No comments:

Papa Panda

Featured Post

Panduan Solat Sunat Tarawih+Witir

Tarawih bererti ‘istirehat’ manakala solat Tarawih pula bermaksud solat yang merehatkan. Dalam melaksanakannya, disunatkan duduk sebentar s...

Back To The...

Back To The...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP