Hari ini aku cuba nak berkongsi pengalaman berkenaan urusan permohonan nikah. Sebelum ingatan aku ini beransur-ansur hilang, lebih baik aku cerita secara ringkas. Sebelum itu, entri ini khas untuk pemohon berjantina lelaki dan bermastautin di Selangor sahaja ya.
Pertama sekali, korang kena pergi kursus kahwin. Time aku, aku buat dekat UiTM. Al-maklumlah masa tu still staff so bayaran agak murah sedikit berbanding di luar. huhu...
Then, 3 bulan sebelum korang nak akad nikah, kena sediakan borang 2A (Permohonan Kebenaran Kahwin). Borang ni korang boleh download dekat laman web JAIS atau download di sini.
Dalam borang tu korang kena isi guna pen HITAM atau BIRU secara UPPERCASE (Huruf Besar) . Perkara penting yang perlu korang ambil perhatian adalah... "JANGAN SIGN DULU". Korang kena sign depan Penolong Pendaftar Nikah nanti.
Pasal Ujian Saringan HIV pulak. Kalau dekat laman web JAIS, dia suruh amik borang Ujian HIV dekat sana. Tapi sekarang dah lain. Korang boleh terus ke Klinik Kerajaan. Kat sana dah ada borang tuh. Sebelum datang, korang kena buat appointment.
Ujian saringan HIV hanya dibuat pada hari Isnin-Khamis pada pukul 2:30 petang sahaja. Harap maklum. Aku pergi dekat Klinik Kesihatan Seksyen 7 Shah Alam. Alaa..dekat dengan UiTM & UNISEL tuh...RM 1 akan di kenakan untuk borang+khidmat tersebut.
Satu yang uniknya pasal borang ujian saringan HIV ni, bila korang dah dapat keputusan ujian tu, dalam borang tu TIDAK ADA dia cakap samaada ujian tu positif atau negatif. Best kan? Korang kena tanya kat orang tu. Tadi bila aku tanya brader tu. Dia jawab secara sempoi "Kalau encik dapat borang ni semula, itu bermakna encik CLEAN..Selalunya, kalau ada masalah (if HIV +ve), kami akan kena tahan terus." Terima kasih dengan jawapan yang sangat CLEAR itu. hehehe
Next step, korang kena bawak borang tu jumpa Penolong Pendaftar Nikah (PPN). PPN ni bergantung kat mane korang tinggal. Kalau macam aku, aku stay area Sungai Buloh so JAIS bagi aku contact ada sorang ustaz ni. Apa ntah nama dia aku dah lupa pulak. Dah dapat nombor, deal dan buat appointment bila nak sign borang 2A (borang permohonan nikah) tu. Jangan lupa untuk angkut sekali 2 orang saksi untuk sign depan PPN. Di ingatkan bahawa, saksi adalah lelaki. So boleh mintak kawan-kawan untuk jadi saksi. Lepas tu belanja la roti canai ke..teh tarik ke..hehehe
Aku pun tak sampai lagi step tu. Maybe esok baru nak jumpa PPN.
Di sini aku copy/paste je TUJUH (7) langkah yang korang kena tahu untuk tujuan permohonan ni.
Prosedur permohonan nikah (lelaki)
- Hadir kursus pra perkahwinan
- Dapatkan borang 2A di JAIS/ paid atau download borang di sini.
- Dapatkan borang pemeriksaan ujian darah/ hiv di Hospital/Klinik Kesihatan Kerajaan.
- Lengkapkan borang 2A dan lampirkan dokumen sokongan (3 bulan sebelum akad nikah)
- Dapatkan pengesahan penolong pendaftar nikah (PPN) qariah.
- Dapatkan kebenaran berkahwin dari pejabat agama islam daerah (PAID)
- Serahkan kebenaran kepada pihak perempuan.
Korang juga boleh download check-list, prosedur dan syarat-syarat permohonan berkahwin bagi lelaki.
Dokumen sokongan yang korang perlukan adalah seperti yang berikut.Buat masa ni, itu sajalah yang boleh aku kongsikan. Perjalanan aku pun tak 100% finish lagi. Lepas semua ni dah setel aku aka share lagi apa yang patut ok. Kepada korang yang sedang berusaha (seperti aku), berusahalah! Kepada yang dah setel, tahniah diucapkan.
- Salinan kad pengenalan
- Salinan kad pengenalan 2 orang saksi
- Salinan sijil kursus pra perkahwinan (diiktiraf oleh JAKIM/ JAIS/ JAWI/ JAIN)
- Keputusan ujian saringan HIV
- Salinan borang permohonan 2A (jika pemohon nikah luar daerah/ negeri/ negara)
- Surat pengesahan mastautin pemohon daripada penghulu/ ketua kampung/ nazir masjid/ pengerusi jkkk/ pengerusi jawatankuasa penduduk taman perumahan. (bagi pemohon yang mempunyai perbezaan alamat tempat tinggal dengan alamat di dalam kad pengenalan).
- Surat perakuan cerai/ kematian pasangan dan salinannya. (jika pemohon duda)
- Surat atau kad perakuan islam dan salinannya. (jika pemohon saudara baru)
- Surat kelulusan dari kagat/ pdrm. (jika pemohon anggota tentera/ polis)
- Surat kebenaran berkahwin daripada konsulat atau kedutaan dan imegresen. (jika pemohon warganegara asing.