Tips Solat Jumaat @ Hari Raya di Masjid [Lelaki]

Tuesday, November 8, 2011

1. Mengambil wudhu terlebih dahulu di rumah atau di kolej atau di opis.

Senang dah sampai masjid nanti terus duduk dengar kutbah. Pahala pun lebih. Mane tahu kat masjid, banyak paip under renovation, kena beratur plak. Time beratur ni macam-macam jenis orang ada. Ada yang biasa je, ada yang sangat hygienic. So dalam otak macam-macam la keluar. Itu-ini, itu ini...Jaga-jaga bos, pergi masjid nak kumpul pahala, bukan dosa.

2. Pakai wangi-wangian.

Sebaik-baiknya mandilah sebelum menunaikan solat. Paling cikai pun sila pakai deoderant atau minyak atar atau perfume korang sendiri. Ingat bos, nak jumpa Allah tuh...

3. Pakai kopiah berbanding songkok.

Sebenarnya pakai songkok ni tak berape nak sesuai bila solat di tempat yang sesak dan ramai orang. Kenapa aku cakap macam ni? Sebabnya bila dah rapat sangat, kadang-kadang jarak antara saf depan dan saf belakang dekat amat terhad. Boleh kata muat-muat kaki hingga kepala. Rezeki korang lah kalau berada di situasi dimana jemaah di saf hadapan korang seorang yang tinggi. Golongan ini perlukan lebih ruang ketika nak sujud. Nak di jadikan cerita, jemaah yang solat di belakang perlu 'berhati-hati'<--dh tak kusyuk solat sebab takut berlaga songkok. Kalau kena jugak, paling kurang pun songkok tercabut. Kalau dilihat akan perbezaan bentuk dan permukaan diantara songkok dan kopiah, kopiah nampak lebih selesa dan selamat dari tertanggal berbanding songkok yang mempunyai lebih banyak bucu bersegi. Bila tarcabut, bukan korang je yang tak kusyuk, orang sebelah and orang depan pun dah tak kusyuk. So kusyuk dah lari...  

4. Datang awal ke masjid,surau.

Datang masjid boleh dengar kutbah. Tak perlu nak tergesa-gesa. Sampai awal boleh cari tempat yang kena kipas..hahaha (gelak keji). Tempat pun tak la desperate sangat. Ada 1 peristiwa jemaah datang lewat ke masjid-takde la lewat sangat tapi solat dah nak start jugak lah. hehe..

Read more...

Rahsia Firaun bina piramid

Tuesday, November 1, 2011

FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: Dan berkatalah Firaun: "Wahai kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah wahai Haman untukku tanah liat kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi agar aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa dia (Musa) orang-orang pendusta". (al-Qasas: 38).

Daripada penjelasan ayat al-Quran di atas jelaslah bahawa selama ini manusia menjadi hairan dan kagum bagaimanakah bangunan-bangunan yang dibina oleh Firaun iaitu piramid dapat berdiri megah dan perkasa di bumi Mesir pada zaman pemerintahannya hingga kini.

Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid itu?

Akhbar American Times edisi 1 Disember 2006 menyiarkan berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun menggunakan tanah liat untuk membina piramid.

Menurut kajian, disebutkan bahawa batu-batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah dari tanah liat yang dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.

Para saintis mengatakan, Firaun mahir dalam bidang ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat sehingga menjadi batu. Teknik yang mereka gunakan adalah

Read more...

Featured Post

Panduan Solat Sunat Tarawih+Witir

Tarawih bererti ‘istirehat’ manakala solat Tarawih pula bermaksud solat yang merehatkan. Dalam melaksanakannya, disunatkan duduk sebentar s...

Back To The...

Back To The...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP