Nasi Goreng Satu!

Sunday, October 31, 2010

Perasan rasa macam biasa je. Tak pernah aku terdetik nak citer pasal ni kat orang. Ntah kenapa hari ni aku nak citer. Mungkin sebab dah terbiasa so aku anggap ianya normal. Sebenarnya ia bukan normal..bukan juga abnormal. Tapi extra-ordinary (luar biasa).

Setiap pagi (bila mak sihat)

"Mat, hang nak bawak bekal tak hari ni?" Mak tanya kat aku.

"Boleh gak." Aku jawab.

"Hang nak lauk apa?" Mak tambah lagi

"Amat tak kisah pun mak. Apa yang ada, bubuh ja" Aku membalas.

Bila dah siap nak pergi keje, mak letak bungkusan nasi goreng dekat atas meja. Mak bubuh nasi goreng dalam polystyrene kecik yang comel. Siap dengan plastik lagi.

So, macam biasa. Aku sampai je opis akan makan dulu. Kalau tak makan kat opis pun, aku bawak bekal tu pergi breakfast dengan kawan-kawan.

Si longlang kalau aku bawak bekal yang mak bagi, mesti dia nak mintak! Tapi aku bagi jugak. Sebab longlang memang suka nasi goreng yang aku bawak. Longlang slalu cakap nasi goreng ni sedap. Aku pun menghanggukkan kepala tanda meng-iakan je. Kalau tak pun, aku cakap

"Memanglaaa!!!" Hahahaha

Buat julung-julung kalinya aku nak cakap...

Nasi goreng mak memang sangat sedap. Nasi goreng mak lah nasi goreng paling sedap atas muka bumi. Takde sape boleh challenge.

Even umur aku dah menjangkau 26 (tahun depan masuk sweet 27), aku still bawak bekal mak. Aku tak segan pun sebab aku tahu bekal yang aku bawak tu disediakan oleh seorang insan yang paling istimewa kat dunia ni.

TQ mak sebab bekalkan amat makanan paling sedap kat muka bumi setiap hari.

Read more...

Chasing a cloths

Saturday, October 30, 2010

Recently, aku rasa semenanjung dah mula mengalami climate changes. Ya, nak masuk hujung tahun iaitu Musim Tengkujuh. Maka boleh dikatakan each day is a rainy day. Kalau hujan tengah malam atau di kala waktu subuh..alangkah bestnya. Tapi bila hujan turun time tengah hari ni, kesian my mom.

Tadi, hujan suddenly je turun. Ditambah pula angin yang sangat kencang. Mom pun baru je sidai baju. Apa lagi, memang basah la semua baju. Siap ada yang melayang di bawa angin. Nasib baik sempat aku keluar chasing all the baju yang tengah melayang-layang. Hahaha

Disebabkan itu, aku secara tidak sengaja telah merealisasikan impian bulan ini iaitu 'playing under the rain'. Agak hepi juga. Hope tak akan jatuh sakit. Ada banyak hari lagi untuk aku main hujan. Mom, nanti saya belikan rumah yang mom tak perlu sidai di luar ok.

Bila kali terakhir korang kutip baju dengan mak?

Read more...

Papa Panda

Featured Post

Panduan Solat Sunat Tarawih+Witir

Tarawih bererti ‘istirehat’ manakala solat Tarawih pula bermaksud solat yang merehatkan. Dalam melaksanakannya, disunatkan duduk sebentar s...

Back To The...

Back To The...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP