How our next day after Ramadhan?

Thursday, September 9, 2010

Syawal menjelma lagi. Menandakan umat Islam seluruh dunia telah berjaya melepasi satu tempoh percubaan dan ujian zahir mahupun batin iaitu di bulan ramadhan. Syawal menggambarkan kemenangan umat Islam dari memerangi jihad paling besar..iaitu melawan hawa nafsu.

Ketika ramadhan, syaitan dibelenggu. Kes-kes jenayah dan maksiat sedikit berkurangan. Aktivis-aktivis maksiat telah mengurangkan gear pecutan mereka ke gear satu. Semuanya tampak ‘slow’ di kala bulan ramadhan.

Namun, ketahuilah teman-temanku, setelah tibanya syawal (berakhirnya ramadhan), kes jenayah akan bertambah semula, kes buang bayi akan bertambah lagi, ragut, rogol, bunuh akan terus berlaku. Mereka yang free hair akan terus meng’freehairkan diri mereka. Mereka yang kaki clubbing pun akan menggiatkan semula aktiviti tersebut. Mereka yang suka meneguk arak akan terus mengorder ayaq kencing setan laknatullah tu dan di kongsi dengan kawan-kawan jahanam. Wahh..dilihat dengan tibanya syawal, seolah-olah merupakan hari pelepasan atau ‘green light’ untuk golongan-golongan ini menjalani hidup jahiliah mereka semula.

Mereka sangka mereka betul…

“dan Kami telah mendatangkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami, tetapi mereka selalu berpaling daripadanya” (Surah Al-Hijr ayat 81).

Setelah berakhirnya ramadhan ini, kita akan di uji semula dengan pelbagai dugaan. Cuba anda semua bayangkan, dalam setahun, hanya 1 bulan iaitu bulan ramadhan dimana syaitan laknatullah di belenggu. 11 bulan yang selebihnya kita sentiasa ‘ditemani’ syaitan laknatullah.

Dalam setahun, 91.7 % adalah masa yang syaitan laknatullah gunakan dan berpeluang untuk meracuni hati-hati umat Islam..

Kuatkah kita?

Mampukah kita?

Sanggupkah kita? Untuk melawan hawa nafsu dan hasutan syaitan laknatullah JIKA TIDAK MEMILIH ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP?

Umat Islam akhir zaman ini sudah seperti terkebelakang pemikirannya. Mudah dipengaruhi oleh unsur-unsur barat, kritianism, free manson, dan musuh-musuh Islam laknatullah yang lain. Musuh-musuh Islam menerapkan nilai-nilai kekafiran dalam diri umat Islam sedikit demi sedikit dan mereka tidak pernah sesekali berputus asa untuk menghancurkan umat Islam.

Allah s.w.t berfirman :

“Tidak akan redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu ikut jejak langkah mereka itu.” (Surah Al-Baqarah ayat 120).

Alangkah dukacitanya jika umat Islam sendiri masih tidak menyedari akan hakikat itu. Marilah umat Muhammad sekalian..Tiada siapa yang akan menegakkan syiar Islam kecuali umat Islam itu sendiri. Dengan usaha yang murni, doa dan tawakkal kepada Allah, Islam pasti akan bersinar kembali. InsyaAllah.

Amir Kelbros

1 Syawal 1431 H

Read more...

Salam Aidilfitri Semua


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Read more...

Siapa hilangkan GATAL?

Hari ni seharian mengemas rumah dengan seluruh family. Seronok betul! Beli tikar kat bandar (berat..huh!) dengan akak and adik. Ops! tidak lupa juga si langsir yang cun melecun. Memang tak plan nak shopping time esok nak raya..memang sibuk le Pusat bandar jawabnya. Memang menguji kesabaran kami bertiga dalam menjalani ibadah puasa yang berbaki beberapa jam saja lagi untuk hari ni.

Sebenarnye bukan hal kemas mengemas ni yang aku nak cerita. Tapi ade cerita disebalik tu. Dan ceritanya bermula di sini..

Kejap tadi saje-saje mencuci bili air. Sental dinding bagi nampak berkilat sket. Namun aku terlupa yang kulit ni sangat sensitif. Alergi dengan fungi dalam bilik air kot. Takpun alergi dengan sabun cuci tuh. Bukan apa, setiap kali cuci bilik air, tangan akan gatal-gatal. Memang sangat tidak selesa langsung kerana sentiasa perlu menggaru jari-jari sampai merah. Yang bestnya, aku menggaru sampai melecet jari. hahaha

Keluar je dari bilik air, dah macam-macam cara aku guna supaya nak bagi hilang rasa gatal ni. Aku dah try cuci dengan sabun dettol, sapu dengan minyak gamat, cuci dengan sabun mandi, cuci dengan banyak air..punnnn tak hilang-hilang jugak.

Namun...ntah tiba-tiba hati terdetik kata tak kisah la gatal-gatal, janji lepas siap semua ni aku nak ngaji.

SUBHANALLAH!! Dengan izin Allah, di saat aku pegang je Al-Quran, tangan aku yang sangat gatal tadi dah TAK gatal lagi.

Mungkin orang anggap kebetulan, tapi bagi aku, aku amat yakin Allah yang bantu aku. Then, tengah dok mengaji tuh hujan plak turun. Sejuk dan nyaman betul suasana pagi ni. Tambahan plak, hujan pagi ni merupakan hujan permulaan untuk bulan syawal tahun ni. SUBHANALLAH..

Benarlah kata-kata berikut

"Dengan mengingati Allah, hati PASTI menjadi tenang"~SubhanAllah.

Read more...

Siapakah Uwais al-Qarni?

Wednesday, September 8, 2010

Nabi berpesan kepada Umar dan Ali:

“Akan lahir di kalangan Tabiin seorang insan yang doanya sangat makbul. Namanya Uwais al-Qarni dan dia akan lahir di zaman kamu.”

Kita telah mengenali siapa dia Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali iaitu orang-orang yang telah disenaraikan sebagai “ al-Mubasyirun bil Jannah ” iaitu mereka sudah dijamin masuk syurga.

Nabi seterusnya berkata kepada Umar dan Ali : “Dia akan datang dari arah Yaman, dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia minta tolong dia berdoa untuk kamu berdua.”

Umar dan Ali bertanya kepada Nabi s.a.w. soalan yang sama iaitu :
“Apakah yang patut saya minta daripada Uwais al-Qarni, Ya Rasulullah?“

Nabi menjawab:

“Kamu minta kepadanya supaya dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian.”

Memang benarlah firasat seorang Nabi, Uwais al-Qarni telah muncul di zaman Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali. Mereka memang menunggu dan mencari kabilah-kabilah yang datang dari arah Yaman ke Madinah, akhirnya bertemu mereka dengan Uwais al-Qarni. Dengan pandangan mata kasar, tidak mungkin dia orang yang Nabi s.a.w. maksudkan. Kerana orang itu pada pandangan insan-insan biasa atau orang-orang yang datang bersama dengannya bersama kabilah menganggapkan dia seorang yang kurang berakal.

Siapakah Uwais Al-Qarni?

Asalnya seorang yang berpenyakit sopak, badannya putih, putih penyakit yang tidak digemari. Dia terlalu mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Bapanya meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi.

Suatu hari ibunya memberitahu kepada Uwais bahawa dia ingin sangat untuk pergi mengerjakan haji. Dia menyuruh Uwais supaya mengikhtiarkan dan mengusahakan agar dia dapat dibawa ke Mekah untuk menunaikan haji. Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang untuk pergi haji dari Yaman ke Mekah mereka menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang di atasnya “Haudat”.

Haudat ini seperti rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa dan perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan yang demikian, unta pun dia tidak ada, nak sewa pun tidak mampu.

Ibu Uwais semakin uzur hari demi hari dan berkata kepada anaknya pada suatu hari :
“Anakku, mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji.”

Uwais mendapat suatu ilham. Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan sudah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil (pondok) di atas sebuah “Tilal” iaitu sebuah tanah tinggi (rumah untuk lembu itu di atas bukit). Apa yang dia lakukan, pada petang hari dia dukung anak lembu untuk naik ke atas “Tilal”.

Pagi esoknya dia dukung lembu itu turun dari “Tilal” untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia beri lembu itu makan. Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang kata dirinya gila.

Memang pelik, membuatkan rumah untuk lembu di atas bukit, kemudian setiap hari mengusung lembu, petang bawa naik, pagi bawa turun bukit. Namun sebenarnya jika dilihat di sebaliknya, Uwais seorang yang bijak. Lembu yang asalnya hanya 20kg, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot tangan dan badan Uwais pula menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit setiap hari.

Selepas lapan bulan, telah sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekkah dengan kedua tangannya. Di belakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang berat sekitar 50kg. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.

Setelah pulang semula ke Yaman, ibunya bertanya:

“Uwais, apa yang kamu doa sepanjang kamu berada di Mekah?”

Uwais menjawab:

“Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”.

Ibunya bertanya lagi:
“Bagaimana pula dengan dosa kamu?”

Uwais menjawab:
“Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga, cukuplah ibu redha dengan saya
maka saya juga masuk syurga.“

Ibunya berkata lagi:
“Ibu nak supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini.“

Uwais berkata:
“Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah Ta’ala.“

Ibunya menambah :
“ Kalau nak masuk syurga, kena taat kepada perintah ibu, ibu perintahkan engkau berdoa.”

Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais berdoa seperti yang ibunya minta supaya Allah sembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Namun kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya dia berdoa :

“Tolonglah Ya Allah! Kerana ibuku, aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkan sedikit.”

Allah s.w.t. menyembuhkan serta merta, hilang putih sopak di seluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling di tengkuknya. Tanda tompok putih kekal pada Uwais kerana permintaannya, kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka inilah tanda pengenalan yang disebut Nabi s.a.w. kepada Umar dan Ali.

”Tandanya kamu nampak di belakangnya ada satu bulatan putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu dialah Uwais al-Qarni.“

Tidak lama kemudian, ibunya telah meninggal dunia. Dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu dia telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya di sisi Allah.

Sayyidina Umar dan Sayidina Ali dapat berjumpa dengan Uwais dan seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. , mereka meminta supaya Uwais berdoa agar Allah swt. mengampunkan semua dosa-dosa mereka. Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Umar dan Ali, dia berkata :

“Aku ini datang dari Yaman ke Madinah kerana aku ingin menunaikan wasiat Nabi kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku.“ Maka Uwais pun telah mendoakan untuk mereka berdua.

Sumber: Beautiful Journey

Read more...

HARAM lelaki untuk menikah gadis satu kampung

AWAS!!!!!!!!!

JAKIM telah mengeluarkan fatwa baru. Setelah diadakan perbincangan dan diskusi diantara para pemimpin, JAKIM dan ahli ulama' memberikan fatwa pada tanggal 3 February tahun 2006:

"HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM LAKI-LAKI UNTUK MENIKAH DENGAN GADIS SATU KAMPUNG"

Fatwa JAKIM ini telah menimbulkan perdebatan dan bantahan yang sangat sengit antara yang pro dan kontra. Bahkan banyak pihak yang menyatakan bahawa JAKIM telah mengambil keputusan yang tidak munasabah dan terburu-buru.

Wartawan Berita Harian telah meminta pegawai kanan JAKIM untuk memberi ulasan yang mendalam sebab sebab JAKIM mengeluarkan fatwa sedemikian.

isi wawancara tersebut:

Wartawan: Bagaimana JAKIM boleh mengeluarkan fatwa haram untuk menikahi gadis satu kampung?

Pegawai Kanan: Bagaimana tidak haram,sedangkan menikahi empat orang wanita sahaja sudah berat, apalagi satu kampung...!!!

hehehehehe...

Read more...

Papa Panda

Featured Post

Panduan Solat Sunat Tarawih+Witir

Tarawih bererti ‘istirehat’ manakala solat Tarawih pula bermaksud solat yang merehatkan. Dalam melaksanakannya, disunatkan duduk sebentar s...

Back To The...

Back To The...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP