Aku pun tak tahu macam mana nak terangkan hal ni dekat kau. Kalau aku cakap pun, kau buat 'dekk' je. So kalau kau baca entri ni, harap kau faham la ye.
Aku sebenarnya dah lama tak begitu suka kat kau. Ni pun sebab mak aku yang suruh suka kat kau tapi..aku memang tak boleh buat macam tuh. Aku rasa dah tak mampu nak jadi penipu amir (menipu diri sendiri) yang sesungguhnya aku memang tak boleh terima kau dalam hidup aku.
Dari dulu lagi aku pernah mencuba untuk suka kan kau tapi setiap kali pun gagal. Hati aku dah dimiliki.
Setiap kali aku pandang kau, aku rasa nak termuntah. Kau jangan salah faham, aku tak pernah rasa jijik pada kau. Aku tahu sebenarnya ada ramai yang suka kan kau kat luar sana tapi kenapa kau memilih aku? Kenapa? Kenapa?
Untuk kali yang ke berapa ratus ribu aku pun dah tak ingat. Aku ingin memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung handle basikal yang aku memang tak boleh menerima kau seadanya.
Maafkan aku SUSU..aku hanya mencintai MILO.
Selamat tinggal
Bukan niatku untuk melukai dirimu..
Sunday, January 30, 2011
Pokok? Daun? So what?
Wednesday, January 19, 2011
Masa aku kecik-kecik dulu, memang tak terlepas dengan aktiviti lasak dan binatang buas. Disebabkan zaman dulu-dulu masih terdapat banyak pokok-pokok renek (tak seperti zaman sekarang..manusia asik menebang pokok je..) aku kerap kali mencantas pokok-pokok ni dengan sesuka hati.
Kadang-kadang kalau berjalan saja-saja di tepi-tepi pokok tu, tangan laju je cari batang kayu atau ranting pokok untuk nak melibas pokok-pokok yang ada di sekitar. Memang tak senonoh betul aktiviti tersebut.
Tibalah suatu ketika, mungkin dah 20 tahun yang lalu agaknya..tak ingat lagi ntah bila dan di mana, kata-kata seorang ustaz
"tumbuhan pun bertasbih untuk hidup"
Mungkin mase aku dengar tu pemikiran masih tak matang. Tapi ayat tu memang meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam hidup aku seterusnya mengubah tingkahlaku dan amalan nakal aku ketika aku mula dewasa.
Bila pandang tumbuh-tumbuhan especially daun-daun hijau dan bunga raya, rasa sedih atas ape yang penah aku buat dulu pada nenek moyang mereka. Melibas tanpa belas kasihan.Woouuaaarrr!!! (mood ganaz) Bunga ros tu siap cincang-cincang sampai hancur sebab nak buat air sirap untuk main masak-masak. Hehehehe
“Dan tumbuh-tumbuhan dan pohon-pohonan kedua-duanya tunduk kepada-Nya.” (Q.S Ar-Rahman [55]: 6)
Bila teringat kata-kata ustaz tu, timbul rasa jeles. Tumbuhan pun sentiasa bertasbih. Aku tak pun. Tapi Allah bagi hidup. Tumbuhan dah la rajin bertasbih tapi aku yang malas ni hukum dia pulak. Bunuh pulak tu. Walaupun aku malas tapi Allah tak hukum aku pun. Betapa pengasihnya Allah kan?
Apa-apa pun makhluk ciptaan Allah tentu bukan dicipta secara sia-sia. Tentu ada hikmahnya yang tak tercapai akal aku ketika tu. Dan aku baru sedar yang tumbuhan ni pun macam manusia, dicipta untuk sesuatu dan punyai kehendak dan perasaan.
Dikisahkan ketika Nabi SAW pindah mimbar yang asal untuk menyandar pada sebuah pohon kurma maka pohon kurma itu diriwayatkan sangat sedih dan menangis kerana ia telah ditinggalkan sebagai alat bantu Rasulullah SAW dalam menyampaikan ilmu kepada para sahabatnya.
Alhamdulillah, Sejak aku masuk sekolah menengah sampai sekarang, aku tak pernah sekalipun memetik, mengoyak, menyebat, menyepak, menampar mana-mana tanaman, pokok bunga atau yang berkaitan tanpa tujuan. Terima kasih Allah.
Dan dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan Maka kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang korma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah dan (perhatikan pulalah) kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman. (Q.S.Al-An’am:95)
Kalau aku kaya
Orang yang banyak duit selalu orang cakap orang tu kaya. Duit juta-juta dalam bank.. Rumah besar-besar..Kereta mahal-mahal..Macam-macam lagi lah orang kaya ni ada. Cakap je nak beli apa, semua boleh. Jet peribadi? Kereta kebal? Semua boleh. Sebab ape? Sebab diaorang kaya.
Kalau aku kaya macam mana pulak?
Kalau aku kaya,
- Aku beli kereta mahal-mahal, pastu aku bawak laju-laju macam samseng jalanan. Aku akan mengomel sorang-sorang "Slow betul la diaorang ni"
- Aku isi minyak kereta RON97 full tank. Pastu aku cakap kat kaunter bayaran tuh, "aku beli kereta cash".
- Aku ade parking khas kat mana-mana shopping mall. Bila aku parking kereta, aku xkunci pun. Bila penjaga parking tu tanya, aku jawab "Jangan risau, kalau hilang, sy ada 14 buah lagi kereta lagi mahal dari ini".
- Aku tak perlu bersusah payah nk pergi bank dan tak perlu beratur sebab dalam rumah aku ada bank sendiri.
- Kalau aku terasa rajin nak pergi bank pun, aku cakap kat pak guard dan semua pelanggan yang datang "saya hanya nak melawat bank saya sahaja".
- Bila aku naik kereta lepas tu lalu depan stesen bus, tengok ramai orang tengah menunggu bus di tengah panas yang terik. Kesian aku rasa. Aku suruh driver reverse pastu berhenti di depan stesen bus tu pastu cakap "Kesian korang..lain kali belajar pandai-pandai, baru boleh pakai kereta macam aku".
- Bila ada budak-budak atau pakcik tua datang kat aku minta derma. Aku panggil bodyguard aku halau diaorang sebab busuk dan kotor.
- Kalau aku nak makan, aku tak makan dengan orang-orang biasa. Aku makan dengan VVIP atau seangkatan dengannya.
- Rumah aku bina kat atas bukit. Biar semua orang nampak yang aku ni ada rumah besar.
- Aku hire seorang hacker untuk create satu web khas untuk menunjukkan segala harta yang aku ada di media massa.
- Aku terbitkan sebuah rancangan televisyen khusus untuk menunjukkan segala harta yang aku ada. Rancangan tu akan sentiasa di up-date kan apabila setiap kali ada harta baru yang aku beli. Tagline rancangan tu "hangpa bila nak maju?"
Kalau la aku kaya dan jadi macam tuh, tak jadi kaya pun takpe. Harta ni pandai mengusik tol! Kalau pandai cara, maka selamat la hidup dunia akhirat. Kalau sebaliknya, nauzubillah..
Allah swt. berfirman:
إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ مَنْ كَانَ مُخْتَالًا فَخُورًا
Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri. (Q.S.An-Nisaa’:36)
"Ya Allah, jauhkan aku dari sifat-sifat Mazmumah"
"Ya Allah, jauhkan aku dari sifat-sifat Mazmumah"
"Ya Allah, jauhkan aku dari sifat-sifat Mazmumah"Amin.